MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, August 8, 2012

Bukan Senang Nak Didik Anak

Berkenaan entri semalam...

Cerita tentang ada sesetengah ibubapa mengajar anak supaya suka menyalahkan benda lain atau orang lain atas kesalahan, kecuaian yang anak mereka sendiri lakukan. Tak kiralah sama ada pura-pura meyalahkan atau betul-betul menyalahkan.

Majoriti kata itu tidak elok.

Aku setuju.

Aku sedaya upaya ajar Aidi....

Kalau Aidi terjatuh sebab kecuaian Aidi sendiri, jadi next time Aidi kena lebih berhati-hati. Kerusi tak salah, meja tak salah, toys tak salah. Yang salah hanya Aidi. *dan mama.heh*

Sekarang ni pun...kalau Aidi terjatuh, menangis, meraung..

Aku akan cepat-cepat peluk dia, tenangkan dia, sambil mulut bising berkata-kata..

"Its okey...its okey...Aidi strong boy. Next time Aidi kena more careful bila main okey? Mama say sorry sebab mama terlepas pandang Aidi. Olololo...sayang mama jangan nangis ye sayang. Tak hensem lah boboboi nangis".

Gosok gosok sikit tempat yang sakit.

Selawat sikit.

Nanti reda lah nangis dia tu.

Pastu sambung main panjat-panjat balik.

Heh.

Anak...anak.....

Takpelah...sekarang ni Aidi masih kecik, dia belum pandai terima arahan.

Sebulan dua lagi, bila dia dah paham kata..aku akan cuba didik Aidi sebaik boleh. Kalau perlu dipukul, aku akan pukul. Bukan pukul untuk bagi sakit, tapi pukul untuk mengajar.

Sekarang ni pun kalau Aidi cuba-cuba nak capai benda bukan-bukan, memang aku babap je tangan dia.

Tapi peliknya....dia ketawa.

Haha!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...