MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, May 15, 2012

Pergi Berjarum 5 Bulan

Semalam bawak Aidi pergi cucuk 5 bulan. Kalau di Labuan ni diorang tak panggil "pergi cucuk" atau "pergi inject", diorang panggil "berjarum". Huhu.

Berat Aidi yang terkini adalah 7.3 kilo.

Panjang pulak aku tak sure..66 cm kot.

Alhamdulillah Aidi sehat.

Sempat jugak aku tanya pasal gigi Aidi yang nampak macam nak tumbuh tu. Nurse check-check nurse kata belum lagi. Kalau gigi nak tumbuh, gusi akan jadi licin. Tapi nurse kata kalau tengok dari gaya Aidi, memang tak lama dah gigi nak naik sebab Aidi dah gatal gusi. Ok just wait.

Belakang badan Aidi yang kekonon ada panau pun nurse kata bukan panau. Itu kesan akibat ruam panas. Nanti akan hilang sendiri. Oh lega. Patutlah aku sapu krim yang doktor bagi tu "panaunya" tak baik-baik...rupanya bukan panau. Kena beli rash cream pulak la pasni sebab Aidi memang kuat berpeluh, jadi ruam akan cepat naik. Nasib baik bukan ruam gatal yang merah-merah besar tu. Just ruam halus jek.

Sepanjang malam semalam risau jugak kot-kot cucuk kali ni demam, dari awal lahir cucuk tak pernah lagi Aidi demam. Nurse kata Aidi kebal. Huhu. Tapi aku tetap beware la. Pagi ni aku bekalkan ubat demam and termometer bawak pergi rumah Mak Longnya.

Tapi kalau tengok keadaan Aidi semalam, takde tanda-tanda nak demam. Dia kemain riang ria bila abahnya main agah-agah dengan dia.

Ketawa mengekek-ngekek. Tak sempat nak amik video sebab aku pun sama mengekek tengok Aidi mengekek. Hehe.

Lepas tu Aidi sekarang suka sangat buat bunyi-bunyi suku kata.

mamamama...

bababababa..

lebih kurang macam tu.

Sampai satu saat aku macam dengar Aidi sebut..


Aaaaa...bahh.


Aaaaa bahh.


Aku pandang suami...

Suami pandang aku..sambil angkat kening. *wink wink*

Banggalah tu anak sebut nama dia dulu padahal Aidi tak bermaksud pun nak panggil abah dia.

Heh.

4 comments:

  1. wah aidi..cpt gak ek nak tumbuh gigi :)

    ReplyDelete
  2. dia demam teruk x lps cucuk? aqib demam.. keluar rashes..

    ReplyDelete
  3. ctmah..hai! Saya dah follow u too.=). Tak pastilah bila nak tumbuh giginya tu.Tapi asiklah dia menggaru gusi guna lidah dia.hehe.

    farhana..so far alhamdulillah aidi x demam lagi. Tapi dia merengot rengot sikit lah, asik nak berpegang berdukung jek.

    ReplyDelete
  4. terjumpa info ni, pasal ruam panas… sharing is caring :) - Ruam Panas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...