MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, November 17, 2012

Ohoiiiii!!!


Ohoiiiii!!

Gaji lambat lagi ni. Ohoooiiii!

Haha. Pepagi dah meroyan pasal gaji ni kenapa yongnana oii. Huh. Kepala otak aku ni pening balik pikir majlis besday Aidi episod 2 and 3. Ha tu gatal sangat nak buat berepisod-episod ka, nah rasakan!

Huhu.


Untuk majlis Aidi yang hari tu pun entahlah berapa kosnya aku tak dan nak kira bebetul. Duit pun pakai rembat je duit siapa yang sempat. Sempat ku cekau duit incik suami, maka duit dia lah terbang. Kalau tak sempat, duit aku lah terbang. Tapi takdelah kesah sangat...untuk anak kan. First time pulak tu. Jadi, apa saja untukmu kekdahnya. Haha.

Ni untuk besday kat rumah mentua 12.12.12 nanti, aku dah mula serabut pikir ni.

Nak masak apa weh? Aku ni kalau memasak kat dapur sendiri, rasalah jugak macam masterchep. Haha. Tapi kalau nak memasak kat dapur mentua..lahaiiiiii....silap-silap kupas bawang pun setengah jam. Heh. Aku kalau boleh...kalau bolehlah, nak mintak belas ihsan abah sana masak. Uiiii abah aku tu kalau masak memang masterchep hoi. Menjilat kuku dibuatnya. Tapi macam tak senonoh kan, kau nak buat besday anak kau, pastu nak mintak tolong abah mentua pulak masak. Dey, masak sendiri la dey!! Incik suami kata...."alah takpe..abah boleh je masak tu..yang penting..kaching kaching!" sambil menggeselkan ibu jari dengan jari telunjuk. Heh.


Tengoklah macam mana. Menu pun berputar kepala aku nak pikir.

Nasib baik kek dah selamat ku order. Mujur sempat.

Deko-deko....alah..kita recycle je yang lama boleh tak? Kat rumah ni banner ke flagline ke hatta belon pun  dok elok tergantung lagi kat dinding tu. Kita guna semula la ye. Hahaha..cheapskate sangat mama kamu Aidi oii.

Tu tak masuk besday episod three lagi tu.

Ohoiiiiiiii!!

Kenapalah kerajaan tak bagi bonus awal sikit dari tarikh gaji. 

Bertahanlah wahai duitku di dalam bank. Jangan terkinja-kinja nak keluar beli benda tak penting.

Bertahan!

=)

3 comments:

  1. babap aidi..amboi aidi, biasa dia tu nak buat birthday party pakai duit mama..haha..

    ReplyDelete
  2. amboi ada episod bagai kan.... hahahhaha....

    selamat menunggu gaji.tu yg tak bestnya gaji awal tu

    ReplyDelete
  3. jemputlah datang blog kita orang pula.... nak tau sapa kita cue tengok~ follow blog..u. assalammualaikum....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...