MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, May 29, 2012

Aidi dan Tommie Tippie


Hari ni hari apa ek? Selasa ye? Hohoho..aku ingat hari ni Ahad. Haha. Biasalah bila cuti sekolah everyday is Sunday. Pastu lepas Sunday terus Monday. Kerjaaa!

Hari ni incik suami off day. Jadi amik kesempatan la sefamili berjalan-jalan.

Dalam hati dah target nak beli botol Tommie Tippie yang sibuk nau aku pukul canang dalam entri lepas. Niat nak beli sebijik je dulu, buat try-try. Mana tau Aidi tak mau botol tu, rugi je beli banyak-banyak.

Tapi kat sini harga botol TT adalah amat mahal.

Yang 9 oz tu RM35.90 SEBIJIK.

Kalau kat One Baby World kau tambah singgit lagi boleh dapat 2 bijik dah. Huh Jeles.

Tapi takpelah, mama beli jugaklah.

Mula nak beli yang kaler putih sebab tengok dalam gambar yang putih tu nampak lagi elegen. Ceaaa botol susu pun nak elegen bagai. Haha. Tapi bila tengok real real, eh nape tak elegan pun? Hehe..mengada lebih mama Aidi ni. Last-last rembat yang kaler biru. Walaupun yang biru dalam gambar macam tak berapa nak fotogenik, tapi bila depan mata cantik pulak. Macam aku la tu, dalam gambar memang tak cantik pasai aku tak fotogenik. Tapi cer jumpa depan-depan....cantik jugak. PITAMMM!!

Lepas dah puas perabis duit kat mall, kami bawak Aidi jenjalan tepi pantai.

Aidi ni nama je duduk pulau, tapi sekali pun kami tak pernah bawak dia tengok pantai lagi. Kesian budak ni.




Nampak laut pun dia buat tak peduli pasai dia tak tahu apa itu laut. Haha.



Main dengan wash cloth lagi best dari nengok laut, kata Aidi.




Ada rupa aku ke Aidi ni? Sampai sekarang masih tak tahu Aidi ikut muka aku ke muka abahnya. Konpius.

Balik dari jalan-jalan makan ABC tepi laut, terus bagi Aidi mandi kendian terus try bagi Aidi susu guna botol baru. Botol baru harus disterilised dulu okey, jangan lupa itu.


Neves mama nak bagi Aidi guna TT.


Sekali sumbat puting ke mulut.

Daa!!




Nampak berhasil.

Aidi boleh lacth on dengan botol baru.



Punya khusyuk hisap susu sampai mama panggil pun dia respon pakai jeling jek.

Heh.


4 comments:

  1. bila dgn abahnya nampak iras bapak.bila dok dgn maknya nmpak iras mak plak.aku pun konpius tgk.

    ReplyDelete
  2. hehe okla tu aidi ok dgn tt :)

    ReplyDelete
  3. hehe.comelnye minum susu ngn botol TT.....kiut...

    ReplyDelete
  4. hehehe kelakar botol tak fotogenik...

    yeaahhh akhirnya TT menjadi pilihan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...