MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, May 16, 2012

Memori Hari Guru


Subuh tadi bangun pagi rasa semangat lain macam. Al maklumlah..HARI GURU.=)

Hari ni 16 Mei 2012, Hari Guru. Walaupun sekolah takde buat sebarang sambutan gedavass tapi tetap seronok nak pergi sekolah hari ni.

Ini tahun kedua aku sambut Hari Guru sebagai seorang cikgu. Tapi menyambut Hari Guru sebagai murid-murid memang dah banyak kali dan sungguh memori.

Ingat lagi dulu-dulu masa zaman sekolah rendah, bila sampai Hari Guru je masing-masing kecoh mulut suruh mak abah belikan hadiah untuk cikgu. Ate duit belanja sekolah pun sehari lima posen, ada daya ke nak beli sendiri hadiah cikgu kan? Jadi mak abah jugak jadi mangsa. Kalau agak-agak takde sangat sumber kewangan, pakat kumpul duit sikit-sikit pastu belikan lah pen merah sebatang dua. Balut lah guna suratkhabar pun boleh. Buat kad kecik tampal kat luar pembalut then bila sampai time nak bagi hadiah mesti macam malu sikit. Yelah, orang lain hadiah semua kebabomm, tapi aku bagi pen merah 2 batang. Sedih. Jadi bagi hadiah sembunyi-sembunyi. Selit-selit kat celah-celah hadiah member. Huhu.

Bila masuk sekolah menengah dah pandai sikit. Duit pun dah ada sikit. Boleh lah beli keronsang ke apa ke untuk cikgu. Pastu selalunya kat sekolah ada buat "request", alah macam special delivery tu. Kau pilihlah nak bagi bunga ke coklat ke kek ke apa je lah yang kelab tu jual then bayar. Nanti ahli kelab tu yang akan uruskan semua dari segi wrapping, kad ucapan  semua. Tahu-tahu je hadiah tu dah sampai ke tangan cikgu. Best kan?

Rindu sangat semua tu.


Zaman sekarang ni aku tengok tak ramai dah bebudak yang eksaited nak sambut Hari Guru macam dulu. Kala cikgu ada buat sambutan, ok lagi lah. Ada jugak lah nampak meriahnya. Kalau sekolah tak buat sambutan...nak dengar ucapan "Selamat Hari Guru, cikgu" pun payah. Entah-entah budak-budak tak tahu pun bila Hari Guru tu. Tapi takdelah masalah pun sebab kami mengajar bukan mintak balasan, mintak pujia-pujian. Kami ikhlas. Ceaaaa! Kalau anak didik berjaya, itu kira satu hadiah paling best buat cikgu sebenarnya.


Jadi hargailah jasa cikgu.


Tak kiralah cikgu sekolah rendah ke menengah ke matriks ke universiti ke mana ke..semua adalah guru kita.


Buat cikgu-cikgu aku *ada ke cikgu aku baca belog ini?*, SELAMAT HARI GURU CIKGU!!


Kepada my mom...

Selamat Hari Guru untuk mak jugak..

Sebab mak merupakan cikgu pertama Yong.

=)

2 comments:

  1. Selamat hari guru buat YongNana...
    Sesungguhnya jasa guru itu tidak dapat dibalas dengan hadiah mahupun wang ringgit.... Semoga Allah jua membalasnya.... :-)

    ReplyDelete
  2. Student kita tak tahu pun harini hari guru.. Sabar jelah... Ni pun tahun kedua kita sambut hari guru...
    Selamat Hari Guru.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...