MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, August 1, 2012

Seronok Sangat Ada Anak.



Aidi sekarang kan...kelakar tau.

Dia sekarang suka sangat berdiri. Berdiri sambil berpaut pada sesuatu macam sofa ke, kabinet ke, meja, kaki kerusi...apa-apa sajalah. Walker dia pun boleh jadi tempat berpaut. Disebabkan Aidi macam seronok dok praktis berdiri, aku assume budak ni dah nak belajar berjalan. Jadi aku belikan dia ini.



Apa nama entah. Lupa. Tapi memang gunanya untuk baby belajar jalan. Dia tolak-tolak benda tu sambil tatih pelan-pelan Tapi sebabkan Adi pandai berdiri jek, jadi bila dia tolak benda tu ke depan, dengan dia dia sekali tersungkur di tasik madu. Haha. Beberapa minggu lagi mungkin dapat tengok Aidi push push benda ni dengan lebih hensem bergaya. Heh.


Yang kelakarnya..dia pandai berdiri, tapi tak pandai nak turun. Kalau dia dah berdiri tu...dia akan berdiri je lah sampailah dia terjatuh tergolek sendiri. Tak pun bila dia dah penat berdiri, mulut dia akan bising-bising suruh mama dudukkan dia. Penat lettew. Heh.

Pastu kalau bab makan..jangan cakaplah. Cukup suka makan.

Sekarang ni kalau time berbuka, kena bagi dia something dulu untuk dikunyah. Selalu aku bagi biskut baby tu jek. Paling tidak pun bagi dia susu, baru dia diam. Tapi bila dia discover yang mama dengan abah tengah makan sesuatu yang lagi yummy....dia mintak kau!

Bising hok hek hok hek masuk bawah meja paut kaki mama abah, cuba nak panjat nak duduk atas riba nak makan sekali. Macamlah mampu sangat kan? Haha.

Jadi sekarang ni kalau incik suami ke pasar ramadhan beli makanan, aku akan pesan beli something yang Aidi boleh makan sekali.

Hari tu beli puding keramel.

Habis setengah slice tu Aidi makan sorang. Ke lebih ntah? Sukaaa! Yang aku ni hati dah dup dap dup dap. Yelah, puding keramel tu kan penuh dengan telur dan gula. Berserah je lah pada Tuhan. Harap-harap perut anak dah kuat nak terima benda-benda tu semua.

Mutabak.

Pun dia punya feveret. Alahaiiii la anak.

Tapi tidaklah aku bagi betul-betul murtabak tu. Aku amik intinya jek. Itu pun terhad pada daging, kentang, dengan telur. Aku lenyek-lenyek sikit pastu suap ke dia. Nom nom nom dia makan. Comel sangat tengok Aidi belajar mengunyah guna gigi 2 batang dia tu.

Hari tu aku buat kek batik pun laju je dia makan. Sedap eh? Haha.

Tapi main menu dia tetaplah bubur nasi campur apa apa yang berkhasiat. Aidi ni aku tengok perut dia macam tak serasi dengan carelac tu. Bila dia makan, mesti dia berak keras. Keluar betul-betul seketul macam peluru berpandu. Haha. Jadi aku terus stop bagi carelac. Membazir je beli sampai 2 kotak, alih-alih makan sekali jek. Takpelah..Aidi makan mama masak okey? Biar dengar kata mama.

Seronoklah bila anak dah umur-umur gini.

Dia makin bijak.

Sesekali buat rambut pacak..uiiii dia makin hensem. =)


Pastu dah boleh dibuat teman. Kalau ajak dia main memang dia suka sangat. Mainlah apa saja





Main korek hidung mama.





Main saloon saloon. Sambil cari uban mama. Haha.


Mainlah apa saja.

Sampailah budak ni akhirnya akan kepenatan.






Dan terlena...................



Seronok sangat ada anak.

=)

12 comments:

  1. WAHH SERONOKNYA IBU N ANAK NIE BERMAIN..TAK SABAR NK TUNGGU MY DOTTER BOLEH MAIN MCM NIE....
    KELUARGA BAHGIA GTU..

    ReplyDelete
  2. kannnnnnnnnn...seronok...:) berape hengget ko beli bende alah yang fes gambo tu...??

    ReplyDelete
  3. ceomel jek dok tersungkoq ataih perot mama dia tu. aihla dak kecik ni. comel!

    ReplyDelete
  4. Eny..jgn jeles. Masa kamu akan tiba nanti. Insyaallah..=)

    Mrs Zaidi..nanti sampai masa kita main sampai lebam. Kadang tu sampai tak larat nak melayan kerenah anak yang makin macam-macam. Huhu


    Aty..bape hengget ye aku beli..tak ingat exactly berapa. Dalam RM170 macam tu kot. Itu brand V Tech. Kalau brand Fisher Price ke Playskool ke mahal lagi aku rasa.


    Awesome trio...itulah..tak sangka dia nak melena kat situ. Mula-mula landing2 jek..aluh-alih dah senyap tido. Hehe

    ReplyDelete
  5. seronok.suka tengok anak membesar.tp dok sedih jugak.nanti dia xmau dh dukung2.mesti rindu adam (anakku itew) masa dia baby.

    ReplyDelete
  6. hihi.bestnye bl die makin membesar ek.dah leh dibuat kwn...hehehe.

    ReplyDelete
  7. wah wah!
    nak anak jugak. hihi
    kena kawen dulu ni =D
    seronok je kan ada anak yg comel2;)

    ReplyDelete
  8. aah..seronok sangat ada anak.. :)

    ReplyDelete
  9. memang best sngat ade anak :) ade peneman gurau, peneman marah, peneman sedih hehe

    (salam kenal lina..suke baca ur blog yg sgt sempoi hehe adaa mohon exchange link di blog adaa ye, sudi2 lah kirenye exchange link dgn ku juge www.adaa-inspiration.com) :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...