MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 15, 2009

D.I.Y BOLA POMANDER




Cantik kan gambar atas ni? Bila putih dan merah bersatu, gambar yang bisu pun mampu menawan kalbu. * Aiceh*

Aku suka tengok benda bulat-bulat yang tergantung kat bangku tu. Nama beliau adalah bola pomander. *sila berkenalan ye..hehehe*

Bola pomander semakin mendapat tempat dalam sanubari Brides to be. Termasuklah aku. Hehehe. Sungguh, bola comel itu seakan mempunyai kuasa tarikan tersendiri. Kalau dinding putih kosong tiba-tiba digantungkan dengan bola pomander ni, pasti akan berseri-seri. Apatah lagi tabir pelamin. Pelamin biasa pun bleh jadi pelamin gah bila bila pomander ini menjadi penyeri. Kan? Kan?

Sebenarnya aku dah lama dah berkenalan dengan bola comel ni. Aku pasti kamu-kamu pun kebanyakan dah familiar dengan bola ni. Maklumlah beliau kan bola ter femes masa kini. Bola sepak EPL pun tak semegah bola kiut ni. Huhuhu. Aku memang bercadang nak gunakan bola pomander untuk wedding aku. Cumanya aku tak pasti nak gunakan di bahagian mana. Pelamin ke? Bilik tidur ke? Khemah tetamu ke? Atau bagi flower girl pegang sebagai bahan eksyen je ke? Atau boleh jugak aku guna untuk jadi pengikat kain langsir! Semua pun boleh.

Jadi tentu aku kena ada berbiji-biji bola pomander ni kan? Kalau setakat nak sebiji dua boleh la aku pejam mata beli yang ready made punya. Tapi kalau dah sampai ke tahap pengikat langsir pun nak guna pomander ball ni..maka takde pilihan lain, aku harus gigih men DIY bola-bola comel ni. Harus!

Dan tetiba aku teringat entri sorang kawan blogger, nadd. Beliau ada bagi makan satu entri tentang cara-cara nak men DIY pomander ball ni.Step-step yang cukup lengkap, siap ada video lagi. Sangat membantu. Thanks Nadd! Ha, sila klik sini.

Makanya, selepas aku ulang tayang beberapa kali video DIY tu, akhirnya jadi la ini.
.
.
.
.

Lokasi: Library UPSI
Masa: Petang dalam kul 4.
Bahan-bahan: Kertas recycle bersaiz A4. Crepe paper takde ye dalam beg. A4 je ada. Huhu..

Ada rupa bunga tak? Ada la skit-skit kan? Huhuhu. Itu kira hebat la jugak tu sebab aku guna kertas A4. Keras tu A4 paper. Patotnya guna crepe paper. Tapi mana pulak nak datangnya crepe paper kat dalam library ye tak?

Maka balik je dari library aku terus ajak geng p kedai buku berhampiran. Misi untuk mencari crepe paper n masking tape. Dan berjaya jumpa.

Tada..

Crepe paper harus ikut theme kaler..putih dan merah..santek!=)


Dan balik je rumah, aku terus pulun buat. Kali ni buat tak yah tengok-tengok video dah. Aku dah hafal tiap step dalam kepala bijaksana aku ni. Huhuhu..


Dan hasilnya..

jeng jeng jeng.
.
.
.
.
.

kuntum yang pertama. Not bad kan?


Pastu terus dan terus berusaha siapkan kuntum-kuntum yang seterusnya. *sangat gigih okey*

Akhirnya tercipta la ini.
.
.
.
.


8 kuntum yang pertama. *clap clap clap*

Fuh! Sangat kagum dengan diri sendiri. Tak sangka aku jugak boleh men DIY sesuatu untuk my W-Day aku nanti. Esok mau beli crepe paper lagi banyak-banyak. Sehari siapkan 5 kuntum, by June nanti mesti bleh dapat ratus-ratus kuntum. Pasti akan tercapai hasrat untuk hiasi majlis aku dengan bola-bola comel ni nanti. *termasuk langsir kat dapur.heh*


Pesanan untuk diri sendiri: 'Kalau nak berjaya, naiklah lif yang bernama usaha"

=)

Daa..

7 comments:

  1. wah...sempat lagi buat sendiri..bestnye :)senang tak nak buat?

    ReplyDelete
  2. Shahlina - takat nak buat kuntum2 tu ok la. Takla ssh sgt. Tapi tatau la masa nk cucuk2 ats polisterin sfera tu sng ke x. Huhuhu..wat masa ni nk wat kuntum2 je byk2 dulu. Jom la try buat..=)

    ReplyDelete
  3. cantek la bunga2 tuh.. colour merah putih memang menawan. hihi. nak buat berapa banyak tuh.. ehe. gudluck!

    ReplyDelete
  4. cik belle - smlm siap kira2 pki kalkulator lg nak wat bape bijik. Rasa mcm nak wat 15 biji. Mungkin lebih. Bergantung pd ketabahan hati menyiapkannya..hahaha..

    ReplyDelete
  5. wah, cantek lah cik wan. hihi. rasa nak buat gak tapi entah bile lah. susah tak buatnya. cam susah je. anyway, good luch ek!

    ReplyDelete
  6. wan..1 kpg crepe paper tu leh wat brape kuntum eh?

    ReplyDelete
  7. thazlin - try la buat..x ssh sgt pun.sambil tgk tv pun leh wat.huhu

    faratul - 1 keping bleh dpt 4 kuntum. jenuh nk kna borong crepe paper ni.huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...