MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, August 6, 2012

Hat Off to Datuk Lee Chong Wei!



Mesti ramai yang tengok perlawanan badminton semalam kan?

Cukup nafas ke tidak korang? Haha.

Aku punyalah berdebar nengok match tu sampai tak terkeluar suara nak bersorak ke hapa. Masa perlawanan penentuan pingat gangsa bergu  sebelum kemain riuh mulut aku memaki. Hehe. Kurang pahala puasa aku semalam.

Tapi bila game DLCW vs Lin Dan tu..terus senyap sepi. Fokus katanya. Sesekali je mulut aku dok "hah! macam tu ler!". " Adoiii makkk..kamon kamon!". Hehe.

Best betul game semalam.

Memang real punya berdebar. Incik suami nasib dialah kena kerja malam. Jadi masa game tengah berlangsung sibuklah dia dok sms aku mintak hapdet keputusan. Dapat je 1 mata, aku kena hapdet. Jenuh. Orang nak fokus lagi ni. Huhu.

Tapi itulah...DLCW takde rezeki nak menang.

Walaupun dia kalah, bagi aku dia tetap menang di hati rakyat Malaysia. Memang bersungguh dia main semalam. Sampai boleh nampak riak muka Lin Dan dah tertekan. Selalu Lin Dan lah orang paling sombong dalam gelanggang. Tapi semalam..boleh nampak dia tertekan.

Kalau kita semua rasa kecewa sebab Chong Wei kalah...

Kalau kita semua rasa frust sebab tak dapat makan aiskrim Baskin Robin free...

Kalau kita semua menonggeng sebab tak dapat cuti free hari ni..

Aku rasa Datuk Lee Chong Wei berganda-ganda rasa kecewanya.



Menangis atas podium.

Kesian sangat.

Tapi bagi aku...

Datuk Lee Chong Wei tetap wira badminton negara. 

Aku pun tak nampak lagi siapa pengganti beliau nanti.


Beliau adalah lagenda.

Hat off to Datuk Lee Chong Wei!!


















4 comments:

  1. kita pon nangis semlm masa tgk DLCW...tp walau apapon..DLCW ttp hebat ttp menang...sokong DLCW!!!!

    ReplyDelete
  2. tetiba rasa sedih tak pasal2..sian kan walaupun semalam tak tgk langsung sbb tanak terberanak kt dpn tv....hehe

    ReplyDelete
  3. betul ar..memang betul2 fight.. mempertahan kan...

    ReplyDelete
  4. kite pun berdebar nengok match tu.. aduh, frust kalah. tapi ape2 pun he's the best! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...