MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, August 22, 2012

Duit Raya Aidi




Huiiii!!

Confirm takde orang baca entri ni. Maklumlah, semua masih membizi raya. Tak online pun takde masa, Semua masa diluangkan bersama kuih muih, rendang mendang, ketupat nasik impit segala. Ye tak?

Raya keempat dah hari ni.

Aku beraya di Labuan tahun ni.

Ate cane suasananya??

Jujurnya best jugak beraya kat sini. Ramai jugak tetamu datang rumah sampai kelam kabut jugaklah aku. Manakan tidak, member incik suami yang bujang-bujang tu sekali datang mai oiii kemain ramai. Segerombolan! Penuh rumah aku sampai dalam bilik Aidi pun leh jadi port lepak sebab hall dah full. Huhu. Pastu aku pun merasa jugaklah aku pergi rumah orang makan macam-macam. Aidi pun samalah seronok dia kutip duit raya. Ada satu rumah tu kami pergi, tuan rumah yang lelakinya kawan incik suami, yang isterinya kawan aku. Kebetulan time tu ada segerombolan abang-abang tentera tengah beraya sama. Uiiii bila depa nak balik, semua pakat hulur sampul kat Aidi. Seronoklah budak tu dapat mandi "hujan sampul raya". Hehe. Tapi baby...dia bukan kesahkan isi dalam sampul. Dia kesahkan sampul tu jek.

Dapat je sampul, masuk mulut.

Kalau sedap..mungkin besar isi dalamnya. Kalau tak sedap tu agaknya singgit je kot. Haha.




Ada sorang hamba Allah ni bagi Aidi sampul berisi duit RM100!!!

Terkejut kami laki bini bila bukak-bukak tengok ada dua not 50. Dalam kepala aku...dia ni silap bagi ni. Ni mesti untuk mak ayah dia ke apa ni. Mula tu jenuh jugak nak recall siapa yang bagi sampul tu. Kami pulak jenis orang bagi terus amik masuk beg jek. Balik rumah baru kumbar-kumbar duitnya. Jadi jenuh jugak nak pikir siapa bagi duit seratus tu.

Tapi akhirnya aku ingat jugak.

Terus call member tu bagitau dia silap bagi sampul. Aku memang niat nak pulang balik jek. Banyak sangat tu.

Sekali member reply.

" Duit tu memang untuk Aidi. Dah Wan takmau amik duit minyak, jadi akak bagi duit raya kat Aidi lah."

Oh mai!!

Memang Aidi punya rupanya. Rezeki kamu lah anak.

Terima kasihlah kak oii. Akak ni memang tiap hari tumpang aku pergi sekolah sebab rumah dia atas rumah Mak Long Aidi jek. Jadi aku hantar Aidi tu, aku amik dia sekali lah. Balik pun sama. Aku balik sekolah nak amik Aidi, jadi otomatik aku hantar dia balik sekali. Satu jalan kan? Dia dah banyak kali nak bagi duit minyak, tapi aku yang tolak. Yelah..bukan aku kena ikut jalan lain ke apa ke untuk amik hantar dia. Memang tempat yang sama. Jadi tak payahlah duit minyak. Aku ikhlas tumpangkan sebab dulu masa aku belum ada kereta pun aku tumpang orang jugak. Tapi dulu aku kena bayar duit minyak.hehe.


Jadi syukur Alhamdulillah la rezeki Aidi dapat duit raya sedebuk 100 hengget. Yang lain-lain banyaknya not biru je lah. Oklah tu..so far adalah RM150 dah kot.

Esok balik semenanjung moh kita kutip duit raya lagi.

Pastu nanti aku nak bukak akaun Amanah Saham Didik untuk Aidi.


Ok..

Nak sambung kemas rumah, kemas beg apa semua.

Esok subuh-subuh nak chow pi airport dah.

Daaa!!




3 comments:

  1. aahhh seronoknye...tu baru kumpul skit tu.belum stok kat kl lagi tu...

    ReplyDelete
  2. nasib baik ada update dari blog yongnana, ada gak la bahan bacaan kat opis ni.
    Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  3. nasib baik ada update dari blog yongnana, ada gak la bahan bacaan kat opis ni.
    Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...