MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 21, 2012

Rutin harian Aidi


Aidi tak pergi rumah Mak Long hari ni. Abahnya cuti dari hari Jumaat lepas sampai esok. Jadi abahnya offer diri nak jaga Aidi. Mulanya aku tak yakin sangat, yelah..pakcik tu kalau cuti-cuti ni biasanya kerja dia mentido jek. Kang Aidi entah ke mana, dia entah dah mimpi sampai mana.

Tapi dia bersungguh kata nak jaga Aidi, so fine. Jagalah anak baik-baik ye. Bukan susah mana pun jaga Aidi ni.

Pukul 5.30 pagi, Aidi bangun...bagi susu. Kemudian tukar pampers. Pastu biarkan dia main-main, golek-golek ikut suka hati dia. Aku pukul 6.15 dah gerak pergi sekolah. Bye bye Aidi!!


Pukul 7.30 pagi...dah boleh mandikan Aidi. Aidi sekarang dah boleh mandi air paip biasa. Tak perlu campur air panas lagi dah. Tapi kalau cuaca agak sejuk, air pun dah macam air batu, topup jugaklah air panas. Kesian tengok anak menggigil mandi.


Bath time with abah.

Lepas mandi biasanya budak bam bam ni nak susu. Lepas dah susu, biasanya dia akan kedaung tido

Kul 9 macam tu dia bangun balik. Playtime!! Kau tabur je la toys depan mata dia, pandailah dia main sendiri. Kang dia lapar, pandailah dia merengek mintak susu. Bagi je lah susu. Kalau nasib baik lepas menyusu, dia akan tido balik. Kalau nasib tak baik...layanlah anak tu main lagi. Hehe.


Jam 12 tengah hari, masa untuk Aidi makan. Tapi aku tak harap incik suami pandai nak sediakan makanan Aidi. Aku pun takde ajar camne nak panaskan makanan Aidi. Takpelah, hari ni Aidi makan lewat sikitlah ye, tunggu mama balik.

Jadi itu jelah kerjanya pun. Susu, main, tido.

Kalau anak tido, cepat-cepatlah tido sama-sama dia. Taklah letih sangat.

Puku 2.30 nanti aku balik, aku pulak take over the job. Huhu..

Tapi Aidi ni yang aku perasan..bila time dia happy-happy, nak main semua..mesti dia cari abah dia. Mulut asiklah berbunyi aaa..ba...aaa....bah. Abah dia lagi pandai layan Aidi main. Mengekek-ngekek gelak kalau dia main dengan abah.

Tapi bila sampai time nak tido, time bad mood, time nak memerap..Waktu tu aku akan dengar-dengar dia sebut sebut ma..ma....ma...ma.

Nampak nau mama hanya diperlukan dikala susah jek.

Huhu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...