MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, July 31, 2012

Rasa Bersalah Pulak.



Berkaitan dengan entri sebelum ni, bila aku pikir-pikir balik kan, aku rasa macam bersalah pulak. Aku rasa bersalah kat incik suami. Kenapa eh dia rasa macam aku akan marah kalau dia beli kasut mahal?

Memang aku marah ke?

Ke aku jeles?

Ke aku memang menghalang dia dari beli apa-apa?

Oh tidak tidak tidak!

Aku tak pernah nak halang dia beli apa-apa. Cuma mungkin aku lebih suka kalau dia libatkan aku dalam proses membeli tu.

Sama-sama survey.

Sama-sama pilih.

Sama-sama setuju.

Tapi yang bayar..dia. Haha. Taklah..kadang-kadang sama-sama bayar jugak.

Aku suka cenggitu. Sebab aku pun selalu akan buat gitu kalau nak beli apa-apa.

Apapun..aku tetap rasa bersalah sebab aku buat incik suami rasa takut-takut nak beli sesuatu. Tapi bukan aku marah pun dia beli. Tapi aku rasa bersalah jugak. Eh pening pulak nak cakap. Huhu.

Tapi aku sebenarnya memang dah perasan lama dah tentang kasut tu. Tiap kali duduk depan laptop, dia akan bukak zalora.com. Pastu asiklah dok belek-belek gambar kasut tu berkali-kali. Aku tau dia suka tapi dia tak ngaku. Aku siap offer nak belikan untuk dia, pun dia tolak mentah-mentah.

Alih-alih....kasut idaman hati dah sampai ke rumah. Heh.



Mula-mula aku ingat kasut tu kasut sukan. Dia nak buat pakai-pakai untuk physical training (PT) dia kot. Rupanya tak.

Itu kasut raya.

Nak pakai balik kampung.

Pakai dengan jeans.

Terkejut aku.

Sebelum-sebelum ni dialah paling membangkang sekali bila aku usulkan idea supaya pakai kasut ala-ala sneakers tu dengan jeans. Oh nehi nehi nehi katanya. Tak smart katanya. Dia lagi suka pakai dengan selipar sandal jek. Okey fine.

Dah tu sekarang??? Heh.

Eh..jeans baru pun ada beli dah oiii..beli senyap-senyap jugak. Tau-tau kata nak amik jeans kat tailor. Uiiii siap dah pegi alter siap.

Bila aku suarakan rasa hati...

"abanggg...abang janganlah beli barang senyap-senyap, tak bestlah gini."

"Okey okey..pasni tak buat dah."

"Ayang..dapat bonus nanti abang nak beli jam tangan besi pulak okey?"





SAKAN NAU DIA RAYA KALI NI!

1 comment:

  1. kalo saya suke teramat lelaki suke shopping ni..asben saya mmg tak suka beli barang..pakai baju sama jer ..bosan.. kalo saya belikan tuk dia, dia pakai jer...tp larat kita jer yg nak membeli? hehheheheh....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...