MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, May 3, 2012

Aidi Dan Pyjamas Baru



Baru-baru ni kan aku ada memekik kat belog ni tanya pendapat kamu-kamu tentang pyjama untuk baby. Ingat tak? Sebab apa? Sebab aku meroyan nak beli pyjama untuk Aidi. Beli tak reti nak sikit-sikit pulak tu, kalau boleh nak beli 5 pasang sekaligus. Tamak haloba!

Eh sebenarnya bukan tamak, tapi nak jimat. Kalau beli sepasang..harga dalam RM25 - RM28 camtu. Tapi kalau beli 5 pasang atau lebih, boleh dapat harga RM20 sepasang. Jimat kan? Jimat duit postage lagi siap.

Jadi pulunlah pilih-pilih design cecantik untuk Aidi.

Cukup 5.

Sebelum confirm order..entah macam mana entah, aku terjumpa Gap Pyjamas ni kat supermarket kat Labuan ni. Tapi tak banyak design. Untuk boy ada 1 design jek, itu pun gambar muka monyet. Sedih pulak tengok Aidi pakai baju gambar muka monyet besar kat dada dia. Haha. Harga takdelah jauh beza..RM24.90 gitu. Aku apa lagi, laju-laju cari size 18-24 bulan untuk tengok cutting baju tu camne. Ramai kata baju ni cutting ni kecik, kalau nak beli kena beli 1 atau 2 size bigger dari size sebenar baby. Tapi dah size 18-24 yang paling kecik, jadi itu je lah pilihan yang ada. Aidi baru 4 bulan setengah..macam scary pulak kalau bagi pakai baju size 2 3 tahun. Haha.

Jumpa size 18-24.

Baju memang kecik. Confirm Aidi muat. Budak tu perut je membulat macam apa dah.

Tapi seluar....memang kecik. Tapi labuhhhhhhh.

Ish labuh la bagi aku.

Aku dah terbayang-bayang Aidi pakai seluar labuh sampai hujung seluar tu meliuk-liuk di tiup angin gitu. Metafora sangat.

Jadi daripada aku beli baju sampai 5 pasang pastu semua pun kena simpan sampai kaki Aidi panjang...buat apa kan? Baik aku beli satu dulu. Pastu teringat kat anak buah yang dua orang tu. Diorang dah besar, 4 dengan 2 tahun..so takde masalah dengan size. Aku amik size  6 dengan 4 tahun untuk depa. So semua dapat sorang sepasang je. Adil la kan.

Tokey kedai pun kata beli 3 helai pun harga tetap RM20 jugak sepasang. Postage ke Labuan RM9. Kira ok lah. Aku confirm order, and click click bayar.


Kejap tadi abang poslaju ketuk pintu rumah.

Baju dah sampai!!!

Padahal baru semalam pos. Pantas kan?

Aidi time tu tengah mamai-mamai nak tido. Peduli apa aku..aku bukak bungkusan poslaju tu dengan rakusnya..pastu bukak baju Aidi dengan lajunya, terus pakaikan Aidi baju baru. Nak fitting katakan.

Aidi buat muka redha je mama dia tukarkan baju tentiba. 

Lepas dah pakai baju baru..aku tepuk-tepuk bonto Aidi, bagi dia peluk da da dia..tak lama terus tido.





Kalau tido je tak pe jugak. Ini siap pakej tido dalam senyuman siap.





Suka lettew dapat baju baru.







Note: Aku beli baju ni di Maya Kids & Baby World.

1 comment:

  1. kalau umar lagi labuh kot. biasa la ikut body mak bapak dua2 kementot sikit..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...