MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, May 20, 2012

Subuh-subuh Dah Meriah Rumah.


Aku terjaga dari tido. Jam handset kata sekarang pukul 5.30 pagi. Tengok incik suami takde kat sebelah. Intai Aidi kat bawah, hurmm lenanya tido.

Mana abang ni?

Aku turun katil pergi ruang tamu. Oh dia ada depan TV rupanya.

"Abang tak tido dari tadi?"

"Tak, abang tengok ni." Sambil muncung menjuih ke arah TV.

Aku pun amik tempat baring sebelah incik suami.

Aku melayan je la apa yang ditayang kat TV tu. Takdelah menghayati sangat sebab mata macam ngantok lagi.


Tentiba...suara incik suami memecah keheningan subuh.

"Ayang, ayang...abang tak nak tengok ni. Abang tak nak tengok. Ayang tolong tengokkan." Incik suami macam orang gelabah tentiba tutup muka dengan kusyen sambil genggam erat tangan aku.

Hoh, apa kena pakcik ni. Ketakutan macam orang nak pergi beranak je kekdahnya.

"Dah ke belum?" Dia tanya.

"Belum lagi."

"Ok..nak mula dah."

Satu saat

Dua saat

Tiga saat.

GOLLLLLLL!!!!!!!!

"Hah? Gol??"

"A'ah..gol dah bang."

Terus pakcik tu bangun berdiri sambil tarik aku berdiri sama pastu kami sama-sama bersorak hulala hanya gara-gara CHELSEA MENANG BOLA.

Coi!!

Tak pasal aku pun sama jadi fan Chelsea subuh hening tadi.


Pagi ni confirm incik suami nak Aidi pakai rompers Chelsea.





Abah kata KAMILAH JUARA.

Heh!


2 comments:

  1. salam yong..
    ika dah sent emel..huhu..
    sorry sgt lambat reply..dh banyak entry lain pn...
    sorry ye..
    opp..slamat hari guru..

    ReplyDelete
  2. mesti masa chelsea nak sepak penalti ni muahahahha sama lah kalau sepak penalti especially yg last sepakan tu rasa mcm nak tutup TV je then buka nak tengok result je.. kahkahkah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...