MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, November 4, 2012

Stroller Baru Aidi


Semalam eh..entah angin apa datang entah, menyeru-nyeru aku untuk.....

TUKAR STROLLER AIDI.

Miahahaha!!

Maka semalaman jugak aku menggoogle stroller.

Jumpa yang cantik, harga mahal la pulak.

Yang murah, tak berapa cantik lah pulak.

Eh biasalah macam tu kan. Ko nak yang cantik yang murah ko pergi design and buat sendiri lah kekdahnya kan. Haha.

Eh kenapa nak tukar stroller Aidi ni?

Haha..entah.

Rasa macam stroller Aidi ni dah sempit. Huhu





Plus aku rasa trolley tray kat depan tu menggangu. Susah nak keluar masukkan Aidi. Kalau nak tukar pampers Aidi dalam tu lagilah hazab. Anak aku tu kan boleh tahan debab.

Tapi rupa-rupanya trolley tray tu boleh tanggalkan, tapi aku tak reti camne nak tanggalkan. Haha.

Memang takde sebab spesifik kenapa nak tukar.

Memang takde silap apa sangat kat stroller lama Aidi ni. 

Memang stroller tu stroller murah..harga RM129 je masa aku beli dulu. Dan sampai Aidi dah nak 11 bulan ni stroller ni lah yang berjasa.

Memang sebenarnya tak de silap apa pada stroller sweetcherry Aidi ni.

Cuma...

Mungkin sebab stroller yang aku jumpa semalam ni buat aku sudahnya nekad beli stroller baru.


Stroller yang menggoda aku semalam.



Jenama My Dear je pun. Bukanlah Quinny ke Mc Laren ke apa. Ingat aku mampu?? Heh.

Harga??

RM150.


Murah tak??


Dengan design dia, function dia apa semua, aku rasa macam berbaloi pulak.


Ada warna pink jugak.


Ohhh sweetnya kaler pink ni. Kalaulah aku ada anak pompuan. Hehe.



Lama jugak tau aku berpikir nak beli ke tidak nak beli ke tidak.

Bila tanya incik suami...

Dia prefer beli yang mahal terus. Tentu-tentu elok katanya. Sebenarnya dia berkenan stroller sweetcheery Preston tu.




Katanya lebih tahan..tayar getah la apa la. Harga dah tentu-tentulah mahal. Kat kedai kat Labuan ni ada jual harga RM450++.

Pheww!!

Tunggu dapat 2nd baby lah baru beli stroller mahal-mahal.

Untuk Aidi, cukuplah stroller baru yang murah.

Yang penting design mama suka.

Eh stoller My Dear tu pun tayar getah tau. So rasanya tahan lasak lah hendaknya.

Aku beli kat mana??

Kat sini..


Siapa berminat lekas-lekas pegi terjah facebook dia. Sebab aku rasa stok terhad. Limited.

Aku dah order 1.


Kira hadiah harijadi Aidi la ni.

Heh.

8 comments:

  1. wah! Murahnya...akak pernah lihat yg harganya hampir 1k,siap tak kena hujanlah

    ReplyDelete
  2. Lawo dan murah!! Mila pun brkenan roda 3 cmni tp asben xsuka..xbeli lg so nti time nak beli kna la ikut khndak dia sbb dia y byrkn..sobs

    ReplyDelete
  3. wowwee aidi ade stroller baru...syokla aidi still nk duduk dlm stroller lg..airis jgn harap la..last2 mamanye yg kne dukung smbil tolak stroller,tak ke haru tu..huhu

    aida pn bkenan jgk jogger cmtu,dlu teringin sgt nk bli yg sweet cherry scr5 tu,tp paklong dia dh adiahkan esprit,terima ajela org dh bg free,save duit hihi :)

    ReplyDelete
  4. stroller mydear tu dkt jualan gudang mydear rm90 jek..meh dok kl..leh bli murah2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa jualan gudang my dear kt mn sis... i mean kilang dia?

      Delete
  5. Yang pink tu sama ngan stroller my daughter, Iman.. Beli kat kilang nyer terus.. Blakang umah je pn My Dear nih.. hihi..

    ReplyDelete
  6. anak sy pakai stoller mydear saja...RM50 untuk buggy stroller...puas hati tak kisah la plastik ke hapa...dah besar ni rasa senang nak kendong...tak menyusahkan nak masuk keretea

    ReplyDelete
  7. aku pon nak tukar stroller.... aku nak beli jenis buggy jer..senang nak lipat nak hangkut bawak naik turun kereta..eerrr..aku nyer sekarang my dear..aku beli murah gak dulu..tapi menggigil aku setiap kali nak kuar masukkan kat but kereta...berpeluh2 aku mengangkat..dah aku ni kurus kering kan..so rase nak jual..tapi nak beli yang baru dulu...eerr..nak murah2 jugak..heheh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...