MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 21, 2012

Eiiiii Geram!!


Minggu ni budak lower form start exam pertengahan tahun. Jadi, selaku cikgu lower form, minggu ni adalah minggu best sebab tak berapa nak bizi. Masuk kelas jaga exam jek.

Hari ni exam subjek aku.

Bahasa Melayu kertas 1 dan 2.

Kertas 1, soalannya aku yang buat. Budak-budak kata "senaaannnggg cikgu soalannya"

Heh. Senang konon..kalau senang kenapa ada jugak yang dapat 2/40?? Huhu..

Kertas 2, bukan aku penyedia soalan. Tapi aku tengok soalan agak mencabar jiwa dan raga budak-budak lagi-lagi tang soalan novel. Berpeluh sorang-sorang nak keluarkan tema dan persoalan novel. Pastu lepas sorang-sorang angkat tangan nak tanya macam-macam soalan kat aku.

"cikgu, yang ni nak buat macam mana?"

"cikgu, ringkasan ni nak kena berapa perenggan?"

"cikgu, karangan ni kalau buat 5 perenggan je boleh tak?"

"cikgu, kalau bilangan perkataan saya cuma ada 160 patah perkataan je okey ke?"

"cikgu"

"cikgu"

"cikgu"

Sampai aku letih nak jadi kaunter pertanyaan dah.

Hadoi sayang oii..ini exam. Kalau nak tanya pun, tanyalah soalan yang rasional sikit. Ini soalan karangan nak buat berapa perenggan pun mau tanya dalam exam ke? Kau masuk kelas ke tak selama ni??

Aduhaiiiii..

Paling buat kesabaran aku dah sampai ke hidung adalah part nak kutip kertas jawapan. Macam-macam hal!

Yang hantar kertas jawapan sehelai je pun ada. Padahal soalan kemain sampai bahagian D.

Yang beria terlebih rajin siap buat cover page kertas jawapan pun ada jugak. Dah serupa nak hantar assignment kat universiti.

Yang hantar skrip jawapan wahhhh kemain tebal. Berhelai-helai kertas jawapannya. Tapi bila aku check......cuma dua helai je bertulis. Yang lain-lain tu kertas kosong. Coi!

Yang tak hantar kertas jawapan pun ada. Bila ditanya, dia kata takde test pad. Aku rasa nak makan je budak tu. Macamlah kawan kiri kanan depan belakang kau takde kertas extra. Macamlah kau takde mulut nak bukak suara mintak pinjam kertas. Eiiiii geram betul aku.

Paling tak boleh blah....ada budak tu hantar kertas jawapan kosong. Ya..KOSONG.

2 jam masa menjawab, kau cuma dapat tulis NAMA dan TINGKATAN je ke awang oii???

Yang peliknya hantar bukan main sampai 3 helai. Siap berikat tali lagi. Tapi..nan hado!!

Grrrrrr...geram!!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...