MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 26, 2012

Shopping raya!!


Asal cuti sekolah je mesti ada mega sale. Bila ada mega sale je mesti duit aku transform jadi air yang mengalir deras bak Niagara Waterfall. Begituuu.

Ahaks!!

Oleh kerana mega sale telah bermula sana sini sampai ke blogshop pun berlumba-lumba buat sale jugak, jadi aku amik kesempatan shopping baju raya untuk Aidi. Wah, kemain awal gitu shopping baju raya. Eh, jangan tak tahu, bila pertama kali nak sambut raya dengan anak, feeling dia lain macam sikit. Mood nak membeli dan membelah tu serupa macam masa kita nak sambut baby lahir gitu. Kalau boleh nak beli 30 pasang baju untuk anak, biar setiap hari raya dia ganti baju baru. Ha.....itu KALAU BOLEH lah. Masalahnya aku tak boleh. Jadi berpada-pada sudahlah.





Berpada tak berpada sangatlah sebab so far aku dah rembat 4 pasang baju dah untuk Aidi. Kasut ada 1 pasang.

Advance kan mama?

Takpelah beli sikit-sikit. Lama-lama jadilah bukit. Nanti dah dekat-dekat sangat nak raya banyak lagi nak pakai duit.

Mama pun nak jugak baju baru.

Jap gi abahnya pulak merengek-rengek mintak seluar jeans selai, t shirt selai dua. Cane?

Pastu tak kira lagi anak-anak buah, sepupu sepapat yang masih rajin dok hulur tangan mintak duit raya tu. Ohhh ringgit ringgit ringgit.





Jadi sementara belum puasa ni duit boleh hambur kat Aidi dulu. Esok dah dekat nau nak raya, Aidi...sorry ye. Sekarang turn mama dan abah pulek. Haha!

Tapi sebab aku ni tak berapa nak kaya, jadi pilih baju-baju raya Aidi stok yang longgok-longgok yang tertera besar tulis 50%!!! 70%!!. Pastu sama berebut dengan golongan mak-mak yang lain sambil mata tengok kiri kanan baju apa yang mommy sebelah pilih untuk anak dia. Kalau nampak cantik, laju-laju selongkar cari untuk Aidi. Kalau nampak buruk..aku cebik bibir jek. Humpp! Haha.




Semalam sempat rembat sepasang lagi.

Morah! Morah!

Seluar..soft jeans brand Disney. After less 50% jadi RM39.90. Yeahh!!

Sleeveless tee...after 50% less jadi RM11!! Oh double berbaloi-baloi!





Cukuplah tu empat pasang baju seluar dengan sepasang kasut untuk bulan ni. Bulan depan kita soping lagi.


Bulan depan lagi pun soping lagi.

Depan depan lagi pun soping lagi.

Ayakkk!! Bilanya lah nafsu soping untuk anak ni akan berkurang. Heh.

3 comments:

  1. hihii.sy pon x abih2 nk shopping.duk dlm pantang pon shopping lg.tp online aa.huhu

    ReplyDelete
  2. memang betul..raye tahun ni bertiga memang lain sikit rasenyer..teruje lebih..!! ;p

    ReplyDelete
  3. dh start shopping, awal nyer.. tp bgs jgak kan.. xde la pnat nnt time pose2 nk shopping

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...