MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 24, 2010

100 HARI MENCARI SUAMI





Tengok kiraan kat atas tu..100 HARI LAGI UNTUK SAMPAI KE SITU!

Omaigod...

Lama ke 100 hari tu? Mana ada lama..kejap je tu. *sendiri tanya sendiri jawab*Tetiba perasaan jadi macam-macam.

Teruja ke? Owh sudah tentu la..tepat 12 malam ni, ticker countdown tu akan bertukar jadi 2 digit, maknanya si dia hampir pasti menjadi milikku..aiceh!

Neves tak? Perasaan ni belum muncul lagi. Aku ni memang lambat neves. Kang bila tinggal 10 minit lagi nak menikah baru la gedebuk gedebak dalam dada.Hahaha..

Sedih tak? Hmmm..skit-skit la. Sekarang ni bila kenangkan famili aku selalu jadi sebak sendiri. Kelmarin duduk sembang-sembang dengan mama kul 2,3 pagi *kami x tido okey*, sedih sangat bila mama kata..

"kamu semua sekarang dah besar-besar dah. Semua nak kawen dah. Cepat je masa rasanya. Lepas sorang, sorang nak tinggalkan rumah ni."

Gila aku tak sebak time tu? Rasa nak peluk-peluk mama cakap aku takkan lupakan dia sampai hujung nyawa aku. Owh aku memang cepat emosi bila pikirkan famili sekarang ni. Hmmm..mungkin ada yang konfius siapa pulak mama ni. Selalu aku selalu citer pasal mak jek. Nanti la aku story simpang siur famili aku dilain entri.

Panik??

Yup, ini adalah perasaan utama aku sekarang. Memikirkan banyak lagi hal nikah kawen tak selesai, aku jadi panik sendiri.

Barang-barang hantaran tak beli lagi.
Cincin kawen pun masih dok elok terletak kat kedai Pak Habib.
Dokumen-dokumen nikah sepatah perkataan pun tak isi lagi. Jangan kata isi borang, beli borang pun belum lagi. Haih.
Paling tak bleh ampun...kusus kawen baru nak pegi. Sila tampar aku laju-laju *aiyakkk*

Cakap psl kusus kawen..memang hiba. Aku rasa macam aku lah satu-satunya manusia yang pergi kusus kawen seorang diri. Tanpa teman, apa lagi kekasih hati. Haih. Bukan tak ajak kawan-kawan..ajak..tapi kebanyakan mereka belum merancang untuk pergi lagi. Maybe masing-masing dah plan nak pegi dengan buah cinta hati. Huhu. Incik Tunang pulak jauh, lagipun beliau dah pernah pegi kusus kawen ni dulu. Aii..nasib badan la kena pegi sorang-sorang. Redahkan je la labu, yang penting aku dapat menikah. ^_^

Buat masa ni aku tak banyak hapdet tentang persiapan kawen. Aku nak tumpukan pada latihan praktikal aku dulu. Owh ye, esok aku nak pegi melawat sekolah, jumpa pengetua, jumpa penolong kanan bagai. Sepatotnya aku kena lapor diri hari Isnin depan *1 Mac* tapi xpela p awal, bersuai kenal secara tak rasmi. Nanti hari Isnin takdelah tak tentu arah mencari mana bilik pengetua, mana pejabat, mana bilik guru...dan yang paling penting, mana kantin! Hahaha..*diet konon* ^_^

Tu je la untuk hari ni. Nak bermandi mandian pulak. owh sekarang aku sangat rajin melulurkan diri ketika mandi. Nanti aku story pasal lulur melulur ni okey?

Owait dear, jumpa kamu dalam entry seterusnya.

Daa!


P/s: Hari ni 24 February..besday my beloved brother, Haziq yang ke-11. *tapi badan mcm 15 tahun ^_^*


dah macam Alex Raja Lawak dh adik aku ni. Haih. *ops, jgn sebut nama A_ _ x, nanti Incik Tunang cemburuan lagi.huhu*

8 comments:

  1. all the best dear..same la kite..100 days left.. =)

    ReplyDelete
  2. sama ek Rabitah? huhu..apa perasaan? Sudah ada rama-rama dalam perut ke?hehe

    ReplyDelete
  3. cik wan...kite pn lom rase rama2 tu lg la...haha..
    tp kan..kite dlu pn amik kursus sorang2.lom ade pakwe pn lg ms tu.eksaited giler nak kursus tp calon takde..haha
    takpe,yg pnting sijil tu nnti kita dapat,kan...
    k..hav fun, dear...

    ReplyDelete
  4. waaaa dah nak kawen huhu 100 ari lagi je tau..what?? xsiap lagi? cepat2 g siapkannnnnnnnnnnn huhu saje je tau dia ekekeke jgn marah aaaa nway gud luck k

    ReplyDelete
  5. 100 mencari suami? lawak plak bunyi dia. hehehe...cepat pergi kursus kawen yong. tu yan penting tu. eh, hiv test dah buat belum ni? ;P

    ReplyDelete
  6. Azian, semua hal dokumen2 nikah tak buat lagi..*wink*. Ada yg kata dokumen tu valid 3 bulan jek..Btol ke? Selangor valid 3 bulan ke 6 bulan?

    hehehe..xpe xpe, mgg ni nk p kusus kawen..By end of Mac Insyaallah setel hal dokumen2 nikah ni..

    Wish me luck!

    ReplyDelete
  7. wan..mandi lulur tu ko pakai pe yer? *sibuk je*

    ReplyDelete
  8. Ninie..aku beli je lulur mandi yg morah2..seploh hengget satu..cap puetri binari ada..ratu sari ada..nanti aku wat entry psl lulur mandi ni k?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...