MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, November 20, 2012

Banyak Projek Budak Ni. Jadi Kontraktor Je Lah Aidi Oiii


Morning dear!

Heee morning tak morning sangatlah sebab sekarang dah pukul 10.30 pagi. Kat Labuan ni dah terik dah ni. Huhu.

Semalam kan, mak mentua call. Aishhh dia rindu lettew kat menantunya ni. Haaa..Sembang punya sembang sekali beliau bertanya..

"Wan, tak de apa-apa ke lagi sekarang ni?"

Ceaaaaaa!!

Dia dah tanya daaaaahhhh. Hahaha.

Sumpah memang aku gelak berdekah je masa ni. Mak ni...Aidi belum pun setahun tau. Janganlah gitu. Ekekekeke.

Last-last mak kata...." alahh..mak gurau je lah.". Keh keh keh..comel sangat mak ni bergurau. =)

Aku tak sabar nak balik semenanjung ni. Lamanya lah hai 2 minggu tu.

Tak sabar nak jumpa famili aku.

Tak sabar jumpa famili sana.

Tak sabar nak famili day.

Tak sabar nak attend wedding cousin-cousin.

Tak sabar nak shopping kat Sogo, Jusco, tgk wayang bla bla bla...Tak sabar.

Tapi sebab incik suami tak ikut balik sama, maka keseronokan tu dah kurang 5%. 5% jek..tak banyak. Hahaha!

Jadi suri rumah sepenuh masa macam sekarang ni pun bahagia jugak what? 24 jam bergusti dengan Aidi. Sorga sangat. 2 bulan cuti...terasa bahagianya jadi mama.

Aidi pun sekarang dah banyak akalnya. Ada je projek dia nak buat.

Pagi tadi dapat tahu dia berak keluar cebisan belon pecah. Boleh imagine sendiri macam mana cebisan belon pecah boleh ada di celah-celah "kuih" dia. Projek mega tu namanya.

Kadang aku tengok dia duk tengah meniarap atas lantai dengan muka tersembam ke lantai. Apa projeknya?? JILAT LANTAI!! Coi!


Kadang kalau aku kat dapur, bila ke hall balik, tengok-tengok kerusi meja makan dah "hilang" satu. Ada di mana?? Di tapak projek Aidi...dalam playroom dia. Gigih dia tolak kerusi meja makan masuk bilik.

Semalam jugak...Aidi tertumpahkan air minum aku yang aku letak atas coffee table. Aku pun lupa aku ada letak cawan kat situ. Sekali tumpah diprojekkan Aidi. Mujur air sejuk. Tapi yang tak pahamnya..bila air tumpah, dia meraung macam hapa padahal mama sikit pun tak marah. Alih-alih, mama pulak yang kena bambu dengan Aidi. Huh.


Banyak keletah dah budak ni.

Kadang tak larat nak gelak layan kerenah dia.


Kalaulah dapat cuti hari-hari sampai pencen. Tapi gaji jalan. Heh.


3 comments:

  1. Samalah...rasa surga sgt cuti 2bulan ni...anak pun nampak terlebih manja :-)

    ReplyDelete
  2. Part cuti jalan tu heh..huhu.betul besh ar kalau boleh..:-)

    ReplyDelete
  3. kak yong,aidi dh boleh jalan ke?tengok gambar dia kat fb dh besar..nak masuk setahun dh..cepat sgt kan?rindu anak baby-baby dulu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...