MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, August 13, 2012

Aidi Demam Panas.



Aidi demam.

Olololo kecian sangat anak mama.

Sebenarnya dari siang tadi dah perasan badan aidi suam-suam gitu. Mak Longnya pun perasan. Siap perasan badan anak-anak dia pun suam-suam jugak.

Balik rumah terus aku check suhu badan Aidi.

37.8 darjah celsius.

Tidak terlalu tinggi, tapi untuk baby...itu dah cukup untuk kita mulakan langkah berjaga-jaga.

Terus aku bagi Aidi ubat demam yang memang ada kat rumah. Laju je budak tu menganga mulut. Makan ubat pun feeling macam makan aiskrim. Haha..Aidi..Aidi.

Lepas tu layan dia main kejap, sudahnya dua-dua kedaung tido. Petangnya aku bagi Aidi mandi air sejuk. Selalu aku tambah jugak air panas sikit, just tak nak bagi air terlalu sejuk. Tapi hari ni tak payahlah. Kita mandi air sejuk. Doktor pun pesan kalau anak demam panas,mandikan dengan air sejuk selalu. Bagi suhu badan turun. Baiklah.

Tapi Aidi ni demam-demam pun semangat nak main tu tetap ada. Cuma tak rancak macam selalu lah. Kang tengah elok-elok main tentiba dia meniarap atas tilam landing kepala kejap. Lepas tu sambung main lagi. Pastu letih, landing balik atas tilam. Begitulah.

Tadi kul 8 malam tadi aku mandikan dia sekali lagi. Sejuk memang sejuk, tapi dia tak nangis. Okeylah tu. Suhu badan masih lagi 37.8. Aku bagi ubat lagi, then bagi susu, dan sekarang dia dah tidur. Tidur pun nampak kesian sangat. Macam tak selesa. Kejap golek sini, kejap golek sana. Ni kalau golek banyak-banyak kali ni nanti jadi ayam golek pulak. Eh?



gigih mama curi-curi amik gambar Aidi tidur semata untuk tatapan semua. hehe.


Anak demam. Dalam kepala aku takde lain dah melainkan rasa nak cuti je esok. Lalu aku pun berani-berani takut sms la tuan pengetua nak mohon cuti esok sebab anak demam. Mujurlah pengetua kata "okey".

Lega.

Esok bolehlah jaga Aidi sepanjang hari.

Seorang diri. Sebab incik suami dah start duty 24 jam mulai esok sampaila cuti raya dia tiba.

Duty 24 jam, maksudnya kerja dari 7 pagi hari ni sampai 7 pagi esok.

Okey fine. I'll going to miss my hubby.

Untuk Aidi..get well soon my dear tebu!

3 comments:

  1. aidi nak boleh jalan kot.same la zafreil.arini baru x demam.letak kool fever dan selalu2 lah basahkan kepala dia tgh2 malam dgn air asam jawa..bagi suhu x makin naik...sehat cepat ye di!

    ReplyDelete
  2. semoge aidi cepat sembuh..aminn...aidi teror makan ubat..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...