MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, August 30, 2012

Corat-Coret Hari Raya Kami

Corat-coret cuti raya kami.....

1. Aidi sangat behave sepanjang masa dalam flight. Masa terbang balik ke semenanjung dia tido kejap then bangun main sambil ketawa ketawa keriangan. Pastu tido balik. Flight balik ke Labuan lagi best. Dia membantai tido dari flight berlepas sampailah kami nak claim baggage baru dia jaga. Very the good boy.=)

2. Aidi dah boleh merangkak ke depan dah. Nak tunggu balik kampung jugak baru dia nak tunjuk skil. Heh. Meniti pun dah bertambah terrer. Semua tempat kalau boleh dia nak berdiri meniti.


3. Sepanjang 5 malam di semenanjung, takde satu malam pun Aidi tido dengan aku atau abahnya. Setiap malam Aidi adalah tido dengan tok wan dan pahnya. Very the manja.


4. Tok wan dan pah belah Pecah Batu (belah suami) sangat suka dengan Aidi. Berulang-ulang dok sebut "bagusnya Aidi..bagusnya Aidi". =)

Rasanya depa kata Aidi bagus sebab Aidi mau kat orang. Dia tak kisah siapa pun dukung dia. Semua on jek. Tambah pulak Aidi jenis senang tido. Tak payah berbuai, tak payah berdodoi. Jadi depa suka sangat sebab cucu-cucu depa yang lain semua pakat merap bila balik kampung. Ini diorang kata lah..bukan aku kata.

*siap mak sana mintak nak jaga Aidi...ohh im sorry mak.=(*


5. Aku rasa macam dua insan bercinta je dengan incik suami sepanjang balik kampung sebab kami ada banyak masa berdua. Ngeh ngeh ngeh.

Aidi??

Aidi kan budak baik..peramah lebih. Jadi ada saja orang yang sudi nak melayan dia.


6.  Baju raya Aidi yang konon selambak tu...hurm memang betol pun, tak habis pakai. Bawak balik kampung pun separuh jek. Itu pun ada yang tak sempat pakai jugak. Nasib baik baju besar..boleh pakai lama.

7. Sepanjang 6 hari kat semenanjung, Aidi telah menghabiskan lebih 1 kg susu. Oh mai!! Lepas susu....susu lagi. Lepas tu susu lagi. Aku beli susu 1 tin 900 gram tu licin siap kena tambah beli 1 kotak kecik 400gram lagi. Hadoilah anak.

8. Syukurlah aku tak terbabas suap makanan pelik-pelik ke Aidi. Pergi berjalan raya aku memang bawak bekal bubur nasik untuk Aidi. Tapi adalah jugak beberapa kali tersuap kek lah, semperit lah, agar-agar lah, nasik impit lah...tapi kuantiti sikit. Just bagi rasa.

9. Aidi adalah tidak sehat sepanjang balik kampung. Dia batuk dan selsema. Tapi mood dia adalah superb sepanjang masa. Ini berkat aku dah pesan banyak kali kat Aidi, balik kampung jangan nak merap. Heh.

10. First time dalam hidup aku balik kampung naik kereta yang dipandu suami sendiri. Suami di sebelah, anak di atas riba. Feelingnya sangat lain dengan balik kampung dengan mak abah dan adik-adik sebelum-sebelum ni. Bahagia sungguh!=)


11. Aku terkejut beruk bila dapat tahu rumah abah kat Taman Dagang Ampang kena pecah masuk masa orang bercuti raya.. Habis SEMUA benda digeledah, dikumbar habis. Mujur pensetan itu tak berjaya bukak pintu grill, kalau tak aku rasa mau licin semua harta benda abah dalam rumah tu. Apa tak nya? Tong gas pun khabarnya dah diseret ke ruang tamu. Ai abang pencurik, tong gas pun nak sapu jugak ke?


12. Aku ralat jugak sebab ramai jugak sedara mara yang aku tak sempat jumpa raya hari tu. 5 malam kat semenanjung memang tak cukup nak berziarah semua rumah. Nak membahagi masa antara belah aku, belah incik suami apa semua memang kena banyak tolak ansur. Insyaallah hujung tahun ni kami balik lagi. Nak sambut besday Aidi kat sana. 12.12.12. =)

13. Masa hari raya hari tu opah incik suami cakap kat aku yang famili aku dengan famili depa sebenarnya ada pertalian darah. Cuma tak tau dari mana dari mana, tapi memang ada. Oh mai! Patutlah aku rasa macam serasi je dengan famili incik suami. Bawaklah pergi rumah siapa pun, aku gembira jek. Heh.

14. Walaupun ini adalah kali pertama incik suami driving di semenanjung, berjalan jauh pulak tu tapi beliau telah menjalankan tugas dengan va va vass!! Aku memula takut-takut jugak. Kereta mak oiii..kang kalau jadi pape kang siapa nak menjawab?? Tapi Alhamdulillah...semua ok. Kereta dipulangkan dalam keadaan baik. Siap dah cuci, minyak pun dah isi penuh. Thanks ye mak!


15. Last sekali...Incik suami kata, tahun depan tema raya adalah warna HITAM. Apakah???


Ok dah..itu jek.

Gambar nantilah ye..kabel kamera tak bawak pulak ke sekolah.

Daa!!

3 comments:

  1. salam dear.bestnya beraya dgn ank.moga ada rezki maera amin..=) selamat hari raya.

    ReplyDelete
  2. anak aku mase awal raye ok jer..sihat walfiat..mase hujung seminggu raye tu die merap sikit..sabtu ahad tu...selame ni nak jer kat orang siap hilang anak aku kejap [aku sawan dah mase tu] tapi biler die dah start tak sihat..batuk teruk dan selsema..badan pon dedar2 sikir..ngan pak nyer pon die tak nak...nak aku jer yang dok depan mate die..adeeyyhh...ni tah menjangkit ngan sape aku tak tau....ggrrr...

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri..

    Aidi dah besar..ofcoz la pandai kan, mama Aidi?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...