MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, May 6, 2012

Walker..Perlu Atau Tidak?



Aku ni asiklah ada dilema je tentang penjagaan baby. Almaklumlah..ibu baru. Huhu. Kali ni dilema tentang penggunaan WALKER.


Yep, walker.


Kalau ikutkan aku dan incik suami, walker memang takde dalam senarai kami. Memang tak pernah rancang pun nak beli walker untuk Aidi. Tapi bila Mak Long Aidi *pengasuh Aidi* dah mula bukak topik tentang baby walker.....aku mulalah dalam dilema.

Dia bagi hujah-hujah begini nak tarik aku supaya belikan Aidi walker.

1. Anak dia yang sulung masa umur baya-baya Aidi ni dia dah letak dalam walker and boleh berjalan masa umur 7 bulan. Sebab berlatih dalam walker katanya.

2. Kalau Aidi duduk dalam walker, senang sikit dia nak buat keje sebab baby biasanya akan ralit bila duduk dalam kereta kecil dia tu.

3. Beli walker yang murah-murah je sudahlah..yang rege RM50 ke camtu. Jangan beli yang mahal-mahal yang cantik-cantik sebab dia takut nanti anak-anak dia yang jahanamkan walker Aidi.


Hujah yang ketiga tu memang scary kan? Haha.


Aku nagku sikit sebanyak aku terpengaruh jugak. Kalau aku tak terpengaruh, takdenya aku gigih pergi survey walker-walker ni. Tak cukup survey keluar masuk kedai, aku survey online pulak. Separuh hati macm kata..ok fine, aku beli je lah walker untuk Aidi. Kesian jugak kat Mak Long Aidi kalau susah nak buat kerja sebab asik nak kena jaga Aidi je.

Tapi...hasil surveyan *mak ai bahasa* aku semuanya macam negatif jek.

1. Keluar masuk kedai survey walker..tapi harga mak datok!!!! Yang elok yang kukuh yang cantik yang nampak secure semunya harga above two hundred. Ko mampu?? Aku tak..haha.





Walker ni aku jumpa kat Parkson harganya RM300 ++.



2. Mak Long Aidi ada suggest satu kedai ni ada jual walker murah. Rege RM50 macam tu. Maka kami laki bini gigihlah pergi cari. Jumpa. Harga dalam RM70 lebih. Oklah mampu beli. Tapi................terus reject bila tengok kondisi walker tu. Besi tak kukuh. Sekali sentap je boleh lurut ke bawah. Ringan ya amat. Tak terbayang kalau Aidi 'drive' kereta dia laju-laju macam feeling bawak ferrari pastu tak reti macam mana nak brek. Hoh ngeri.


3. Bila aku baca artikel-artikel tentang penggunaan walker, takde satu pun yang menyokong penggunaan walker ni. Ramai yang cadang untuk biarkan baby belajar berjalan ikut fitrah manusia yang semulajadi. Tambah lagi banyak kes-kes buruk yang disebabkan oleh walker ni. Lagi berdabel aku dalam dilema.


Susah sebenarnya bila kita tak mampu nak jaga anak kita sendiri 24/7. Bila kita mengharapkan bantuan orang lain untuk mengasuh anak kita, nak tak nak kita kena bertolak ansur jugak dengan sang pengasuh. Memang kita bayar dia tiap bulan, tapi besar sangat ke duit kita tu kan banding dengan jasa dia jaga anak kita macam anak sendiri.


Jadi semalam aku duduk bincang elok-elok dengan incik suami. Macam mana nak buat ni. Dilema dilema dilema.


Suami kata..tunggulah dulu. Sekurang-kurangnya tunggu sampai Aidi boleh duduk dengan sendiri, then baru kita fikir semula sama ada nak beli ke tidak walker ni.


Sekarang ni kat rumah Mak Long Aidi, ada sorang baby yang dia asuh pun dah ada walker. Baru lagi parents nya beli. Tapi baby tu dah 7 bulan, dah boleh duduk sendiri. Oklah. Beside mak ayah baby tu pun ok je anak dia duduk dalam walker, so kira ok lah kan.

Masalahnya..depan mata kepala aku sendiri aku nampak...baby Widad duduk dalam walker dia. Then anak buah aku yang sulung tu tolak walker Widad dari belakang macam style kita tolak troli tu..punya laju.


Ngeri aku tengok.

Bila aku tegur dan suruh dia stop tolak macam tu. Budak kecik tu boleh jawab apa kau tau?

"Biarlah amsyar tolak.. Laju sikit. Baby ni jalan pelan sangat."


Adeh!! Migrain Mak Lang..Amsyar oii!








12 comments:

  1. saya pun rasa walker tak sesuai... biar aidi belajar sendiri jadi otak dia dpt bekembang sekali kan... kalau walker ni dh mcm shortcut plak... saya rasa dr beli walker baik beli playpen atau yg mcm bulatan pagar utk baby tu... boleh pasang kat mana2 mcm ruang tamu atau dlm bilik.. so masa pengasuh tgh wat kerja boleh la dia main dlm tu dgn selamat..

    ReplyDelete
  2. Sy like entry ni yong.sy pn dlm dilema.....pyh kn mintak tlg org jga anak kita.krn ikutkan permintaan pengasuh,sy terpaksa beli puting kosong,buai eletrik.....pasni tak tau nk apa lg..walker plak kot.huhu

    Fatie

    ReplyDelete
  3. aku mmg x beli dan bagi cha guna walker. dia pn dok nursery, mmg nursery x benarkan kewujudan walker, buai smua ni..
    kalau nak guna walker gak mmg kena beli yg kukuh dan mahal skit.. safety first

    ReplyDelete
  4. dear, my personal opinion, mmg walker ni x digalakkan, bukan sahaja bcos of safety reasons, malah it doesnt allow baby utk develop naturally, ikut susunan fitrah, i.e. belajar duduk, merangkak, berdiri, berjalan. mcm anak kawan saya tu, umur dah 9 bulan tp masih belum pandai duduk, merangkak, berdiri, sbb sepanjang hari duduk dlm walker. bagi i, concept walker sama mcm concept crotch carrier. baby tergantung kt crotch. bila dia penat, dia akan tersandar, kaki tergantung. kalau kita biar baby explore kt lantai, dia akan menyusur, merangkak, mmg la leceh, kena pantau 24/7 but at least otak dia berkembang. but then dina faham, kalau pengasuh mintak atas alasan senang dia nak buat kerja, ok la can consider, but maybe u blh pujuk dia pelan2? my MIL pun ada tanya x beli walker utk anak? ktrg diam je, ckp x perlu, biar dia explore sendiri. then MIL pun x tanya2 lagi. good luck dear! i know we only want d best for our child kan?

    ReplyDelete
  5. wan, kita pun tak plan nak beli walker sebab dengar/baca macam2 yang negatif dari positif. (tak mahu sebut & mintak dijauhkan)...tapi tu semua terpulang pada kita sendiri & pengasuh (hehehe).
    kita plan nak beli walker yang jenis tak gerak tu je. at least dia boleh duduk time makan, leka main so senang pengasuh nak bagi makan. playpen bulatan yang macam kawan cakap tu pun...sangat ok.

    ReplyDelete
  6. pengalaman dari ank2 sedara yang guna walker nie(ank sendiri belum lagi), pernah jatuh sebb "drive" laju sangat, pecah bibir atas n hidung parut sampai skrg....lepas tu bila belajar berjalan tanpa walker jalan tak seimbang n suka jatuh kan diri macm buat dalam walker tu, kesimpulan kalau yakin boley pantau sentiasa ok tapi agak2 tk ley pantau tak yah ler guna walker nie....

    ReplyDelete
  7. i think i'll never approve walker for my son too!
    p/s:yes,im a mother to a son now..yea!

    ReplyDelete
  8. salam...akak pon x prefer la walker ni..anak akak x guna walker pon..mmg saje x beli...sbb pndapat akak penggunaan walker ni byk -ve dr +ve...try ckp elok2 ngn maklong aidi...dulu pengasuh ank sy dia akn ty..nk letak ank lam walker x..tido buai ke x..kalo ckp x perlu mmg dia x gunakan...may be takut bb confuse bila kat umah kita x guna semua tu...

    ReplyDelete
  9. Sy pun sm jugak.. cuma ari tu mil ade tny, nk pki walker x? Sy ckp nnt dulu la.. ari tu psl buai, pun die tny.. kite pun berjela la hujah x nk buai.. tibe2 satu ari hubby msg bgtau ank dh msuk buai.. sentap sikit sbb mil dh tny n kite dh bg reason.. lm2 terpaksa redha sbb mil kt ank x mau tinggal.. huhu.. yg bertahan cuma mkn start 6 bulan je.. tu pun kite dh bgtau nurse x bg mkn lg.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. ssh la bagi orang jaga...ni yg rasa nak berhenti kerja ni....tunggu husband jadi manager bank la gamaknya

    ReplyDelete
  11. Terpaksa nk cari walker utk letak kt taska coz anak asyik jatuh lebam2 kat dahi..last effort kalo masih lebam lg nk tukar taska lak

    ReplyDelete
  12. Saya pun dalam dilema. Dilema bukannya apa, pengasuh dah letak anak dalam walker tanpa tanya saya dulu.Dia guna walker anak asuh dia yang lain. Saya kalau boleh taknak bagi dia duk dalam walker selagi tak boleh duduk sendiri. Macamana nak cakap kat pengasuh ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...