MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, May 10, 2012

Jangan Pukul Aidi Hokey?

Semalam kecoh satu Malaysia dengan video pompuan pukul baby tu. Pastu keluarlah macam-macam versi ceritanya sampai pihak PDRM pun kena masuk port sekali nak bagi reda amarah rakyat Malaysia. Termasuk aku. Oiii bercucuran air mata tahu aku nengok video tu. Nasib baik time tengok tu dalam bilik disiplin takde orang lain, kalau tak malu i. Huhu.

Balik sekolah terus laju-laju pergi amik Aidi kat rumah Mak Long dia. Hajat hati nak terus peluk cium Aidi ketat-ketat sebab sedih tengok video tu tak hilang lagi. Sekali dua-dua anak buah aku tu yang paling laju duduk atas riba aku ni ha. Sorang duduk kat atas peha kiri, sorang peha kanan. Pastu masing-masing berebut nak cium pipi Mak Lang depa ni.

Aidi??

Aidi adalah sangat kasihan. Hok hek hok hek dia terkapai-kapai mintak aku dukung. Alahaii..susah jugak bila jadi Mak Lang kegemaran ni. Sampai nak pegang anak sendiri pun takde chance. Hehe.

Bila dah balik rumah baru dapat kelek Aidi puas-puas. Terus rasa sayu je hati tengok muka Aidi. Tak terbayang kalau Aidi kena pukul macma baby dalam video tu. Ish mintak dijauhkan.




Mama and abah akan jaga and lindung Aidi lebih dari nyawa kami sendiri. Aidi kena ingat yang mama dan abah sayang Aidi sampai infiniti. Walaupun mama pernah je babap punggung Aidi sebab Aidi selalu sangat mengiring-ngiring bila nak pakai pampers...tapi mama babap tak sakit pun kan? Ala - ala manja gitu. Haha.


Sayang Aidi sangat-sangat.


Budak tu makin bijak keletah sekarang. Suka kalau diagah, terbahak-bahak dia ketawa.

Makin mengada pun iye jugak. Pantang mama hilang dari mata....mulalah memanggil.

Kalau nampak mama dah siap-siap pakai baju cantik, bertudung semua siap..dia gedik dulu nak mintak dukung. Nak ikut lettew. Aidi..aidi.


Harapnya..sepanjang Aidi membesar, janganlah ada orang yang pukul dera Aidi. Amukan pocong aku nanti.

Aku pun nak kena peringat sama..jangan ringan je tangan nak babap bontot Aidi.

Mentang-mentanglah cikgu disiplin.

1 comment:

  1. memang keji orang dalam video tu..tapi orang kate mak die tu meroyan..hadeyy laa..memang geram tengok kan...kesian kat budak tu tak tau ape2..*sigh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...