MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, August 16, 2012

Banyaknya Benda Nak Kena Buat.


Masih bersekolah hari ni.

Rasanya sekolah aku satu-satunya sekolah yang beroperasi kat Labuan hari ni. Yang lain dah selamat pulang ke kampung gamaknya. Bebudak pun 50% je not yang datang hari ni. Takpelah, aman sentosa sikit.

Aku bangun pagi-pagi tadi lagi mood dah ceria serupa bangun pagi raya.

Time mandi nyanyi lagu raya.

Iron baju pun nyanyi lagu raya.

Make up pun sambung nyanyi lagi.

Pastu tengok-tengok incik suami pun sama berjangkit jugak. Siap dia nyanyi lagu yang sama dengan aku nyanyi. Eleh, sebenarnya tak tau lirik lagu lain kan? Haha.

So hari ni last day sekolah sebelum cuti raya.

Balik sekolah hari aku dah kena mula operasi.

Misi hari ni:

Kemas dapur dan cuci dua-dua bilik air.

Basuh sarung kusyen.

Misi esok:

Pergi pasar beli ayam dan segala mak nenek bahan nak buat rendang.

Singgah pasaraya Utama Jaya untuk beli mangkuk. Oiii dah seminggu cerita mencari mangkuk. Tak jumpa lagi ke oiii!!

Oh lupa, kendi basuh tangan pun kena beli.

Pastu kemas ruang tamu. Buang sawang, cuci kipas, cuci tingkap, vakum rumah, mop lantai 3 kali. Haha.

Pasang sarung kusyen, alas meja, alas kabinet, isi biskut dalam bekas.

Misi Sabtu:

Kemas tiga-tiga bilik.

Buat kek batik.

Buat puding roti.

Masak rendang dan nasik impit.

Iron baju raya.

Malamnya menghayat takbir raya sambil kenangkan famili di semenanjung. Confirm meleleh. Sob sob sob.


Tentiba rasa macam banyak lagi benda yang nak kena buat tapi tak tulis.

Eh, duit raya pun tak isi dalam sampul lagi ni.


Eh ada lagi benda yang lupa nak buat.























Buku rancangan mengajar pun tak siap lagi ni. Hari ni kena hantar.


Oh mai!!

3 comments:

  1. laki aku dah cuti rini... aku esok keje lagi..huwaaaa..!! malam tadi aku siap list kan kat laki aku kene buat ape rini kat umah...basuh baju..kemas luggage..lap microwave..basuh bilik air..vacume rumah...hahaha..esok malam lepas kerje nak balik shah alam..jadi terpakse ar menyerahkan tangungjawap tu pada laki...anak masih hantar kat baby sitter..:)

    ReplyDelete
  2. bile bace mcm alamak bknye...yg sy ni lg la tk buat ape2...nk wat list2 mcm ni pun tkde lg...haih!tk boley jd ni...

    Anw, selamat ari raya~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...