MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 11, 2009

PENGANTIN CANTIK

Bayangkan hari ni kamu pegi kenduri kawen. Bila balik ke rumah, ada tak orang bertanyakan soalan sebegini??

"PENGANTIN PEREMPUAN CANTIK TAK"

Pernah tak berhadapan dengan situasi gini? Tak kiralah sama ada kamu yang bertanya atau kamu yang ditanya. Pernah?

Aku rasa soalan seperti itu dah macam budaya masyarakat kita dah. Kadang-kadang rasa soalan itu seperti ada unsur-unsur diskriminasi pulak.

Satu,
Kenapa masyarakat lebih cenderung amik tahu pasal penampilan pengantin perempuan jek? Pengantin lelaki jarang sangat orang nak tanya. Si lelaki badan tegap ke tak ke, perut jalan ke depan ke tak, kulit ibarat di jemur 7 hari 7 malam ke tak..takde pulak orang nak amik peduli. Tak adil kan?

Dua,
Definisi cantik itu sendiri seperti tak boleh diubah. Pengantin yang cantik haruslah berkulit putih bersih bak kulit telur rebus yang dihadiahkan kepada para tamu. Harus mempunyai bentuk badan kurus ramping tinggi lampai ibarat bunga manggar yang terpacak indah di khemah tetamu. Apa lagi?? Pendek kata fizikal pengantin perempuan haruslah tip top. Kira kalau apply masuk rancangan Malaysian Next Top Model mesti lepas lah. Huh.

Habis tu kalau ditakdirkan pengantin perempuan tak punya semua kualiti cantik yang di reka cipta oleh masyarakat kita ni macam mana pulak? Adakah mereka patut dihukum? Layak diperli secara belakang tabir oleh mulut-mulut jahat tak de budi pekerti? Harus ke??

Adeh ter emo pulak aku. Huhu.

Bukan apa, kekadang aku rasa dunia ni tidak adil. Tambah lagi aku tergolong sebagai bakal pengantin yang tak punya semua kualiti cantik itu. Memang aku sangat terasa hati. Tambah-tambah bila dekat nak kawen ni, semua pun suruh aku kuruskan badan, semua pun nak tgk kulit muka aku cerah 3, 4 tona warna berbanding sekarang. Haih.

Mungkin akan ada yang kata definisi cantik itu subjektif. Ya, memang subjektif. Tapi mata kita lebih suka kata bahawa yang kurus, tinggi, putih, cerah itulah cantik sebenar. Kalau tak, takkan keluar berpuluh-puluh *mungkin beratus* produk pemutih muka, pencerah tubuh badan, minuman tambahan ajaib yang mampu mengecilkan saiz baju dalam masa yang singkat, dan bermacam-macam lagi produk ajaib yang memungkinkan kita mencapai taraf cantik di mata orang ramai.

Sungguh aku rasa dunia tidak adil.

Tapi..

Aku masih boleh pikir secara rasional. Bagi aku, selagi sesuatu itu mendatangkan kebaikan kepada diri, tidak salah aku ikut. Betul? Maka aku pun mula kurangkan aktiviti makan pada waktu malam. Berusaha untuk diet secara perlahan-lahan. Untuk kulit muka dan badan pulak, aku sedang mencuba. Gigih menyental badan dengan berus dawai *tipu jek*, rajinkan diri menyapu losyen pencerah setiap hari, berpayung di tengah panas ibarat candle princess dan macam-macam lagi. Mengharap aku mampu penuhi impian semua sebelum 4 Jun 2010 menjelma. Huhu..

Errr..ada tapi.


Tapi kalau dah sedari zaman kanak-kanak lagi aku memang comelmontel, kulit aku memang gelap bak dipanah mentari, macam kat bawah ni
.
.
.
.

Tgk tu, tak ke montel dari kecik?


Aku..umpama pengantik kecik...*err tp besar*


Kamu rasa aku ada potensi tak untuk kurus dan cerah?



P/S: Incik tunang kata kalau aku kurus, dia nak bagi aku makan banyak-banyak supaya aku gemuk balik. Maka haruskah aku diet?:P

3 comments:

  1. buat ape sahaja yang boleh mendatangkan perasaan happy kepada diri. kalau diri rasa selesa untuk kurus, nah berusaha lah untuk kurus. kalau diri rasa, cutting sekarang pon dah happy, jadi maintain sahaja. tapi, setiap b2b memang ada perasaan nak kuruskan diri aite. hihi. bab nak putih tuh, tkt dengan pengambilan produk itu ini, tkt tibe2 kulit berubah jadi teruk. ekk. ngeri. hee. kalau ada testinomial dari sumber yg dipercayai, jadi apalagi, tepuk dada tanya selera. =)

    ReplyDelete
  2. Cik Belle-btol kata awak tu..sy rs xdela nk kurus sgt2..cuma kalo bleh nk turunkan beberapa kg..elok la skit..huhu..tang kulit tu gelap pun xpela..jgn berdaki sudahla..hehehe..

    ReplyDelete
  3. sah2 tunang ko merangkap bakal laki ko dah tak kisah bab2 cantik ni.. asalkn sedap mate tunang ko memandang.. udahla.. kiter tak le la dok puaskan hati semer org.. janji kite comfort ngan bdn kiter sendirie.. jgn ko cube semer prooduct tp tak jln2 or makin rosak kan kulit ko.. wei.. ko ader dgr gosspi br tak pasal team bomba?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...