MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, November 30, 2012

Dilema Susu. Apa Keputusan Aku??


Mekasih banyak-banyak pada yang sudi bagi pendapat tentang DILEMA SUSU FORMULA dalam entri semalam.

Ku hargai sangat-sangat.

Banyak pendapat aku dapat.

Suka sangat.

Hurmmm ada yang komen tentang harga susu murah sebab mungkin dah nak expired. Yup, kat Labuan ni memang banyak kes cenggini. Masuk-masuk pasaraya, selambak barang-barang diorang susun depan kaunter dengan harga promosi. Biasanya barang-barang tu memang dah nak expired. Tapi kalau bab susu yang aku tengok tu, aku tak rasa harganya murah sebab expired sebab aku survey 2 3 kedai jugak dan harganya sama. Beza 2 3 posen je gitu. Susu brand lain pun sama jugak. Step 3 jauh lebih murah banding step 1 and 2. Malah ada yang lagi murah dari susu Anmum. Susu Dugro tu 1 Kg baru bape belas hengget. Susu Dutch Lady 1.2 kg pun baru RM23 ++. Memang murah. Untung mak abah aku dulu kekecik aku minum Dutch Lady jek. Huhuhu.

Memang aku maklum yang makin tinggi step susu tu, makin murah harganya. Bak kata satu komen tu, harga susu step 1 dan 2 mahal sebab nak galakkan kita breastfeed baby. Sebab tu susu step 1 dan 2 takde sebarang promosi. Ada sesetengah kedai, susu step 1 dan 2 diorang letak dalam almari kaca. Nak beli pun kena panggil salesgirl bukak lemari dulu. Uhuk uhuk. Bila masuk step 3, baru susu boleh dipromosi. Sebab tu kalau tengok iklan susu formula kat TV, label kat tin/kotak susu semua tulis nombor 3 dengan 4 jek. Takde yang tulis nombor 1 dan 2.

Ada jugak yang bagi promote susu keluaran Bumiputera yang Islamik sikit. Menarik.

www.afeefmilk.com

Tentiba jugak aku teringat dulu masa zaman rajin baca majalah Pa&Ma, pun aku ada jumpa iklan susu ala-ala Islamik ni jugak. Tapi aku lupa namanya. Yang aku ingat, susu tu dah dibacakan 30 juzuk Al Quran, and ada khasiat kacang badam. Kita pun tau yang badam tu baik untuk minda kan? So depa letak badam dalam susu tu. Dan paling menarik susu tu boleh diminum dari baby umur 1 tahun sampailah ke orang dewasa. Dulu pernahlah jugak terdetik nak beli susu tu bila Aidi setahun. Kena kumbar balik majalah PaMa lama-lama ni. Huhu.

Tapi buat masa ni.....


Setelah aku timbang kira kati kilo semua..

Aku putuskan untuk stay dengan Anmum dulu.

Aku dah beli dah pun susu Anmum step 3 sekotak sebab susu Aidi dah tinggal setengah tin je tu. Lusa habislah tu. Stok susu step 2 memang dah takde dalam gobok.

So Insyaallah..lusa ni aku akan try bagi Aidi susu Anmum step 3.

Kita tengok macam mana hasilnya.

Kalau ada sebarang alahan..kita tukarlah susu lain.

Kalau semuanya okey...kita go on je lah dulu.

Dekat setahun 9 bulan *sejak dari awal mengandung* aku percaya pada brand Anmum, selama tu jugak susu tu jadi makanan utama Aidi, besarkan Aidi sampai sekarang..tanpa sebarang masalah..so kenapa nak tukar yang lain kan?

Anngap je lah perbelanjaan susu yang dah berkurang lepas ni sebagai rezeki tambahan buat kami sefamili.


=)



6 comments:

  1. duit lebih susu aidi tuh boleh beli NOTE II kan..? hehe.. eh, yong!! simpan duit, bulan MAC nanti nk renew roadtax. huhu.. jgn mare..

    ReplyDelete
  2. lepas habis baca enrty wan ni, pelik jugak apsal wan ambik step3, padahal anak kita lagi tua dari anak wan...
    habis google baru tau, step 3 dari 1 year above. sama rupanya macam enfa, step3 dari 1 year.ingatkan enfa step3 after enfapro A+.

    ReplyDelete
  3. yong, ank sy pun selama ni minum anmum. masuk umur setahun pon mmg tak pikir panjang trus continue step 3 anmum je sbb dh serasi kan. tetiba after 2 weeks maryam berak2 sehari dkt 6-7 kali berak dgn banyak...tapi bukan cirit. dia jadi kerap sangat berak. mula pegi paed dia tak bg tukar susu suh observe selama seminggu. kalau berterusan maybe blh tukar susu lain sbb kesian pulak anak asik berak x benti. so 2 hari lepas sy pakai instict ibu dlm diri untuk tukar saje susu. alhamdulillah semalam dh benti berak2 byk tu.

    cumaa..susu baru ni sy rasa x sesedap susu anmum. sy try s26. mula2 bg and ank mmg tak nak minum. dia dh tahu gamaknya rasa lain...skang dh pening pale pulak ank tak nak susu baru so kene campur la susu dia buat sementara ni. ikotkan hati berat nk tukar brand lain sbb selama ni ok je anmun. tak tau nape tetiba jd alahan.

    kalau aidi serasi je anmum baik teruskan je sbb sy rasa proses menukar susu ni mmg rumit. ank dh mula pandai beza rasa kot. but again every baby is different kan.

    ReplyDelete
  4. rasanya susu yang ada khasiat makanan sunnah tu nama dia iqra milk.org dewasa pun ada jugak rasanya.ce try tengok..:-)

    oh ada anak kawan sy minum susu homopati, biolac.rm20/sebungkus kalau jadi member.harga pasaran rm23.00.ok jugak kot.ada khasiat garamtisu apa ntah..hehe

    ReplyDelete
  5. Aku pon terpikir kalau ar ape2 nnti..aku pon skn pakai anmun jugak..tak tau nape tp mcm ko gak ar..dah biase dr pegnan minum anmum jer..:-)

    ReplyDelete
  6. Susu islamic tu adalah susu ilham.
    biolac Insha Allah ok. Dia susu homeopati. Tmbah ngan growell bgi kenyng.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...