MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, August 20, 2010

CERITA TENTANG BURUNG.....................puyuh

Dalam sebuah kampung yang indah permai, terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun. Kanak-kanak itu tinggal bersama keluarganya yang terdiri daripada mak, abah, kakak, abang, dan adik-adik. Amatlah bahagia hidup kanak-kanak itu. Langsung tiada masalah yang melanda jiwa dan raga apatah lagi membelenggu palahotak beliau. Bak kata pepatah, kalau bom meletop kat sebelah pun apa ada hal?? Takde hal bai..

Namun begitu, kanak-kanak yang tak hensem itu punya satu palahotak yang sedikit kretip. Beliau suka pikirkan bagaimana mesin cabai *itu adalah blender* boleh menghancurkan bawang-bawang yang dimasukkna ke dalam mesin tersebut. Beliau juga amat teruja untuk mengira berapa saat yang diperlukan untuk mengayuh beskal dari rumah ke sekolah yang terletak nun jauh 5 km di sana.

Namun begitu, kanak-kanak comot itu punya satu kelemahan. Beliau amatlah tidak pandai untuk meletakkan tanda nokhtah bila membuat satu-satu ayat seperti yang diperintahkan oleh cikgu. Perletakkan huruf besar dan huruf kecik juga adalah sangat berterabur. Namun setelah cikgu mengulang ajar *sambil marah-marah serta jegil-jegil mata* selama beberapa bulan barulah kanak-kanak itu pandai *sedikit*.


Hendak dijadikan cerita...


Pada satu hari, kanak-kanak itu terpikir untuk menternak burung puyuh. Tapi beliau tidak punya lastik yang canggih untuk melastik burung puyuh yang terbang dilangit biru. Duit juga adalah tidak ada jika nak beli burung puyuh di kedai burung. Maka kanak-kanak kretip *kretip ke??* ini telah mendapat satu mentol atas kepala beliau


TING!!


Berbekalkan muka seposen, beliau berjaya mendapatkan beberapa sen lagi daripada abah beliau. Lalu beliau ke pasar membeli telur burung puyuh. Beliau berpikiran menternak burung puyuh sedari usianya masih diperingkat telur mungkin lebih menjimatkan.


Bila pulang ke rumah, kanak-kanak itu terpandangkan seekor ayam dalam reban belakang rumah yang sedang mengeram telurnya. Tiba-tiba kanak-kanak selebet itu mendapat satu lagi mentol lampun atas kepala.


TING!



Kamu tahu apa idea kanak-kanak itu??




















Teka lah...




























Tak tahu?

































Hehehe..Kanak-kanak itu dengan yakinnya meletakkan telur burung puyuh yang dibelinya tadi kat bawah perut ayam betina. Dengan sepenuh harapan telur burung puyuh itu akan menetas seperti anak-anak ayam yang lainnya.









Malangnya sampai ke sudah telur itu kekal sebagai telur.



Hahaha!





Aik?? Yang kau gelak beria sangat ni kenapa labu??



Hehehehe...


Pasalnya kanak-kanak dalam cerita kat atas ni adalah incik suami aku!


Hahahaha...nak gelak lagi.


Wakakaka!!!

7 comments:

  1. hahahaha...adakah??? hahahaha...*sama2 paham maksud yang tersirat ;p Alah, masa kecik2 kan wan, banyak sangat perkara yang tak logik berlaku. Semua nya sebab sifat ingin tahu.

    Errrr...ketawa lagi sekali boleh tak? Hahahaha....

    ReplyDelete
  2. Boleh je Azlina...memang tiap kali incik suami flashback kisah ni musti saya akan ketawa terbahak-bahak..


    pastu incik suami akan bertanya..


    "kenapa ketawa??"


    Caitt!

    ReplyDelete
  3. adoiii hilang jap sakit fara baca citer ni huhuhuhuh klakar lah!! sedapnya telur puyuh sambal!!

    ReplyDelete
  4. uiii..Farah, jgnlah sebut sambal telur puyuh..sedap bebenor tu..haishh..terliur dah ni.hehe

    ReplyDelete
  5. hahahahahahhaahahah...kelakar...

    ReplyDelete
  6. Gitu la incik suami ai...kadang memang comel. Kadang..huh macam bapak rimau!haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...