MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, August 18, 2012

Hapdet Persiapan Raya




Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya
Menitis air mata
Terkenang suasana permai desa


Sobs sobs sobs..

Aku kalau dengar lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf tu memang sebak je rasa.Terus teringat famili sedara mara semua kat Semenanjung. Jadi aku rasa aku nak tuju lagu lah.

Kepada ahli keluargaku terchenta, mak abah mama cikyah ayah mak da mak abah mentua adik-adik pakcik makcik sepupu sepapat kawan-kawan semua...lagu ini ditujukan khas buat mengkeme mengkeme dengan ucapan MAKAN TU INGAT-INGATLAH KEME DI SINI.

Kami di sini makan ketupat dan lemang segera je lah esok ni nampaknya. Uhuk uhuk.



Mujur rendang tak segera jugak. Kalau tak, nak je rasanya aku SEGERA BALIK KE SEMENANJUNG.

Rendang aku belum siap lagi. Aku baru siap rebus ketupat lemang dan buat ini.

Kek Batik woth choc rice.


Balik balik kek batik. Balik balik kek batik. Abis dah itu je yang aku reti buat. Nak buat kek gempak-gempak lain aku tak mampu. Huhu.

Menu aku esok itu je lah.

Rendang ayam

Ketupat lemang segera

Kek batik

Puding roti.

Hari raya kedua baru ada satay dan kuah kacang sebab orang satay tu kata order untuk raya pertama dah full. Raya kedua je boleh. Kedua pun kedua lah. Rasanya ada anak murid yang nak datang beraya raya kedua nanti. Order pun tak banyak, 100 cucuk jek. Aku sorang boleh makan 20 cucuk. Haha!


Rumah..semalam dah setel kemas.

Bergotong royong dengan incik suami semalam. Aidi tido, jadi bolehlah kami buat kerja dengan aman damai.

Pastu sempat lagi feeling feeling romantik.

Sorang ap tingkap..

Sorang cuci kipas.

Tentiba berkumandan lagu JERAT PERCINTAAN di radio.

Boleh pulak berduet!!

Aih!

Jap lagi keluar pulak lagu raya Uji Rashid dengan Hail Amir tu. Ah apa lagi..aku jadi Uji Rashid, incik suami jadi Hail Amir la kan? Menyanyilah kau sampai lebam! Haha.

Jadi by the time nak tengok Karoot Komedia tu rumah dah siap kemas dan hias.


Tadaa!!!




Eh ini gambar hari ni.

Rumah aku ni kecik je sebenarnya. Tapi dalam gambar nampak luas pulak. Illusi betul.



Uiii ini lagi nampak luas. Padahal??? Heh.

Aku ni kan first time beraya di perantauan, jadi aku belilah kad raya kosong tu gantung-gantung kat dinding untuk pujuk hati. Huhuhu..


Atas meja cuma baru ada ini jek.




Kuih raya.

Semua pun beli jek. Kuasa pulak aku nak buat sendiri. Oven pun takdek.

Tentiba kan, rasa macam tak sabar nak raya. Rasa macam seronok pulak. Tambah pulak incik suami pun mood macam happy happy jek. Tiap masa nyanyi lagu raya jek. Tapi lirik semua salah. Haha.


Bila aku tanya..

"abang ni nampak happy jek, abang tak sedih ke beraya jauh dari mak abah?"

"Apa nak sedihnya....ayang ada pun dah cukup dah."


Ohh terharu.

Penutup entri..

"pembantu rumah" aku.



Semua kerja rumah kalau boleh dia nak "tolong" buat.

Aku sumbat je susu, baru diam dia di situ.

Okbai.

Eh lupa.

SELAMAT HARI RAYA!!

MAAF ZAHIR DAN BATIN!!

=)

1 comment:

  1. haha suka buat entry kelakar...

    SELAMAT HARI RAYA YONG...
    raya diperantauan lbh kurang macam raya dalam pantang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...