MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, May 13, 2012

Solid Food - 4 Days Rule


Semalam dah try bagi Aidi makan dan Aidi memang suka makan nampaknya. Tengok badan mama dengan abah lah kan? Haha.

Lepas dah bagi Aidi makan tengah hari semalam, baru aku gedik-gedik nak cari info lebih tentang 1st time bagi baby makan ni. Orang cari info dulu baru bagi anak makan..ini terbalik. Lantak kau la Jah!

Masalahnya, tindakan aku bagi Aidi puree carrot + epal + susu = SALAH!!

Yep salah.

Aku tak sepatutnya mixed kan bahan-bahan dulu untuk 1st time ni. Kiranya kalau nak bagi carrot, so bagi carrot jek. Kalau nak epal, bagi epal je. Jangan teruja lebih nak campur aduk segala.

Pasal apa?

Pasai..andai kata lepas makan Aidi alami apa-apa kesan sampingan contohnya naik ruam ke, sembelit ke, sakit perut ke apa ke..susah kita nak detect bad effect tu disebabkan oleh makanan yang mana satu. Epal ke carrot ke? Susu tak mungkinlah sebab aku guna susu yang biasa Aidi minum setiap hari. Kalau dapat susu ibu lagi best.

Jadi aku buang semua puree yang aku dah buat semalam konon untuk stok makanan Aidi 3 hari akan datang. Buang semua. Then aku buat puree baru pagi tadi.


Oh ye, semalam jugak aku ada jumpa satu table ni. Table yang sangat berguna untuk mommy-mommy yang baru nak bagi baby mereka solid food. Dalam table ni dia ada bagi cadangan buah/sayur yang boleh kita guna untuk tempoh sebulan yang pertama.

Aku amik kat facebook Solid Food for My Baby :)

Bagus kan?


Tapi aku takdelah ikut sebijik-sebijik buah yang ada dalam table tu. Ikutlah apa benda yang ada kat peti ais masing-masing. Lagipun awal-awal ni kita kena try and error apa yang anak suka apa yang tidak, apa yang boleh apa yang tak boleh. Jadi cuba je bagi apa pun yang dirasakan sesuai. Yang penting ikut 4 days rules. Bagi makan menu yang sama selama 4 hari berturut-turut, macam yang table tu tunjuk.


Jadi pagi tadi aku sediakan terus 2 jenis puree.

1 puree carrot + susu

1 puree bayam + susu






Puree carrot adalah makanan Aidi untuk hari ni, Ahad sampai Rabu. Puree bayam adalah untuk hari Khamis sampai Ahad. Jadi cukuplah stok seminggu dengan syarat puree ni di bekukan dalam peti. Bila nak bagi makan baru panaskan.

Aku belum beli lagi baby cubes ke tupperware kecik ke bekas dadih ke untuk simpan stok puree. Aku guna container susu Aidi je dulu. Elok pulak container susu Aidi ada 8 bekas kecik jadi elok sangatlah tu.


Lunch time tadi suapkan Aidi puree carrot + susu.

Kuantiti puree adalah 2 sudu besar. Banyak sikit banding yang semalam.





Hari ni praktis makan dalam bouncer. Nak beli bumbo seat tak mampu dik non! Haha.


Berselera Aidi makan.

Siap dia nak suap sendiri makanan ke mulut dia. Macam lah besar sangat kan? Haha!




Aidi makan macam tak reti berenti. Aku pulak jadi takut. Jadi aku sendiri stopkan suap bila rasa dah banyak dah dia makan. Takut jugak kang termuntah ke apa. Jadi stop..even ada lagi baki puree dalam mangkuk. Takpelah..increase kuantiti slowly ye sayang.


Esok, Mak Long Aidi pulak yang akan suapkan Aidi.

Petang ni aku nak pergi hantar bouncer Aidi ke rumah Mak Longnya. Senang sikit nak suap Aidi nanti.


Bila tengok Aidi makan..rasa macam...eh eh, my baby dah besar dah. Dah mamam dah. Terharunya.


Eh, tentang gigi Aidi..aku rasa kali ni betullah gigi dia nak naik dah. 

Tapi gigi atas.

Ada nampak macam gigi nak keluar kat gusi atas dia.

Ohhh..nak bergigi dah baby aii.

Sukanya...


Eh lupa..


SELAMAT HARI IBU SEMUA MOMMY!!

3 comments:

  1. Slmt memasak untk si kecil...hehe myself msk tuk baby tp untk ayahnya huhu skrg dh jrg2...sian plk kdg2 rasa

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu tuk ko gak..aku tak sabar nak bagi anak aku makan solid food..huhu..sedang anak sebulan pon belum cecah lagi...mak nyer lelebih..;p

    ReplyDelete
  3. wah Aidi membesar bagai juara la K.wan...hehehe...same dah berat dgn ank sy...tgk Aidi makan x sbr nk bg baby saya mkn gaks=)2 minggu lagi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...