MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, August 8, 2010

BULAN PUASA BOLEH HONEYMOON TAK?

Kau baca tajuk kat atas tu.


Apa jawapan kamu??




Siapa kata boleh angkat tangan kanan.


1 2 3 4 ............uiii ramai.


Siapa kata a BIG NO NO? Angkat tangan kiri.


1 2 3 4 5 6 7 8 .....................uiks..ramai jugak.


Siapa kata "lantak kamu la Yongnana......" angkat dua-dua tangan.


Wa wiiiii...lagi ramai?? *sebab bilangan tangan berganda-ganda.haha*


Macam tak senonoh pun ada kan kalau nak pergi berhanimunan sekali lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Tapiiiiiiii....................ohh


Aku kangen bangat deh sama dia.

Lama betul tak jumpa.

Aku siap amik kalendar tadi nak kira berapa hari dah aku ketemu gula-gula hati aku yang nun jauh di Labuan nun.


Lama tau
.
.
.
.
.
.
.
.
40 hari!


Ni kalau orang beranak pun dah abis pantang dah. Anak pun dah besar siap pandai senyum-senyum bila diagah lagi.


Uhuk uhuk uhuk....


Rinduuuuuuuu..........


Aku tak kira. Aku mahu ke Labuan jugak. Mahu.


Jadi lusa..10 Ogos aku akan terbangggggggg *kau yang bawaku terbang, kamu lah jua yang membawa cinta lalalalala....PANG!*


Yep. Aku akan ke Labuan 10 Ogos ni. Mahu berhanimunan buat kali kedua. Hahaha!


Takdelah. Bukan itu tujuannya yang sebenar. Itu tujuan sampingan jek. Kira kalau kat KFC tu ibarat coleslaw dengan kentang putar la...side dishes. Apakah??

Aku sebenarnya nak ke Labuan tujuan yang sebenar-benarnya adalah untuk sambut puasa bersama incik suami di sana. Teringin sangat nak bersahur dan berbuka pada hari pertama puasa dengan beliau. Pengalaman kata orang. Ceh, alasan berjela. Kata je la kamu tu dah rindu meroyan sama dia. Kan senangggg..


Kamu-kamu semua doakan aku selamat pergi dan selamat pulang okey. Aku pergi tak lama pun. Hari ni aku pergi, lusa aku balik la. Tak berani nak berlama-lama berdua dengan incik suami kala bulan puasa gini. Sudahlah dah lama tak jumpa. Bahayaaaaa....Hohoho.


Dah diam. Jangan nak senyum-senyum simpul gelakkan aku. Haha


Ada berapa jam lagi nih sebelum kapal terbang Air Asia bawa aku membelah awan.


"kau yang bawak ku terbang. Kau lah jugak yang membawak cinta ke jalannya..lalalalalalala Kau yang bawak ku terbang ke bintang kejora errrr....ke Labuan. Huhu*

8 comments:

  1. Hahaha. Wan, welcome to Labuan. Singgah2 lah rumah kami di KK.

    Uhhhh, tak puas la kalau sekejap je kan. Berlama2an la di sini, ambik pengalaman masak sahur, buka dengan suami ;p

    Yang pasal tajuk entri tu, tak boleh nak komen. Ni pengalaman pertama. Hahaha..

    ReplyDelete
  2. ahh..boleh je...xkira kan...lm sgt x jumpa..selamat jalan n selamat bpose!

    ReplyDelete
  3. Azlina...nak merasa pengalaman memasak utk suami kat sana mgkn la takde..kami tgl kat hotel jek. Masak air panas utk buat kopi time sahur boleh la.hehe..


    Harzharun..thanks dear!

    Faratul...gelang kristal??hmmm...boleh dipertimbangkan. Mungkin boleh wat give away untuk followers nanti kan?hehe..

    ReplyDelete
  4. sengal sungguh yong ni.. bebaik tau..kang tak psl2 ade yg kne posa 2 bulan berturut.. Opps~

    ReplyDelete
  5. hahaha...honeymoon boleh jer...tapi kena control2 ler..wink***

    selamat bertemu si jantung hati..:)

    ReplyDelete
  6. salam... hehe.. tringat kt mmber an... die kat jb... husben die kat labuan... blh kate tiap2 mggu die naik belon... gi labuan... kalu dah kerana sayang~ huu...

    ReplyDelete
  7. Kay - memang harus berhati-hati..sudah diingatkan, siang-siang jangan duduk berdua-duaan dalam bilik. Harus keluar soping..walaupun puasa.haha..


    Cik Teratai..doakan kami berjaya berpuasa penuh di hari pertama nanti.haha..Neway Thanks ya!

    .:an:...Member kamu pun berjauh-jauh macam saya ek? Tapi bagusnya dia boleh ke Labuan setiap minggu..saya ni dah 40 hari baru berpeluang pegi. Itu pun sebab Air Asia ada promo. Huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...