MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, November 27, 2012

Resepi Pasta Untuk Baby





Aku kan sebenarnya dah bosan masak bubur untuk Aidi. Tapi yang herannya anak aku tu takde pulak tunjuk tanda-tanda bosan makan bubur tiap hari. Sudahlah tiap hari bubur, pastu bahan-bahan dalam bubur pun setiap hari sama. Balik-balik ayam, carrot, bilis, telur. Ulang-ulang atau mix and match yang tu jugak. Aku yang masak pun muak. Heh.


Jadi aku terpikir nak try buat pasta untuk Aidi.

Wahhh very the orang putih kan makanan Aidi. Haha.

Masalahnya..aku memang tak suka makan apa pun jenis pasta, so nak masaknya lagilah out. Tak kiralah pasta apapun. Spagethi ke, makaroni ke apa ke..memang lidah aku payah sikit nak terima.

Tapi demi anak...aku gigih jugak cari resepi.

Aku jumpa banyak resepi pasta untuk baby. Macam-macam versi. Tinggal bahan tu semua ada kat dapur ke tidak jek.

Lastly aku pilih untuk buat resepi sendiri dengan inspirasi dari resepi-resepi yang aku jumpa. Ceaaaaa inspirasi lagi tu. Haha.


So meh nak share resepi.


PASTA UNTUK BABY - MAKARONI WITH WHITE SAUCE.





BAHAN-BAHAN:

1. Makaroni ( kalau dapat baby makaroni lagi bagus. Aku guna makaroni saiz biasa)
2. Bawang merah 1 biji *dicincang halus*
3. Bawang putih 1 ulas*dicincang halus*
4. Carrot * potong kecik-kecik*
5. isi ayam *potong dadu*
6. marjerin/mentega/olive oil/minyak masak biasa*mana-mana pun boleh*
7. Slice cheese 1/4 keping 
8. Susu *aku bancuh je susu Aidi*


CARA MASAK:

1. Rebus makaroni dengan carrot sampai lembut kemudian toskan.
2. Panaskan sedikit mentega/marjerin/minyak dalam kuali. Jangan banyak sangat, nanti jadi oily sangat.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
4. Masukkan isi ayam.
5. Masukkan cheese. Gaul rata.
6. Masukkan susu dalam 3 hingga 5 sudu besar.
7. Masukkan pasta dan carrot. Gaul sampai likat.
8. Siap dan hidang!


Aku mula-mula suspen je nak rasa makanan ni. Apa rasa lah entah.

Sekali....yummeh uols!! Sedap oh!

Aidi pun even ni 1st time dia makan pasta-pasta ni..tapi nampak keterujaannya. Heh.

Tengok, tak dan mama nak suap dia dah cekau guna tangan dulu dah. 





Aummmmm! Dap dap mama.





Habis licin.

Aku memang masak sikit je tadi. Dalam segenggam je makaroni. Aku rasa kan, kalau guna makaroni biasa ni, better kita potong kecik-kecik makaroni ni. Senang sikit nak suap anak. Kalau dapat baby makaroni yang size comel-comel tu lagi best. Kiut jek makaroninya.

Makanan ni sesuai untuk baby yang dah ada gigi. Tapi kalau baby belum tumbuh-tumbuh jugak giginya...bolehlah blend dulu sebelum bagi anak makan. No problemo.

Cubalah!!











Nak beli FELLINA INCHLOSS dengan harga MURAH? KLIK SINI

9 comments:

  1. boleh letak cheese jugak.. baik utk gigi aidi eheheh tengok macaroni baby punya pun dh lapar ni..hehehe

    cara nak buat white sos senang je, panaskan mentega, bila dan cair masukkan tepung gandum dalam beberapa sudu besar ikut jumlah mentega tadi.. lepas tu t
    uangkan susu yg dh dibancuh atau susu kotak tu dan biar medidih dan sedikit pekat, masukkan garam dan lada (kalau baby tak payah la kan)

    ReplyDelete
  2. bagus yong..skurang2nya ada usaha dan inisiatif utk pelbagaikan makanan anak tu.. ibu yg cemerlang..hehe

    ReplyDelete
  3. wan, cuba tengok website annabel karmel. banyak recipe untuk pasta. kita pun dah try..sebab memang bosan masak bubur nasi+ayam+carrot dan seumpamanya...

    ada certain2 bahan yang mungkin susah nak cari la, cari yang recipe senang nak buat.

    macam cheese sauce, 15-20 min dah siap, & tak banyak kecah dapur....hahahah...

    ReplyDelete
  4. Baby berapa bulan boleh start bagi pasta ye?

    ReplyDelete
  5. nak try for elma... alang2 masak untuk mak ngan kakak sekali. tp elma nyer kena blend lah..dia xde gigi lagi

    ReplyDelete
  6. Anak2 mmg sk kan mee ke pasta n sewaktu dgnnya.
    Labuan mama~

    ReplyDelete
  7. Haiii saya pun d labuan...tghri ni nk masak pasta bentuk kartun2

    ReplyDelete
  8. Dapnya..nk cuba gak la nnti.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...