MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, May 8, 2012

Say No To Walker. Say Yes To Mamam.=)




Hai!

1st of all, nak ucap thanks pada semua yang drop komen and opinion tentang penggunaan walker dalam entri yang lepas. Jujurnya aku masih lagi belum buat keputusan rasmi tentang nak guna walker ke tak. Adehlah..fening!

Tapi yang pastinya aku dah bagi bunyi-bunyi kat Mak Long Aidi yang aku tak berani nak bagi Aidi duduk dalam walker yang harga murah-murah tu. Eh bukan sebab aku feeling orang kaya nak beli semua yang mahal jek, oh tak lah. Aku ni makan pun selalunya megi je kat rumah ni. Haha. Aku takmau belikan walker murah-murah tu sebab aku risau keselamatan Aidi. Itu je.

Positifnya, Mak Long Aidi kata Aidi ni takdelah meragam sangat. Dia masih boleh diletak baring bergolek-golek atas lantai. Just golek-golek sebab aku tak dibenarkan bawa sebarang toys untuk Aidi main. Mak Long Aidi takut anak-anak dia yang sakan main nanti, bukannya Aidi. Hurmm...bagi aku takde salah pun share toys kan? Cousin je pun..Tapi dah tak dibenarkan, aku nak kata apa? Hehe.

Jadi kesimpulannya macam 90% aku tak akan beli walker.


Kalau aku ada duit lebih bulan depan, Insyaallah aku akan pertimbangkan untuk belikan Aidi ini.



Baby jumperoo!!




Sebagai ganti walker. Aku rasa jumperoo ni much better dan harga juga much bigger. Haha. Dalam jumperoo ni baby still boleh beraktiviti denga segala mak nenek toys keliling dia and boleh belajar jumping kat dalam tu. Benda ni just statik kat situ, so baby tak boleh bergerak ke mana-mana apalagi nak belajar berjalan. Jadi selamat.


Kalau tak dapat jumperoo..dalam belikan ini pun best jugak.

Tapi rege pun boleh tahan mahal jugak. Adess!

Baby's Activities Center!




Geram pulak aku tengok. Rasa macam aku yang nak masuk duduk main dalam tu. Boleh? Haha.

Benda ni pun tak boleh bergerak macam walker. Habis kuat pun kerusi tu boleh bergerak pusing keliling meja bulat tu jek. Jadi selamat jugak.

Tapi itulah...harga semuanya mak datok!!

Nak pakainya beberapa bulan je pun.

Tengoklah...mama tak janji ye Aidi. =)

Aku rasa walker ke jumperoo ke jumpsuit ke jumping ke jampi ke semua tu tak penting sangat buat masa ni. Yang pentingnya...Aidi dah nak enter 5 months. Lagi sebulan dah boleh bagi makan. Yeay!!

Aku punya plan...nak bagi Aidi makan masa cuti sekolah nanti. Tapi masa tu Aidi baru 5 bulan setengah. Ah, kira cincai je lah. =)

Bukan apa..kalau aku try bagi Aidi makan masa cuti sekolah, maknanya aku ada banyak masa nak masak food Aidi, nak pantau makanan apa dia suka, mana tak suka, mana yang sesuai mana tak. So bila dah habis cuti nanti aku dah terer dah. Senang aku nak buat bekal untuk Aidi bawak pergi rumah Mak Long dia.




Sekarang pun ligat mencari info tentang solid food.

Pun dah pandai keluar masuk kedai letrik nak survey harga blender baru. Hehe.

Tapi memang, sebelum bagi Aidi makan, aku kena beli blender baru, kukus *dapat kukus letrik lagi best*, set pisau, papan pemotong, ect semua baru khas untuk Aidi. Konon tak nak bagi Aidi makan pastu ada rasa cabai kering dalam tu. Haha.

Eh, sesiapa ada resepi solid food yang best bolehlah share kan?

Tenkiu sayang!!




4 comments:

  1. salam. kak.

    ni boleh consider kot.. haritu tgk rega kat Jusco dalam RM 138 ..

    http://www.sweetcherry.com.my/products_SC637.php

    ReplyDelete
  2. salam yong..
    anak kita ni sementara dia kecik, boleh la nak dok statik.hehe.pendapat saya..belajar dr pengalaman yg ada.hehe.nnti bila dia dh menjangkau 6 bulan..dia dh mula jemu dgn toys yg ada..dia nak bergerak plak..
    saya pakai walker..habis dia explore satu rumah..kalau nak beli walker..kene beli yg lebar..supaya xterbalik..tp bila dia dh start nk merangkak..walker pon dia xnak duduk dh..dia nk explore lebih lagi..kalau letak statik or pkai walker pon..dia menangis nk keluar..silap2..dia nk panjat keluar masa umor 8 bln..so, sy advice..jgn beli mahal2 sgt..nnti takut xpakai lama..:)

    ReplyDelete
  3. besnyee jumper tu, tingin gak bg haris,tp harganyaa~ alahaiii cam xmampu je mama :'o

    ReplyDelete
  4. nk resepi solid food ke..
    emel kat ika.nanti ika send..hehe..
    meta_morfik8254@yahoo.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...