MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, May 17, 2012

Nak Jumpa Retis!


Baru semalam seronok-seronok Hari Guru, tup tup pagi ni sampai sekolah je dapat surat bagitahu esok ada camping Kelab Pengguna.

Esok nak camping, hari ni baru dapat surat.

Tak ke aduhainyepun!

Kalau ikut hati cikgu, memang nak kata tak payah ikut lah camping tu. Kelam kabut weh. Nak bawak anak orang keluar camping bukan boleh bawak suka-suka hati. Nak kena surat kebenaran, nak pengesahan pengetua apa semua. Paling penting semua kena setel sebelum bertolak camping esok. Hoh!

Tapi bila pikirkan budak-budak..tak sampai hati jadinya. Mana tahu ada budak-budak yang memang teruja nak pergi. Jadi itu adalah tanggungjawab aku bawak diorang pergi. Memang ada pun budak yang nak pergi. Siap ada budak tu sanggup tukar kelab dari kelab dot dot dot masuk Kelab Pengguna semata-mata nak join camping ni. Huhu.

Nasib baik tak ramai sangat yang nak join. Ada 8 orang budak jek. Itu pun semua perempuan, yang perangai pun senonoh sikit. Jadi lega sikitlah hati.


Jadi maknanya minggu ni kerja adalah 7 hari seminggu sebab camping sampai hari Ahad. Kena tinggal lagi lah anak aku tu nampaknya. Tapi takpe, aku bukan duduk kat tapak kem 24 jam. Aku datang kejap-kejap je lah tengok budak.


Yang penting malam esok ada slot ceramah dengan penceramah best. *mana aku tahu best? haha*



Siapa nampak nama artis best *best sgt ke?* yang akan ada di kem nanti??


Nanti kena cakap gini sambil buat aksi-aksi manja kat incik suami lah.



"abaaannggg....malam ni kite nak pergi UMS tgk budak-budak camping boleh tak?"


Padahaaalllll nak tengok retiss!


Haha!

2 comments:

  1. yong.. kalo bukan cikgu boley pg ums tak dgr ceramah motivasi tuh..? huhu..=)

    ReplyDelete
  2. Memberikan kelainan pada hari anda. Saree material yang boleh dibuat baju kurung, kebaya, blouse dan sebagainya.
    Mai ler berkunjung ke blogshop saya..:) Harga yang dijamin lebih murah!!
    http://dedazzlerzzshoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...