MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, August 3, 2010

ABAHKU PULANG DARI KOTA, ABAHKU BELIKAN KERETA



seseorang: Wan, kau ada lesen kereta tak?

Aku: Adaaa......*dengan bangganya*

Seseorang: Tapi kenapa aku tak pernah tengok kau bawak kerete?

Aku: Heh? Aku pandai bawak lesen jek. Huhu


Serius. Aku memang punya lesen kereta. Dah kemain lama aku usung kad pat segi tu ke sana ke mari. Dah berkali-kali renew dah pun. Tapi tak pernah sekali pun aku pegang stereng. Apatah lagi tekan pedal minyak. Memang nan ado. Last aku bawak kereta ialah masa on the way nak balik ke rumah lepas abis ujian memandu lebih 6 tahun dulu.


Kenapa ye jadi gini?



Mungkin sebab lepas lulus je ujian memandu aku terus diterima masuk ke UiTM nun kat ceruk hutan celah-celah kebun getah kat Segamat nun. Maka aku tiada peluang nak asah bakat memandu aku. Lama-kelamaan akan muncul perasaan "aku takut nak bawak kereta".


Kenapa takut?

Sebab

Aku dah lama tak pegang stereng. Aku rasa macam aku dah lupa camne nak gunapakai stereng kereta tu.

Kadang tu nak pasang signal pun aku lupa. Kalau nak belok kiri kita kena tolak ke atas ke bawah ek? Aku memang lupa.

Paling aku rasa tak konfiden adalah camne nak pusing stereng bila nak membelok. Ya Ampunn....memang itu kelemahan aku. Aku tak reti nak bajet bape banyak nak pusing stereng tu. Kang kalau terlebih pusing kang ada jugak yang dipersilakan ke lonnnggkang!


Susah hati aku pikirkan kelemahan diri.

Tak lama nak posting mengajar dah. Kalau dapat kat Labuan boleh lagi la tarik nafas lega sebab ada incik suami boleh hantar amik aku ke sekolah setiap hari.

Tapi buatnya aku kena posting nun jauh beribu batu. Sebatang kara.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Rasanya ada jugak cikgu pegi sekolah naik bas sekolah dengan budak-budak nanti.



4 comments:

  1. Wan, jalan kat segamat tu bahaya kan! berliku-liku, then lori selalu bawa laju2. kalau nak kancil, memang rasa cam nak terbang!

    ReplyDelete
  2. yong,mcm mane eh kita nak update status kite dr bujang ke berkahwin di KPM..rasanya belum terlambat kalo kita buat surat atau faks ke sana nyatakan nak ikut suami masing masing kan|?tapi bagaimana caranya?

    ReplyDelete
  3. ala nape takut..t lama2 dah kekok bawak keta..rugi tau

    ReplyDelete
  4. Xora, memang tak syak lagi..ibarat naik roller coaster dah kalo lalu jln tu.ayakk!!

    Shalin..x sure la plk camne. Masa isi borg posting dulu saya siap2 tulis status berkahwin n sertakan alamat tempat kerja suami. Org yang bg taklimat tu yg suruh buat gitu. Katanya siapa yg agak2 nak kawen dalam bulan 6 ni elok tulis je status berkahwin. Huhu..

    Kalau nak ubh skrg apa kata call KPM tanya. Mungkin sempat lg kot. Cubalah..


    Farah Fatihah, takotla...skrg ni adala smgt nk blaja balik.Ingat nk suruh adik lelaki tlg ajarkan balik. Round2 kat tmn perumahan ni dulu pun jadi la kan.wish me luck!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...