MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, August 29, 2012

Cerita Raya *mukadimah je dulu*


Olla!!

Hehe.

Hai..

Aku dah selamat pulang ke semenanjung dan dah selamat pun pulang semula ke Labuan. Itu pasalnya blog peliharaan macam berkabung je seminggu ni. Tuannya tengah sakan beraya. Haha.

Best oh raya tahun ni. Walaupun cuti balik kampung singkat, tapi rasa macam berbaloi.

Dan walaupun raya tahun ni 4 malam di rumah mentua, 1 malam je di rumah aku..tapi raya tetap best gitu. Heh.

Aku dapat pergi berkunjung ke hampir semua rumah adik beradik mak abah mentua. Rumah makcu dengan makwe je tak sempat pergi. Biasalah..retis kan bizi. Haha.

Pastu dapat jugak pergi beraya rumah sedara mara aku. Sempatlah ke rumah pak nyah, pak tun, mak yang, balik Alor Setar jumpa tok wan, beraya rumah mak abah apa semua. Best!

Aidi paling best kutip duit raya. Setelah dihitung dikira, duit raya Aidi adalah RM450. Syukurlah. Nanti nak bukak akaun untuk dia.

Sebenarnya macam-macam cerita raya nak gebang kat sini. Gambar pun tak sempat nak upload. Maklumlah dah mula sekolah. Bizi oh bila dah naik kerja. Ni pun seploh minit lagi ada kelas. Taip pun laju-laju. Hehe.

Yang pentingnya raya tahun ni rasa best sikit. Dapat beraya dengan suami dan anakku yang comel itu. Puff.

Dan tambah best lagi bila sempat je aku beraya ke Sunway Pyramid semalam.




Orang dah habis shopping raya, sale pun dah takdek...tapi aku masih hegeh-hegeh shopping baju kasut anak.


Heh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...