MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, May 12, 2012

Aidi's 1st Solid Food!




Hai!

Nak bagitahu ni..hari ni aku dah bagi Aidi solid food!

Huhu.

Unplanned ye kawan-kawan.

Mentang-mentang hari ni monthly besday Aidi yang kelima. Jadi rasminya Aidi makan solid food masa umur 5 bulan genap. Hihi..

Tak tahulah macam mana boleh nak terbagi solid food pulak kat Aidi ni. Jap nak ingat balik..ha, asalnya siang tadi aku ada makan kuih cara yang kaler hijau dalamnya ada gula tu. Makan pulak depan mata Aidi. Dia tenung je muka aku masa aku makan. Mungkin rasa macam nikmatnya mama makan..terus dia meronta-ronta siap tepuk-tepuk lantai.

Aku pun cubit la sikit. Memang sikit. Then lenyek-lenyek guna jari pastu bagi Aidi hisap jari aku. Aku tak bagi dia telan pun. Just hisap amik rasa jek.

Ingatkan dah ok la tu. Rupanya dia nak lagi. Tepuk-tepuk lantai lagi mintak kuih cara kekdahnya. Ate takkan aku nak bagi lagi kan? Tak pasal kang kuih cara is a Aidi's first food. Haha.

Jadi kesian punya pasal aku pun terus godek peti ais tengok apa yang ada.

Ada epal merah sebiji.

Ada carrot.

Ada potato.

Dalam kepala dah pikir-pikir nak buat puree ni padahal bukan reti pun. Baca-baca gitu je kat internet.

Tengok Aidi semakin gedik-gedik bising serupa orang mintak makan, aku pun tekad la nak buat puree. Nak bagi makan ke tak ke..itu pikir kemudian. Mana tahu abahnya kata NO first food until Aidi reach 6 months. Huh naya aku nanti. Tapi hati kata..buatlah.

So buatlah puree.

Dalam kepala nak buat puree Apple + Carrot + Susu. 

Hamboi kemain trio lagi ingredients puree Aidi. Lantaklah..ikut hati nurani je ni.

Potong epal, kupas kulit.

Kupas kulit carrot, potong kecil.

Rebus sampai lembut.

Lepas tu blend.

Sebelum blend, gigih basuh blender berkali-kali siap steril dengan air panas sebab takut ada bau-bau rasa-rasa cabai dalam blender. Blender baru tak beli lagi. Nama pun unplanned punya plan. Haha.


Blend berkali-kali sampai hancur lumat halus. Oh lupa, masukkan susu yang dah dibancuh sikit dalam tu nak bagi puree lebih lembut.


Dan...

Siap!!

Tada!!



Mama and abah dah try rasa dulu.

Yummy!!

1st suap memang dia macam hairan-hairan sikit tapi mulut tetap bukak. Haha.

Lepas-lepas tu dah tak boleh tahan lagi untuk keep on nganga mulut.

Dia mintak and mintak and mintak and lagi and lagi.




Muka budak sememeh makan buat pertama kali. Mama tak sempat nak lap sebab kalau lambat suap sikit dia mesti hok hek mintak suap. Gelojoh!

Untuk 1st time ni aku cuma bagi 1 sudu besar je. Sebab 1st time kan, lagipun unplanned. Risau jugak kalau Aidi tak mau terima puree ni.

Tapi ternyata Aidi anak mama and abah.

Lichennn!!

Esok kita makan lagi menu yang sama sampai 4 hari.

4 days rule jangan dilupa ya!

4 comments:

  1. Wan,4 rules tu ape?x prnh dgr..boleh share?...thanks....

    ReplyDelete
  2. 4 days rule tu maknanya kena bagi baby makan makanan yang sama selama 4 hari berturut-turut untuk pastikan baby sesuai dengan makanan tu. Kalau takde pape alahan, berak pun ok maknanya makanan tu sesuai. So hari kelima boleh tukar menu lain pulak untuk 4 hari berikutnya.

    Cuba klik sini untuk tengok jadual pemakanan baby. Boleh jadikan rujukan.

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150760830753798&set=o.128804727194687&type=1&theater

    ReplyDelete
  3. Haha comeynye hentak2 lantai mntak mknn...

    ReplyDelete
  4. thank u wan...nanti kita google lagi & check FB page tu...haritu start bagi anak kita milna rusk (sebab kesian nak suruh mak prepare puree..:))..then dia asyik buang air.tapi dia aktif. nurse cakap takde masalah selagi aktif. nurse tak bagi ubat pun huhu..nanti kita baca2 the info..thank u sesangat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...