MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, November 5, 2012

Mujur Ada Yang Sudi


Semalam...incik suami bertanya..

" Bila stroller Aidi tu nak sampai?"

Amboi...kelmarin dia jugak yang buat dono je bila aku kata nak beli stroller baru. Heh.

" Minggu depan kot bang...bayaran pun tak setel habis lagi."

Hahaha..

Payment pun baru deposit jek, dah verangan nak stroller ada depan mata. Haha. Memang aku sengaja tunggu esok baru nak bayar habis. Esok kan gaji...ahaks! Bukanlah nak kata duit tu dah takde, ada..tapi takpelah, kita tunggu gaji lah baru rasa syok sikit. Haha.

"Kenapa abang tanya?"

"Takde....abang nak bagi stroller lama tu kat kawan abang."









Ohhh lega.

Sebelum ni aku berpikir-pikir jugak manalah aku nak letak stroller lama Aidi tu. Nak buang rasa sayang. Sayang oooo...walaupun tu stroller murah, cikai-cikai punya stroller tapi aku sayang oh stroller tu.

Tapi bila tau ada orang sudi nak amik stroller tu untuk baby dia....aku senang hati nak bagi.

Tak boleh bayang kalau stroller tu tersadai kat tong sampai besar taman aku tu. Sedihnyaaa...sob sob sob.

Aku tanya jugak kat incik suami, serius ke kawan dia tu. Yelah, zaman sekarang ni tak ramai dah yang nak pakai barang preloved. Tak standard katanyaa. Huhuhu.

Incik suami kata kawan dia yang nak. Mulanya member tu tanya tentang walker, tapi walker lama Aidi dah lama kucampak ke tong sampah. Walker baru Aidi tu memang tak lah aku nak sedekah kat orang kan. Akan ku simpan bikin pusaka. Hehe. So husband offer la stroller Aidi sebab dah kata Aidi nak dapat stroller baru kan. Member tu nak la pulak. Dia pun memang nak beli stroller, tapi harga stroller kat Labuan ni mahal katanya.

Memang mahal pun.

Biasalah Labuan. Apa yang tak mahal. Semua mahal.

Kereta, coklat, rokok, arak je murah.

Heh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...