MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, August 18, 2010

ROSLIN HASHIM BERCERAI LAGI??!

Gambar: google images


Rasanya ramai dah tau tentang berita Roslin Hashim (RH) bercerai lagi ni kan? Dah heboh kecoh satu Malaysia dah pun. Dalam paper Kosmo siap terpampang muka depan lagi. Memang glamer sungguh la abang badminton kita ni hari ni.


Bila baca je tajuk akhbar sebesar alam tu, hati aku terdetik...


"apakeheynya dengan mamat ni asik cerai berai jek?"

Memang itulah soalan pertama yang terlintas kat kepala aku. Pelik. Aku macam nak tahu je apa punca jadi camtu. Sebelum ni perkahwinan pertama beliau dah pun runtuh seawal 12 hari usia pernikahan. Kali ni kecundang lagi. Cuma bezanya perkahwinan kali ni berjaya la bertahan lebih sekali ganda dari perkahwinan terdahulu. *kira kejayaan jugak ke?*


Sebabkan perasaan ingin tahu tu membuak -buak dalam jiwa *gila bizi body aku ni*, maka aku pun gigih la mintak info kat incik google.

Dan aku jumpa pelbagai spekulasi yang dibuat oleh orang ramai tentang kes yang menggemparkan ni.

Ada yang kata Roslin Hashim tu gay.
Ada pulak aku baca mereka kata Roslin Hashim nafsu kuat macam kuda.
Ada jugak yang kata sebaliknya..katanya Roslin Hashim ni mati pucuk.

Hmmm...mengucap panjang je lah aku baca-baca spekulasi-spekulasi semua tu.

Manusia memang gitu kan? Cepat je nak buat tuduhan. Melampau pulak tu. Sampai ada yang sanggup kaitkan ciptaan Allah (gigi beliau) sebagai punca perceraian. Haih!

Memang lah sekali pandang nampak tindakan RH ni macam melulu, terburu-buru, tak pikir panjang *bukan sama je ke maksudnya tu?*, tapi sebagai orang luar yang tak tahu cerita baik lah kita diam je dulu. Just wait and see. Takut nanti terkena kat batang hidung sendiri. Apa kata orang, sibuk-sibuk nak ludah ke langit akhirnya...ptuiii kena muka sendiri. Minta jauh la jadi gitu.

Kadang aku rasa kesian jugak kat RH ni. Kawen dua kali, dua-dua ranap. Dalam tempoh yang sangat singkat. Orang berpantang pun lama lagi. Aku terpaksa menahan rindu tak jumpa incik suami pun lebih 30 hari. Haha. Jadi mesti semua orang akan hambur semua kesalahan kat bahu dia. Tunding jari kata semua ni salah dia. Mungkin ada yang kata dia jahat, kejam sanggup menjandakan anak orang.


Kesian kat beliau..kat mantan isteri beliau lagi lah aku kesian. Sob sob sob..

Ada orang kata, 5 tahun pertama perkahwinan adalah tempoh yang paling kritikal sekali. Dalam 5 tahun tu la kita kena bersabar banyak hadapi semua dugaan rumahtangga yang datang. Kalau berjaya harung 5 tahun mendebarkan tu, Insyaallah akan selamat la rumahtangga kita. Tapi kalau sebulan pertama pun dah keluar macam-macam ayat, kadang tu siap ugut-ugut, memang parah lah.


Aku bukan nak kata aku ni hebat yada yada bab-bab rumahtangga ni. Aku sendiri baru beberapa bulan je kawen. Inai pun masih cukup kat doploh-doploh jari ha. Jadi aku tak rasa aku layak nak bagi nasihat tentang rukun damai rumahtangga ni. Cuma bila berlaku kes-kes macam ni, sedikit sebanyak ia mengingatkan aku...


Yang perkahwinan itu bukan satu permainan. Memang jauh beza dengan zaman kita main kawen-kawen, main mak-mak masa kecik dulu. Perkahwinan penuh dengan tuntutan, tanggungjawab, kepercayaan, cinta dan kasih sayang.


Jangan ingat mudah nak kawen ni.


Kepada RH, aku doa-doa beliau dapat rungkaikan permasalahan rumahtangga beliau dengan sebijak mungkin. Kalau perceraian jalan terbaik, siapalah aku nak bising-bising RH nak bercerai lagi.


Moga rumahtangga aku dan incik suami sentiasa di bawah lindungan-Nya. Aminn..








Pssstt: nak bagitau ni, jurunikah aku dengan jurunikah Roslin Hashim masa beliau kawen baru ni imam yang sama tau? Hehe..

4 comments:

  1. Wan, sebulan kawen, memang still gaduh2 manja gitu sebab nak menyesuaikan diri. Kena la banyak sabar. Kata nak serasi kan. Bila dah ok, makin serasi, faham pasangan, baru perlahan2 membina rumahtangga. Kalau dalam tempoh tu, dah ada anak, alangkah bahagia nya *bunting pelamin ;p

    Pasal kes Roslin ni, tak tau nak cakap macam mana. Macam2 spekulasi yang saya dengar. Cuma perkara2 macam ni membuatkan kita as pengantin baru (baru ke? ;p) supaya beringat. Perkahwinan bukan mudah. Ia banyak mengajar kita erti kehidupan, satu matapelajaran yang tak diajar di sekolah ;p Ilmu suami-isteri. Hehe. ;p

    ReplyDelete
  2. Sokong kata-kata kamu Azlina.....senang cakap idup ni tak mudah. Kadang-kadang ada jugak gaung yang nak kena langkah.

    Macam kes Roslin ni...mungkin ini dugaan dia..bahagian dia.

    ReplyDelete
  3. Bagi perempuan yg berkahwin rumahtangga adalah segalanya sebab perempuan hanya berkahwin satu pada satu masa tapi tidak bagi lelaki. Dalam usia meniti hidup rumahtangga saling hormat menghormati sesama sendiri adalah penting. Tapi bagi kes ini adakah salah perempuan yang membuat andaian suaminya curang di persalahkan. Renung renungkan lah bila lelaki dan perempuan di dalam bilik hotel berduan jika kita berasa di tempat beliau....tentu ianya satu tandatanya serta mendatangkan syak wasangka bagi isteri beliau kan.

    ReplyDelete
  4. Anony...thanks drop komen. Tapi betul ke kes ni disebabkan orang ketiga??


    Memang kesian lah kat sang isteri andai cerita ni betul.


    Entahlah...dunia..dunia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...