MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, September 10, 2011

Mengira Pergerakan Baby......camne ek?

Kira dan tanda pergerakan dan tendangan baby.


Camne ek nak buat??


Aku patutnya kena kira dan tanda pergerakan baby start semalam, tapi baru dua hari aku dah rasa stress nak menanda-nanda ni. Rasa macam leceh pulak nak kelek pen dan kertas tiap masa.

Camne ek cara yang betul dan paling senang nak buat benda alah ni?

Ikut hati aku nak hentam je tick tick tick sampai cukup sepuluh tick..Pastu masanya aku tibai je la pukul berapa pun. Janji nurse tak bising. Haha.

Tapi bila pikir-pikir balik, risau jugak kot-kot memang baby tak cukup 10 gerakan atau tendangan dari jam 9 pagi sampai 9 malam tu...kan bahaya tu. Itu dikira baby lemah. Kena rujuk hospital dah tu. Risau pulak..

Hari ni aku kira tendangan dan movement anak dalam hati jek. Iyelah, hari ni aku keluar detink dengan incik suami..takde keje pulak aku nak pegang pen dan kertas tiap masa berjalan tu, dah serupa orang nak salin resepi jek. Nak taip masa movement dalam henset pun macam leceh, jadi aku kira dalam hati jek. Sebelum tido nanti baru aku tanda dalam jadual yang nurse bagi. Yang penting aku kena ingat waktu tendangan yang ke sepuluh. Tendangan yang pertama sampai ke sembilan tu..lantakkan je la.


Baby pun sejak-sejak mamanya kena kira pergerakan dia, kemain aktif lagi dia moving-moving.

Kejap-kejap dia buat sepakan percuma.

Kejap-kejap dia buat gulingan ala-ala pemain bola kena tackle kaki lalu tergolek dok. *iyolah tu*

Boleh kata sejak semalam, movement baby dah mula berubah corak..makin kuat dan makin kerap.

Kadang-kadang senak perut..tapi indah.

Tendang lah banyak kali pun takpe....mama redha.

Heh.


4 comments:

  1. sekali bb gerak,tick skli.iF skli gerak ada 3 tndngan pun ttp tick skli.tunggu bb berenti n gerak lagi,tick skli lg....

    ReplyDelete
  2. Mama..oo camtu ek? Baby saya ni suka buat gerakan banyak-banyak kali dalam tempoh seminit dua camtu..kadang rasa macam dia tendang sekali..pastu 10 saat kemudia dia tendang lagi..10 saat lagi dia tendang lag..ulang-ulang sampailah satu-dua minit camtu. Sekalu saya kira semua gerkaan tu sekali jek. Betul ke?

    ReplyDelete
  3. same! i [pun tgh dok kire pergerakan baby.. start dr 9 pg - 9mlm...

    ReplyDelete
  4. Farhana..yeay!! marilah kita sama-sama mengira dan menanda..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...