MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, May 12, 2012

Cerita 5 Bulan

12 Mei 2012.

Aidi dah 5 bulan. Alhamdulillah. Bertambah sebulan lagi umur Aidi.

Perkembangan??

Takde banyak beza dengan bulan lepas.

Masih meniarap. Cuma dah makin terer berpusing-pusing 360 darjah dalam keadaan meniarap. Menjulur ke depan boleh sikit-sikit.

Makin susah nak pakaikan pampers. Sekarang ni bila lepas mandi, time aku nak sapukan minyak, nak pakaikan losyen, bedak apa semua dia terbaring elok jek. Masuk je part nak pakai pampers...hazab! Gigih dia mengiringkan badan tak nak pakai pampers. Memang kena bergusti dulu 2 beranak ni. Kadang-kadang kami gusti bertiga dengan abahnya sekali. Haha.


Sudah boleh grab objek dengan kukuh. Pegang botol memang dah terer. Pegang toys pun dah kuat. Kadang-kadang spek mata aku pun dicekau sampai tertanggal. Kuat tangan budak ni.

Sejak semalam aku perasan Aidi suka jelir-jelir lidah macam garu gusi. Ada kmungkinan gusi dia gatal. Dulu kata Aidi nak tumbuh gigi tapi aku tengok takde apa pun lagi. Jadi kali ni tak berani ank assume anak nak tumbuh gigi ke apa. Harapan palsu je tu. Haha.

Sudah ada minat-minat kecil terhadap makanan. Dua atau tiga minggu lagi boleh try suap solid food kat Aidi. Tak sabarnya...

Dah kenal mama and abah. Kenal suara jugak. Kalau aku duduk kat belakang dia then aku panggil nama dia, laju je dia pusing ke belakang *dalam keadaan meniarap* cari aku. Bila dah jumpa, kemain dia senyum ketawa. Comel!

Semakin besar semakin senang nak tidurkan Aidi. Kadang dia boleh tido sendiri tanpa didodoi. Kalau perlu dodoi pun tak ambil masa lama. Tepuk tepuk bonto seminit dua..lenalah dia. Tido malam maintain sampai ke pagi. Terima kasih Aidi kerana buatkan tido mama lena setiap hari.=)

Suka di berdirikan. Maknanya Aidi suka berdiri. Dia akan kekeh-kekeh ketawa bila bagi dia berdiri. Bajet macam dah besar sangat la tu dapat berdiri. Sekarang ni abahnya dah jumpa satu teknik nak berdirikan Aidi dengan seronoknya. Tak payah beli walker dah macam ni. Eh tapi macam ada berkenan kat satu walker sweet cherry ni. Rege RM129 sajork. Kejap nak kejap tak nak. Tak paham!

Boleh bermain sendiri. Letak je Aidi atas tikar/tilam..bagi sebakul toys dia, pandailah dia main sendiri. Tapi biasanya Aidi lebih berminat pada bakul toys banding dengan toys itu sendiri. Sekali lagi mama tak paham. Hehe.

Eh banyak dah aku taip ni. Cukuplah tu. Kalau nak cerita pasal Aidi sampai esok pun tak habis taip.

Happy Monthly Birthday prince mama.

Semoga membesar dengan sehat bagaikan johan.


From mama with love.




Aidi..ketika entri ini ditaip.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...