MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, November 30, 2012

Dilema Susu. Apa Keputusan Aku??


Mekasih banyak-banyak pada yang sudi bagi pendapat tentang DILEMA SUSU FORMULA dalam entri semalam.

Ku hargai sangat-sangat.

Banyak pendapat aku dapat.

Suka sangat.

Hurmmm ada yang komen tentang harga susu murah sebab mungkin dah nak expired. Yup, kat Labuan ni memang banyak kes cenggini. Masuk-masuk pasaraya, selambak barang-barang diorang susun depan kaunter dengan harga promosi. Biasanya barang-barang tu memang dah nak expired. Tapi kalau bab susu yang aku tengok tu, aku tak rasa harganya murah sebab expired sebab aku survey 2 3 kedai jugak dan harganya sama. Beza 2 3 posen je gitu. Susu brand lain pun sama jugak. Step 3 jauh lebih murah banding step 1 and 2. Malah ada yang lagi murah dari susu Anmum. Susu Dugro tu 1 Kg baru bape belas hengget. Susu Dutch Lady 1.2 kg pun baru RM23 ++. Memang murah. Untung mak abah aku dulu kekecik aku minum Dutch Lady jek. Huhuhu.

Memang aku maklum yang makin tinggi step susu tu, makin murah harganya. Bak kata satu komen tu, harga susu step 1 dan 2 mahal sebab nak galakkan kita breastfeed baby. Sebab tu susu step 1 dan 2 takde sebarang promosi. Ada sesetengah kedai, susu step 1 dan 2 diorang letak dalam almari kaca. Nak beli pun kena panggil salesgirl bukak lemari dulu. Uhuk uhuk. Bila masuk step 3, baru susu boleh dipromosi. Sebab tu kalau tengok iklan susu formula kat TV, label kat tin/kotak susu semua tulis nombor 3 dengan 4 jek. Takde yang tulis nombor 1 dan 2.

Ada jugak yang bagi promote susu keluaran Bumiputera yang Islamik sikit. Menarik.

www.afeefmilk.com

Tentiba jugak aku teringat dulu masa zaman rajin baca majalah Pa&Ma, pun aku ada jumpa iklan susu ala-ala Islamik ni jugak. Tapi aku lupa namanya. Yang aku ingat, susu tu dah dibacakan 30 juzuk Al Quran, and ada khasiat kacang badam. Kita pun tau yang badam tu baik untuk minda kan? So depa letak badam dalam susu tu. Dan paling menarik susu tu boleh diminum dari baby umur 1 tahun sampailah ke orang dewasa. Dulu pernahlah jugak terdetik nak beli susu tu bila Aidi setahun. Kena kumbar balik majalah PaMa lama-lama ni. Huhu.

Tapi buat masa ni.....


Setelah aku timbang kira kati kilo semua..

Aku putuskan untuk stay dengan Anmum dulu.

Aku dah beli dah pun susu Anmum step 3 sekotak sebab susu Aidi dah tinggal setengah tin je tu. Lusa habislah tu. Stok susu step 2 memang dah takde dalam gobok.

So Insyaallah..lusa ni aku akan try bagi Aidi susu Anmum step 3.

Kita tengok macam mana hasilnya.

Kalau ada sebarang alahan..kita tukarlah susu lain.

Kalau semuanya okey...kita go on je lah dulu.

Dekat setahun 9 bulan *sejak dari awal mengandung* aku percaya pada brand Anmum, selama tu jugak susu tu jadi makanan utama Aidi, besarkan Aidi sampai sekarang..tanpa sebarang masalah..so kenapa nak tukar yang lain kan?

Anngap je lah perbelanjaan susu yang dah berkurang lepas ni sebagai rezeki tambahan buat kami sefamili.


=)



Thursday, November 29, 2012

Dilema Susu Formula


Aku tengah tengok rancangan Wanita Hari Ini (WHI) ni. Biasalah, wanita berkerjaya, berjaya, dan bergaya memang suka tengok citer-citer macam ni. Hahaha pitammm!!

Ada topik pasal SUSU UNTUK ANAK hari ni. Ada cerita tentang susu ibu, dan ada jugak bincang tentang susu formula. Ada jugak bincang pasal botol susu.

Aku tertarik tentang SUSU FORMULA. Buat aku teringat dilema susu Aidi yang berlaku beberapa hari lepas.

Aidi, tak berapa hari je lagi nak masuk setahun. Jadi aku dah kena tukar susu dia dari step 2 ke step 3.  Dari dulu lagi Aidi memang minum Anmum. Jadi aku takde pikir lainlah..lepas ni pun Aidi akan minum Anmum jugaklah. Lagipun Aidi tak pernah ada masalah dengan Anmum. Memang dari dalam perut lagi dia minum susu tu. Huhuhu.


Since aku akan balik KL minggu depan *7hb*, so aku decide nak try bagi Aidi susu step 3 sebelum kami balik KL. Bukan apa, aku risau dia tak serasi ke apa ke..mana kita tau kan? Kalau nak tunggu genap setahun baru nak tukar susu, masa tu aku ada kat rumah mentua, buatnya Aidi cerry berry ke alah ke apa ke..terkapai-kapai pulak aku nanti. Sudahlah aku "single" kat sana nanti. Huhu. Jadi biarlah try awal. Takde beza pun rasanya kalau Aidi minum susu step 3 seminggu sebelum dia genap setahun.


Jadi aku pun pergilah kedai..nak beli susu step 3.

Nak beli sekotak jek. Untuk try test tengok.


Ada.

1 kotak = 500 gram.



ihsan google


Tapi aku jadi macam terkejut sikit bila tengok harganya.


RM 24.60.


Murahlah pulak. Berkata-kata dalam hati. Hehe.

Yelah, sebelum ni beli susu step 2 harganya 40 lebih. 40 berapa eh? Eh lupa pulak aku. Haha. Tapi dalam range RM43 hingga RM46 macam tu lah. Tengok kedai. So bila tengok harga susu anak dah jadi murah, murah banyak jugak tu, dekat 50% murah. Terus aku jadi macam ragu-ragu.


Ragu-ragu pulaaaakkkk.

Terus hati ni rasa macam "eh, susu anmum step 3 ni tak bagus ke, apsal murah sangat?"

Ewaaahhhh...berlagak nau ko yek. Susu murah pun masalah, susu mahal pun masalah. Tapi biasalah manusia kan, selalu rasa BENDA YANG MAHAL TU BAGUS. Dulu aku pilih Anmum pun sebab harga dia agak mahal *bagi aku lah mahal*. So kepala aku rasa maybe susu ni bagus untuk baby, sebab tu harga dia tinggi. Sebab tu aku pilih Anmum. Duluuuu lah. Sekarang dah terbalik pulak. Huhu.


Sudahnya mulalah aku berdiri setengah jam depan rak susu tu untuk belek kotak-kotak susu yang ada. Dan aku jumpa susu ini.




gambar ihsan google


Enfagrow A+

Harga RM46 ++ sekotak 650 gram.

Lebih kurang harga susu Aidi sebelum ni.

Aku tau Enfagrow ni memang susu mahal. Step 1 and 2 dia punya harga memang bapak mahal. Mencecah RM70 ke atas untuk sekotak tu kalau tak salah. Memang pengsan kalau aku bagi Aidi susu ni dari kecik.

Tapi aku macam selalu dengar good review tentang susu ni. Kalau tak salah, adik lelaki aku yang kecik tu dulu pun mak bagi minum Enfagrow. Memang aku ingat lagi mak kata susu Haziq dulu setin tu RM80 lebih. Seminggu habis setin. Itu duluuuuuuuu 10 tahun lepas punya cerita pun dah mahal macam tu harga dia. Sekarang tak tahulah. Huhu. Tapi aku tengok adik aku Haziq tu memang bijak bestari budaknya masa kecik dulu.


Cakap petah, langsung tak pelat.

Cepat pick up.

Baby yang ceria.

Comel.

Putih

Gebu

Olololo rindu pulak Haziq zaman baby dulu. Sekarang dah 13 tahun, dah teruna dah pun. Tapi bijak tu tetap bijaklah. 5A UPSR tahun lepas. Tengoklah adik siapa kan? Hahahaha melalut jauh dah ni.


So yang menjadi persoalannya sekarang....patutkan aku tukar susu Aidi dari Anmum ke Enfagrow A+??

Harga takde beza dengan Anmum step 2. So takdelah aku terasa akan keluar belanja lebih untuk susu Aidi lepas ni.


Atau aku patut stay je dengan susu Anmum.

Memang harga dah murah..tapi kualiti tetap kualiti Anmum jugak kan? Kalau dulu kena keluarkan at least rm300 untuk susu Aidi, lepas ni maybe cuma perlu belanja RM150 je untuk susu. Duit lebihan tu boleh salur ke lain kan? Hehehehe.


Tapi aku nak yang terbaik untuk Aidi.

Sudahlah tak dapat bagi susu badan dah kat Aidi...so kalau boleh nak bagi yang terbaik untuk Aidi.


Siapa boleh bantu ni??









Wednesday, November 28, 2012

MARI BELI BARANG BABY DARI US DENGAN HARGA BORONG



Ada sorang reader emel aku semalam, mintak tolong promote sesuatu.

Promote apakah??


PRE ORDER BARANG BABY DARI US DENGAN HARGA BORONG!!!


Siapa minat shopping barang baby??

Siapa minat baby dia guna barang branded-branded dari US??

Kalau ya...korang boleh cuba klik link bawah ni.


UMAIRAHARIS.BLOGSPOT.COM




Umairah ni tengah bukak order untuk barang baby dari US. Bukan US Ulu Selangor ye kawan-kawan..tapi United States. Haha. Ulu Selangor katanyaaaa...


Aku tengok banyak jugak barang-barang yang menarik. Antaranya yang aku suka adalah..






Munchkin Caterpillar Spillar Stacking Cups - RM45.
Retails price : RM59.90



Lagi yang best.



Medela Harmony Breastpump - RM199
Retail price : RM269


Okey yang bawah ni memang takde kat Malaysia.



Munchkin Diaper Duty Organizer - RM155 (Not available in Malaysia)
Retails price : RM199


Eh banyak lagi barang yang ada.

Ada baby carrier yang hot.

Ada breastmilk storage solution ( takde jual kat Malaysia)

Ada feeding set.

Ada playgym yang cool.

Eh macam-macam lah ada.

Order di buka dari sekarang sampai 10 Disember 2012.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, korang boleh terus terjah blog Umairah ni.


BABY STUFF FROM US WITH WHOLESALE PRICE.




Selamat bershopping!!








Nak beli FELLINA INCHLOSS dengan harga MURAH?? KLIK SINI

Tuesday, November 27, 2012

Resepi Pasta Untuk Baby





Aku kan sebenarnya dah bosan masak bubur untuk Aidi. Tapi yang herannya anak aku tu takde pulak tunjuk tanda-tanda bosan makan bubur tiap hari. Sudahlah tiap hari bubur, pastu bahan-bahan dalam bubur pun setiap hari sama. Balik-balik ayam, carrot, bilis, telur. Ulang-ulang atau mix and match yang tu jugak. Aku yang masak pun muak. Heh.


Jadi aku terpikir nak try buat pasta untuk Aidi.

Wahhh very the orang putih kan makanan Aidi. Haha.

Masalahnya..aku memang tak suka makan apa pun jenis pasta, so nak masaknya lagilah out. Tak kiralah pasta apapun. Spagethi ke, makaroni ke apa ke..memang lidah aku payah sikit nak terima.

Tapi demi anak...aku gigih jugak cari resepi.

Aku jumpa banyak resepi pasta untuk baby. Macam-macam versi. Tinggal bahan tu semua ada kat dapur ke tidak jek.

Lastly aku pilih untuk buat resepi sendiri dengan inspirasi dari resepi-resepi yang aku jumpa. Ceaaaaa inspirasi lagi tu. Haha.


So meh nak share resepi.


PASTA UNTUK BABY - MAKARONI WITH WHITE SAUCE.





BAHAN-BAHAN:

1. Makaroni ( kalau dapat baby makaroni lagi bagus. Aku guna makaroni saiz biasa)
2. Bawang merah 1 biji *dicincang halus*
3. Bawang putih 1 ulas*dicincang halus*
4. Carrot * potong kecik-kecik*
5. isi ayam *potong dadu*
6. marjerin/mentega/olive oil/minyak masak biasa*mana-mana pun boleh*
7. Slice cheese 1/4 keping 
8. Susu *aku bancuh je susu Aidi*


CARA MASAK:

1. Rebus makaroni dengan carrot sampai lembut kemudian toskan.
2. Panaskan sedikit mentega/marjerin/minyak dalam kuali. Jangan banyak sangat, nanti jadi oily sangat.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
4. Masukkan isi ayam.
5. Masukkan cheese. Gaul rata.
6. Masukkan susu dalam 3 hingga 5 sudu besar.
7. Masukkan pasta dan carrot. Gaul sampai likat.
8. Siap dan hidang!


Aku mula-mula suspen je nak rasa makanan ni. Apa rasa lah entah.

Sekali....yummeh uols!! Sedap oh!

Aidi pun even ni 1st time dia makan pasta-pasta ni..tapi nampak keterujaannya. Heh.

Tengok, tak dan mama nak suap dia dah cekau guna tangan dulu dah. 





Aummmmm! Dap dap mama.





Habis licin.

Aku memang masak sikit je tadi. Dalam segenggam je makaroni. Aku rasa kan, kalau guna makaroni biasa ni, better kita potong kecik-kecik makaroni ni. Senang sikit nak suap anak. Kalau dapat baby makaroni yang size comel-comel tu lagi best. Kiut jek makaroninya.

Makanan ni sesuai untuk baby yang dah ada gigi. Tapi kalau baby belum tumbuh-tumbuh jugak giginya...bolehlah blend dulu sebelum bagi anak makan. No problemo.

Cubalah!!











Nak beli FELLINA INCHLOSS dengan harga MURAH? KLIK SINI

Monday, November 26, 2012

Fellina Inchloss Murah Di Sini.


Siapa pernah dengar FELLINA INCHLOSS *sebut inch loss*????







Hangat di pasaran sekarang benda tu


Fellina Inchloss ni sejenis losyen untuk kuruskan badan. Kau sapu je insyaallah ukuran badan boleh kurang. Tak payah nak berlapar nak berdiet sangat. Untuk orang malas diet macam aku ni elok sangatlah.

Aku ada try.

Dah 3 minggu aku pakai. Incik suami pun pakai sama. Sebab tu dah tinggal setengah botol je sebab dua-dua badan gajah kan? Haha.


Sekali aku dapat tau adik pompuan aku dah jadi reselller.

Hoi!!

Kalau tau awal aku beli dari dia jek.

Pasal apa??

Pasal......dia punya harga memang best.Murah dari harga pasaran. Selalu aku tengok orang jual harga RM75 sebotol. Yang jual cecah RM80 pun ada. Tapi adik aku punya harga memang lebih rendah. Nak tau berapa?? Surprise la dulu kan.

Siap ada free gift lagi kau!

Free gift pulak best giler. Boleh memutihkan dan menghaluskan kulit.

Nak tau apa free gift nya??

SABUN SUSU KAMBING yang bernilai RM13.

Maka elok sangatlah kan...beli Fellina Incloss boleh kuruskan badan, pastu dapat pulak free gift boleh putihkan kulit.

Best tak?


Confirm transform jadi model lepas tu. Hahaha.


Kau cakap panjang-panjang ni..berapa HARGAnya oiiii.....


FELLINA INCHLOSS + FREE GIFT + POSTAGE = RM70


Aku selama ni sapu kat perut jek. Perut pulak memang dasar banyak lemak degil. Elok sangatlah kan. Adik aku kata boleh sapu kat muka. Beria dia suruh aku sapu kat muka.


Kata beliau...


"Yong...cepat sapu kat muka, nanti kalau dah kurus BOLEH JADI MODEL KITE!"


Ceaaa...kan dah kata. Boleh jadi model. Hahaha.


Kalau ada yang nak tau lebih lanjut tentang FELLINA INCHLOSS ni..


Nak tau maklumat ke..

Cara pakai ke..

Testimoni ke..

boleh terus contact adik aku.


NINI *cokolacelupcelup.haha*

Facebook :  Hani's Thingy


sms/ Whatsap :  019 244 1881



Ini memang betul-betul adik kandung aku. Kalau dia ada tipu-tipu korang, sila report. Balik KL nanti aku seligi je dia. Ekekekeke.


Kalau korang bagitau korang adalah PEMBACA BLOG AKU, maka ADA EXTRA DISKAUN MENANTI.

Best kan??

=)


Selamat menguruskan badan semua!!




UPDATE 27/12/2012 : Free Gift dah ada banyak pilihan. Samada SABUN SUSU KAMBING atau COLLAGEN ASLI atau PERFUME. Sementara stok masih ada. Cepat grab now!!


Sunday, November 25, 2012

Teringat Boipren Lama.


Aku ni tentiba rindu kat boipren lamaaaaaaa.

Ekekeke.

Ni kalau incik suami baca statement ni mau 3 kali malam jumaat dia tido luar. Miahaha!

Tapi betul, aku teringat kat boipren lama. Tapi ni bukan kategori boipren ilebiu yulevme tu tau. Ni memang betul-betul boipren a.k.a kawan lelaki atau nak rock lagi, member lelaki. Boipren jugak kan? Haha.

Manalah beliau ni sekarang.

Nombor fon memang lama dah hilang sebab aku asik tukar-tukar fon.

Facebook dia memang dari awal dia create tak pernah je aktif. Dia buat facebook untuk apa entah, add aku, add 3 4 orang member lain pastu senyap. Tak paham.

YM pun dah mcm tak bernyawa. Eh, ada lagi ke orang main YM lagi skrg ni?? Hahaha.

Harapan yang tinggal cuma emel jek. Emel dia je yang aku masih hafal. Wahhh hafal ko!! Jangan tanya kenapa aku hafal. Keh keh keh.


Dia ni member masa aku study kat UiTM segamat dulu. Satu batch, satu course, and mostly subjek kami satu class. Aku jumpa dia masa part 4, tapi sempat sama-sama  1 sem je sebab dia pindah ke UiTM dungun. Homesick katanya. Coi sangat kan, nama je lelaki tapi homesicks.

Even 1 sem sempat sama-sama, tapi banyak jugak kenangan.

Sampai ada yang suspek kitorang ni bercintaaa kekdahnya.

Eh no no no ye.

Perhubungan kami suci murni tau. Hahahah!

Memang dia suka habiskan masa dengan aku.

Nak study kat library ajak aku. Padahal menyembang. 3 jam kat library muka surat buku dok tang tu jugak. Heh.

Nak makan KFC kat bandar pun nak ajak aku.

Nak balik KL pun nak balik saing aku.

Nak masak sardin pun nak sms aku tanya resepi.

Nak basuh baju guna sabun basuh jenama apa pun nak mintak pendapat aku. Keh keh keh.

Banyak lagi kenangan.

Nak gelak kalau ingat balik.

Memang lawak member sorang ni.

Sebab tu aku tak pernah lupa dia. Aku tak tau dia ingat aku ke tidak lagi.

Lepas habis semester 4 tu memang dia pindah terus ke Dungun. Aku ingat aku takkan jumpa dia dah. Rupanya boleh jumpa lagi. Jumpa kat mana kau tau??


Dalam bas Rapid KL.


On the way nak balik kerja. Rupanya selama ni kami pergi balik kerja naik bas nombor yang sama. Cuma hari tu nak jadi cerita kitorang ter naik bas yang sama.

Since that..mulalah ada aktiviti "dating" after keje Aku tunggu bas kat KLCC, dia tunggu bas kat Ampang Park. Kalau nak jumpa, sanggup lah dia berjalan kaki ke KLCC jumpa aku.. Agagagaga.

Tapi takdelah selalu. 2 3 kali jek. Dah dia ajak makan lah apa lah..teman je lah. Masa ni aku dah in relationship dengan incik suami, so nak keluar dengan member ni haruslah aku inform kekasih hati aku yang sorang tu dulu kaaannn. Mujur cinta hati aku tu open minded, bukan jenis cemburu-buru punya. Dia on je bagi aku keluar, janji pandai jaga diri.

Lepas tu bila dia dah beli kereta, takde dah lah dia nak naik bas kan? Rumah pun dah pindah ke lain. So aku  takdelah kerap jumpa dah.

Sampailah time aku nak bertunang.

Kau tau veil yang aku pakai masa bertunang tu dia yang belikan???





Sungguh-sungguh dia kata nak carikan veil untuk aku. Aku pulak beria lah kata tak payah. So untuk bagi aku selesa, dia cakaplah dia sewakan veil tu. Sewakan hapa nya sebab aku rasa macam dia tak amik je duit sewa tu.


Tapi bila aku kawen, dia kata dia tak dapat datang. Kena kerja katanya. Sedihlah jugak member baik tak dapat datang. Bertunang kemain lagi siap carikan veil, bila aku kawen dia tak dapat datang pulak.


Lepas tu memang takde jumpa dah. Ada sekali sekala dia sms tanya khabar. Aku suspek dia ada baca blog aku sebab dia tau bila aku mengandung. Ada pulak dia mesej aku kat fesbuk. Ingatkan mati dah fesbuk dia tu. Huhu..


Itu last aku borak dengan dia.


Sampai sekarang, langsung tak dengar cerita dah.

Dah kawen agaknya.

Entah-entah dia pun ada baby sorang dah. Aku je yang tak tau.


Rindulah.

Dia memang kawan lelaki yang baik.

Yang memang tak pernah amik kesempatan.

Yang tak pasal-pasal nak cakap sayang sayang ke nak jiwang-jiwang ke. Tak pernah.

Sebab tu aku selesa dengan dia.




Tapi mana ye dia sekarang??

















p/s: Dia adalah lelaki pertama yang tido kat rumah aku. Sorry incik suami. Masa tu u belum muncul lagi dalam hidup i. Hehehehe.





Friday, November 23, 2012

Hari Ni..


Lega malam semalam Aidi tak merengot dah. Cuma dia terjaga tengah malam. Bukan nangis nak susu pun, entahnya dia, jaga nak main. Tak paham aku bangun pukul 2 pagi nak main toys.


Pagi ni kan, aku bawak Aidi amik angin pagi.

Lama dah rasanya dah berjalan pagi. Nak berjoging bagai memang takdelah kan, so aku jenjalan tolak Aidi dalam stroller pergi beli nasik lemak. Heh.

Bawak duit pun 5 hengget jek. Kang bawak lelebih kang memacam nak beli. Haha.


Aidi macam bisalah. Kalau benda tu 1st time bagi dia, memang muka blur lah dia buat. Duduk dalam stroller pun tegak jek. Langsung tak mau lay down. Muka kena panas ke terik ke tetap tegak je duduknya sambil mata melilau pandang kereta berlalu pergi. Ceaaa!!


Balik rumah..bagi dia breakfast kek coklat. Waahh kerlas Aidi sekarang breakfast kek coklat. Omputeh sangat. Haha. 


Lepas makan..bagi susu.


Lepas 5 minit aku masuk bilik jenguk dia..













Laaa...dah tido.

Tido pun apa gaya entahlah. Aidi...Aidi.


Semalam Aidi rosakkan hand fon abahnya. Di ketuk-ketuknya fon tu kat TV. Rosak terus, tak boleh nak touch touch skrin dah. Kesian abah. Terpaksa incik suami pakai fon lama aku yang kaler pink putih tu. Pink pun pink la ye bang..janji boleh call and sms. =)


Ni aku nak tunjuk sikit baju yang Aidi akan pakai untuk GLAM NITE famili day 1881 nanti.


Katanya tema Glamour kaaaannn..

Gigih mama jahit batu-batu ni kat baju Aidi.






Waahhhh silau mata den aih.

Ni belum siap ni. Baru 50%. Kalau siap 100% tak taulah macam mana rupa. Pakat kena pakai spek mata hitam la semua malam tu nanti. Haha.


Baju mama camne rupa?


Tentulah 2 kali ganda glamornya. 

Hahaha!





Thursday, November 22, 2012

Dah Lama Aidi Tak Buat Perangai Gini


Assalamualaikum

Hai.

Mataku macam mata panda ini hari. Entah kenapa semalam Aidi merengoooottttt sepanjang malam. Dah serupa baby dalam pantang pulak dia semalam.

Tambah pulak semalam incik suami duty malam. Jadi berjagalah aku sorang-sorang.

Masa aku tengok masterchef sampailah habis Adam Hawa, elok je dia tido kat depan TV ni. Bila aku angkat masuk tido dalam bilik dia, dah dia membunyik hok hek hok hek.

Aku angkat pulak masuk tido dalam bilik aku. Dia golek kiri golek kanan, tak mahu-mahunya lena. Susu dah licin dah 9oz ni. Mata tak jugak katup-katup. Lama-lama mulalah dia membunyik lagi. Ni kalau biar lelama ni mahu jiran sebelah ketuk tingkap ni. Bising.

Apa je lah masalah kamu ni Aidi.

Hidung tersumbat kot sebab dia pun ada lagi selsema sikit-sikit. Ku amik vicks, sapu kat dada and belakang badan dia. Then tidokan kat bilik dia pulak. Mahu jugaklah dia lena. Tapi 15 minit je lah. Huhuhu..


Mama dah ngantuk ni nak oiii. Anak pulak asiklah merengot tak tahu kenapa.

Sudahnya ku bentang toto depan TV.

Marilah kita tido depan TV berdua.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pun merengot jugak.

Haish.

Aku memang dah mamai-mamai dah time tu. Melayan karenah dia pun mata separuh bukak jek. Aku pun tak ingat apa aku buat malam tadi nak melayan kerenah dia.

Rasanya...adalah 2 kali lagi aku bancuh susu untuk Aidi.

Ada 2 kali jugak aku bangun tukar pampers dia sebab habis baju-baju dia basah kena kencing. Kemain banyak dia kencing malam tadi.


Entah berapa belas kali Aidi terjaga-jaga masa tido sambil merengek. Ku tepuk-tepuk bontot, mahu jugaklah dia lena semula.


Sedar-sedar dah pagi.

Bangun pagi pun basah lagi baju dia. Hoi banyaknya kamu kencing nak oii.

Kendian..pagi ni aku suspek satu benda, kenapa dia tak senang tido semalam.








Nak tumbuh gigi lagi.

Gigi bawahnya nak naik lagi 2 batang. Naik serentak 2 batang.

Padanlah mengada lebih.

Heh.













p/s: dah 8 batang gigi Aidi. Bersedialah kau nak kena luka kulit kena tokak. Wuwuwuw.

Tuesday, November 20, 2012

Banyak Projek Budak Ni. Jadi Kontraktor Je Lah Aidi Oiii


Morning dear!

Heee morning tak morning sangatlah sebab sekarang dah pukul 10.30 pagi. Kat Labuan ni dah terik dah ni. Huhu.

Semalam kan, mak mentua call. Aishhh dia rindu lettew kat menantunya ni. Haaa..Sembang punya sembang sekali beliau bertanya..

"Wan, tak de apa-apa ke lagi sekarang ni?"

Ceaaaaaa!!

Dia dah tanya daaaaahhhh. Hahaha.

Sumpah memang aku gelak berdekah je masa ni. Mak ni...Aidi belum pun setahun tau. Janganlah gitu. Ekekekeke.

Last-last mak kata...." alahh..mak gurau je lah.". Keh keh keh..comel sangat mak ni bergurau. =)

Aku tak sabar nak balik semenanjung ni. Lamanya lah hai 2 minggu tu.

Tak sabar nak jumpa famili aku.

Tak sabar jumpa famili sana.

Tak sabar nak famili day.

Tak sabar nak attend wedding cousin-cousin.

Tak sabar nak shopping kat Sogo, Jusco, tgk wayang bla bla bla...Tak sabar.

Tapi sebab incik suami tak ikut balik sama, maka keseronokan tu dah kurang 5%. 5% jek..tak banyak. Hahaha!

Jadi suri rumah sepenuh masa macam sekarang ni pun bahagia jugak what? 24 jam bergusti dengan Aidi. Sorga sangat. 2 bulan cuti...terasa bahagianya jadi mama.

Aidi pun sekarang dah banyak akalnya. Ada je projek dia nak buat.

Pagi tadi dapat tahu dia berak keluar cebisan belon pecah. Boleh imagine sendiri macam mana cebisan belon pecah boleh ada di celah-celah "kuih" dia. Projek mega tu namanya.

Kadang aku tengok dia duk tengah meniarap atas lantai dengan muka tersembam ke lantai. Apa projeknya?? JILAT LANTAI!! Coi!


Kadang kalau aku kat dapur, bila ke hall balik, tengok-tengok kerusi meja makan dah "hilang" satu. Ada di mana?? Di tapak projek Aidi...dalam playroom dia. Gigih dia tolak kerusi meja makan masuk bilik.

Semalam jugak...Aidi tertumpahkan air minum aku yang aku letak atas coffee table. Aku pun lupa aku ada letak cawan kat situ. Sekali tumpah diprojekkan Aidi. Mujur air sejuk. Tapi yang tak pahamnya..bila air tumpah, dia meraung macam hapa padahal mama sikit pun tak marah. Alih-alih, mama pulak yang kena bambu dengan Aidi. Huh.


Banyak keletah dah budak ni.

Kadang tak larat nak gelak layan kerenah dia.


Kalaulah dapat cuti hari-hari sampai pencen. Tapi gaji jalan. Heh.


Monday, November 19, 2012

Aidi First Haircut


Semalam bawak Aidi gunting rambut.

Ini adalah pertama kali gunting rambut Aidi selepas dibotakkan kepala dia masa umur 3 bulan dulu. Rambut Aidi ni sebenarnya takdelah panjang mana. Rambut dia jenis payah tumbuh jugak, macam rambut aku kecik-kecik dulu. Rambut aku sekarang jangan cakaplah...yang tumbuh pun cepat, yang gugur pun selambak. Haha.

Jadi bila tengok rambut Aidi dah menjentik-jentik telinga dia, yang belakang dah panjang sampai hujung tengkuk..jadi marilah kita pergi haircut. Kesian aku tengok Aidi siklah tergaru-garu telinga dia sebab gatal kena cucuk dengan rambut.

Destinasi menggunting rambut??

Salon kah??

Ahhhh barber mamak sudeyyy.




Murah....3 hengget jek untuk budak. Heh.




Aidi masa digunting rambut, baaaaaiiiikkk sangat budaknya.

mamak kata tunduk. Dia tunduk.

Mamak kata angkat kapala. Dia angkat kapala.

Mamak kata senget sikit kapala. Dia senget sikit kapala.

Hahaha.

Mujur tak nangis. Aku dengan incik suami memang risau jugak sebenarnya takut dia nangis orang gunting rambut dia. Sedangkan nak lap hingus pun dia boleh meraung macam kena dera. Ish.


Kejap je mamak ni buat kerja.

cut cut cut cut cut SIAP!





Terus muka jadi macam abang-abang askar. Haha.

Aku tanya incik suami..

"Abang cakap macam mana kat mamak tu tadi sebelum dia gunting rambut Aidi?"

" ABANG SURUH DIA GUNTING RAMBUT MACAM ABANG. NIPIS TEPI AND BELAKANG. ATAS LAYER."





Ceaaaaa...nak anak style macam dia jek.

Heh.




Saturday, November 17, 2012

Stroller Baru Aidi. =)



Stroller baru dah sampai. Yeayy!!

Bila eh sampainya, lupa pulak aku. Ada lah 3 4 hari lepas kot.

Teruja sangat mama dengan abah dibuatnya. Abang posmen tak sempat masuk van balik kami dah selamat bukak bungkusan dah. Hahaha.

Dah hasilnya....






Tada!!!





Ha hamek kau!!

Terangkat kaki dibuatnya. Mujurlah anak jantan..kalau gegirl, larik besan aku. Haha.


Testing testing dulu. Buat tengok TV.



Sampai tertido Aidi tengok TV dalam stroller baru. Gambar je tak sempat nak snap sebab kalut angkat dia masuk bilik. Huhu.


Overall, aku suka stroller ni.

Incik suami kata...

"Fuyoooo!!! Macam stroller mahal!!"

Ceh.

Tau lah stroller ni murah. Stok kalau jual kat warehouse rege RM90 jek. Tapi ada aku kesah harga dia berapa? Huhu.


Stroller ni nampaknya memang bigger banding stroller lama Aidi. Nampak Aidi lebih selesa dalam ni.

Nak fold and unfold pun senang sangat.

Ringan. 

Senang nak tolak. Satu tangan pun no hal.

Cumaaa...

Aku rasa stroller ni tak boleh tampung berat yang terlalu berat. Kat kotak kata boleh tampung maximum berat baby 17 Kg. Tapi aku tak rasa boleh kot. Sebab dia macam boleh henjut-henjut jek. Aku tak pasti memang stroller ni boleh henjut-henjut macam buai tu atau Aidi dah overweight. Haha. Tapi at least sampai Aidi 12 kg boleh lah kot. Budak tu dah boleh berlari nanti takdenya dia nak duduk terperap dalam stroller ni dah. So sempat lah nak sampai 12 kg tu. 


Ni gambar 1st time tolak Aidi dalam stroller baru masa keluar breakfast Mc D yang merajuk-merajuk dengan incik suami hari tu. Hihi.





Ewahh..terkepak-kepak kaki tu siap bergegar gambar.





Rasa macam nak bawak stroller pulak masa naik flight balik semenanjung bulan depan. 

1 luggage besar. (masuk kargo)

1 stroller

1 Diaper bag

1 Aidi.

Agak-agak mampu ke tidak ku hangkut semuanya seorang diri? Incik suami tak ikut tau...Huhu

Ohoiiiii!!!


Ohoiiiii!!

Gaji lambat lagi ni. Ohoooiiii!

Haha. Pepagi dah meroyan pasal gaji ni kenapa yongnana oii. Huh. Kepala otak aku ni pening balik pikir majlis besday Aidi episod 2 and 3. Ha tu gatal sangat nak buat berepisod-episod ka, nah rasakan!

Huhu.


Untuk majlis Aidi yang hari tu pun entahlah berapa kosnya aku tak dan nak kira bebetul. Duit pun pakai rembat je duit siapa yang sempat. Sempat ku cekau duit incik suami, maka duit dia lah terbang. Kalau tak sempat, duit aku lah terbang. Tapi takdelah kesah sangat...untuk anak kan. First time pulak tu. Jadi, apa saja untukmu kekdahnya. Haha.

Ni untuk besday kat rumah mentua 12.12.12 nanti, aku dah mula serabut pikir ni.

Nak masak apa weh? Aku ni kalau memasak kat dapur sendiri, rasalah jugak macam masterchep. Haha. Tapi kalau nak memasak kat dapur mentua..lahaiiiiii....silap-silap kupas bawang pun setengah jam. Heh. Aku kalau boleh...kalau bolehlah, nak mintak belas ihsan abah sana masak. Uiiii abah aku tu kalau masak memang masterchep hoi. Menjilat kuku dibuatnya. Tapi macam tak senonoh kan, kau nak buat besday anak kau, pastu nak mintak tolong abah mentua pulak masak. Dey, masak sendiri la dey!! Incik suami kata...."alah takpe..abah boleh je masak tu..yang penting..kaching kaching!" sambil menggeselkan ibu jari dengan jari telunjuk. Heh.


Tengoklah macam mana. Menu pun berputar kepala aku nak pikir.

Nasib baik kek dah selamat ku order. Mujur sempat.

Deko-deko....alah..kita recycle je yang lama boleh tak? Kat rumah ni banner ke flagline ke hatta belon pun  dok elok tergantung lagi kat dinding tu. Kita guna semula la ye. Hahaha..cheapskate sangat mama kamu Aidi oii.

Tu tak masuk besday episod three lagi tu.

Ohoiiiiiiii!!

Kenapalah kerajaan tak bagi bonus awal sikit dari tarikh gaji. 

Bertahanlah wahai duitku di dalam bank. Jangan terkinja-kinja nak keluar beli benda tak penting.

Bertahan!

=)

Thursday, November 15, 2012

Merajuk katanyaaa..


Semalam..

Dah masuk bilik, ready nak tido.

Tentiba tengah syok-syok pillow talk, ada pulak ayat incik suami yang buat sentap hati.

Terus amik bantak 2 bijik, amik toto kat bilik sebelah, bentang depan TV, tido sorang-sorang.

Maaajuukk!!

Incik suami pegi kerja, baju gosok sendiri. Bini protes tak habis lagi.

Incik suami nak keluar rumah, sedar dia bagi morning kiss kat pipi. Bini gigih pejam mata tak mau bukak. Pura-pura tido konoooonnnn.

Selang 2 jam.......






" HELLO ABANGGGG......JOM TEMAN KITA BREAKFAST KAT MEKDI JOM"





Rinduuuuuuu katanya.


Suami isteri...panjang mana sangatlah gaduh rajuknya. Heh!


Selamat Tahun Baru!

Tuesday, November 13, 2012

Sumpah Perfume Ni Best.


Kira-kira 3 minggu lepas, ada seseorang emel aku dan offer sesuatu kat aku.

Wahhhh!! Bunyi nak gempak je kan. Haha. Tapi offer ni memang best, aku suka. Dia tawarkan aku cuba PERFUME dia, and bagi review.

Bunyi senang kan?

Aku pun tapak tangan ku tadahkan. Huhuhu. 

Sat lagi bila barang dah sampai baru menggelabah nak buat review macam mana tak tahu. Haha.

Aku sebenarnya bukan pakar dalam hal perfume perfume ni. Asalkan baunya wangi bagi hidung aku, cukuplah. Jadi bila sis ni mintak aku pilih nak try perfume apa, so nanti dia boleh pos kan, dah aku mula panik tak tau nak perfume apa. Aku memang tak reti kan. So aku just bagitau aku suka perfume bau sweet, bau bunga. Paling aku suka bau buah. Sempat jugak aku selit cakap aku dah lama teringin nak beli perfume DKNY BE DELICIOUS tu, yang botol macam buah epal tu..lama dah teringin nak beli tapi sampai ke sudah tak beli.


Tapiiii..nasib baiklah sis tu memahami. Dia poskan dua jenis perfume ni.




ANARICH

INSPIRED BY DKNY BE DELICIOUS - yang kanan
INSPIRED BY NINA RICCI APPLE - yang kiri (Tester, sebab tu botol kecik)



Berbentuk spray.

Yang aku paham, perfume ni bukanlah perfume ciplak macam kat uptown-uptown tu, yang jenis banyak air dari perfume oil tu. Pakai sejam dah keluar balik bau peluh. Heh. Perfume ni cuma diinspirasikan dari perfume-perfume branded tu, bau yang hampir sama tapi HARGA JAUH LEBIH MURAH.

Since aku dapat 2 jenis perfume, so meh aku bagi review dua-dua perfume tu.

1st time dapat, aku terus sembur 1 jenis kat leher belah kiri, 1 jenis kat leher belah kanan.

Lepas tu aku pitam tak tahu bau yang mana lagi best sebab sumpah dua-dua pun sedap baunya. Pengkritik tetap aku biasalah incik suami la kan. Dia pun puji bau perfume ni wangi. Kalau aku pakai je kang mula lah dia nak ngendeng-ngendeng nak rapat-rapat. Wakakaka!! Ada sekali tu, aku pakai perfume ni malam-malam, biasa tiap malam pun aku pakai perfume tapi takde pernah pulak dia nak perasan. Tentiba bila pakai yang ni..baru dia perasan. Nampak nau yang ni bau sedap. Hihi.

Kalau bagi aku, memang aku suka dua-dua jenis ni.

Dua-dua bau sweet jek macam bau buah. Dah nama pun bau Apple kan. Haha.


Tapi sis ni bukan just ada DKNY dengan NINA RICCI je tau. Dia ada baaaaaanyaaakkk jenis lagi sampai ada yang aku pun tak pernah dengar namanya. Maklumlah..aku kan bukan pakar perfume. Huhu.

Antara yang sempat aku curik gambar dari facebook beliau..








Ini baru sikit. Ada banyak jenis lagi kat page beliau. Kalau nak tengok boleh klik link bawah ni.




Perfume untuk lelaki pun ada. Jangan kata takde pulak. Ada...Cuma aku takde dalam sample for men, so aku tak boleh nak review kat sini. Dah kau semua pun nak orang sponsored payah lah kan. Artis pun tak cenggini. Hahaha. Nanti aku nak beli sebotol untuk husband ku. Biar dia pulak wangi-wangi, baru best nak melekap lekap. Hahaha.




Yang untuk lelaki pun ada banyak jenis lagi. Tak larat lah aku nak haplod semua. Aku tepek sikit-sikit lah baru thrill kan. Haha.

Sebelum ni dari proses sis tu offer aku sampailah dah 2 minggu aku pakai perfume ni, sikit pun aku tak pernah amik tau berapa harganya. Mentang-mentang dapat free, terus tak amik tau berapa harga. Keji sangat kan? Huhu.

Tapi tadi aku check harganya......sumpah terkejut.


Sebotol 30ml tu HARGANYA RM40 SAHAJA.

RM40.

Memang mampu milik.

Aku pakai 2 minggu ni pun macam tak terluak pun lagi. Aku bajet perfume ni boleh bertahan selama paling tidak pun 3 bulan. Yelah, kau bukan nak kena sembur banyak-banyak macam nak spray nyamuk tu pun, sembur sikit jek...dah wangi. Paling penting TAHAN LAMA.

Pendek kata...aku memang suka perfume ni.

Rasa macam nak try semua jenis perfume yang ada pulak sebab macam semua pun gempak-gempak jek.

Aku nak cakap banyak-banyak sangat pun tak berapa nak reti, so kalau ada yang berminat, better uols contact seller ni sendiri. Lebih baik.

Boleh PM / Inbox seller ni di sini.



Cuba-cubalah sebut nama aku sebagai orang yang rekemen, mana ta dapat diskaun. Ceaaaa!!

Eh, nak ingatkan ni...aku buat review ni tak dapat duit ke komisen ke apa tau. Aku cuma dapat perfume tu je sebotol and sebotol tester. Semua yang aku tulis kat atas ni memang pandangan jujur tulus dan ikhlas dari hatiku yang suci murni ini.. Hehe.


Selamat shopping perfume!!

Monday, November 12, 2012

Aidi 11 Bulan.


11 bulan dah Aidi hari ni.

Syukur Ya Allah.

Sebulan lagi Aidi betul-betul akan turns 1. Bukan olok-olok punya. Tak sabar pulak rasa.

So apa perkembangan Aidi setakat ni?

Dia dah boleh melangkah 4 5 langkah ke depan. Tapi masih perlukan galakan. Kalau kita tak encourage, memang tak la dia nak menapak. Aku kena letak dia berdiri lebih kurang sekaki depan aku..then sorak-sorak sikit ajak dia melangkah...then baru dia akan step forward. Kenkadang tu dia main terkam je mama dia. Hahaha. Berat kaki budak ni.


Aku perasan Aidi kerap jugak buat cubaan untuk bangun berdiri tanpa berpaut pada apa-apa. Selalu kalau dia nak berdiri, dia akan paut pada sofa ke, kabinet ke apa ke untuk berdiri...tapi kebelakangan ni aku nampak dia ada buat cubaan berani..bangun berdiri sendiri. Tapi sumpah lawak rupa dia. Macam opah-opah yang tak larat nak bangun tu. Nak bangun kena letak tapak tangan kat lantai sambil angkat bontot dulu. Eh apa je lah aku punya ayat ni. Nantilah aku amik gambar, tunjuk. Haha.


Kalau berdiri sendiri memang Aidi terer dah. Lama jugak dia boleh berdiri. Lagi-lagi kalau dia memang tengah ralit tengok TV ke apa ke..memang dia akan berdiri lama-lama sampailah iklan. Baru dia rasa penat nak duduk. Heh.


Ini paling latest. Genap umur dia 11 bulan, Aidi dah mula tunjuk satu lagi skil baru.

PANJAT SOFA.

Pheww!!

Aku memang tak sangka ni. Siang tadi, aku ke dapur kejap bancuh susu Aidi. Budak tu ada je duduk atas lantai tengok TV. Sekali bila aku ke depan nak bagi Aidi susu......tu diaaaaaa. Dah berdiri atas sofa dah budak tu. Bila masa dia manjat, macam mana dia naik, aku pun tak tau.


Aku bawak dia turun, then aku cakap..


"Aidi..tunjuk kat mama macam mana Aidi panjat sofa tadi?"


Dia tunjuk kauuu!!

1 2 3. Dah sampai atas sofa dah.

Lucu pulak rasanya. Paham pulak dia mama dia suruh buat apa. Haha.

Bahaya dah ni. Budak ni biasa dia pandai panjat jek, turun tak pandai. Kang ada jugak yang turun kepala dulu nanti. Huhu.


Apa lagi pandai budak ni...pandai bye bye dah dia. Tapi salam tetap belum reti.

Makan.....dia dah pandai tunjuk signal "enough mama". Macam mana?? Bila dia dah start luah-luah makanan, main-main makanan, ha itu maknanya "enough mama". Kalau kau suap jugak..memang dia tetap akan nganga bukak mulut..tapi kendian dia main je makanan tu. So better stop walapun dia akan meraung macam tak makan seminggu. Huhu.

Aidi dah mula guna training cup untuk minum air masak. Aku beli brand Tommee Tippee. Tapi ya hampun....dia minum memang minum. Tapi kendian dia buat mandi pulak. Habis lencun baju kalau bagi dia minum air masak. Bagi minum guna botol susu lagi senang aku rasa. Mujur rumah pakai tikar evamatic je, senang nak lap. Kalau pakai karpet berbulu-bulu...nanges!!


Aku noticed..Aidi kuat tido. Ini ikut gen aku ni. Haha.

Dia bangun pagi average pukul 6.30 pagi. Antara jam 9 atau 10 dia akan tido balik sampai tengah hari. Jap lagi pukul 4 atau 5 dia akan tido lagi sampai nak maghrib. Malam dia tido average pukul 10 malam. Kadang lepas Isyak dia dah kedaung dah. Siang tadi aku dengan Aidi tido berdua kemain lama. Dari jam 10 pagi sampai 2 petang. Phewww!!


Yang negtif pulak tentang Aidi ni....*ehhhh adaaa..*

Fobia orang lap hingus dia. Tak paham.

Suka buat cubaan nak jatuhkan dekoder astro. Banyak kali dah sebenarnya dia berjaya jatuhnya. Huhu.

Sangat suka kutip apa saja benda yang ada atas lantai dan masuk dalam mulut. Apa sahaja okey? Kalau dia nampak semut lalu...semut tu pun dia akan cuba kutip dan makan. Haha.

Masih suka masukkan semua benda dalam mulut. Tu motor besar hadiah hari jadi dia tu pun dia cuba masukkan dalam mulut. Tapi sebab motor tu besar, dia cuma boleh hisap-hisap jek. Hisap tayar..hisap stereng, hisap seat. Memang tak paham.

Tak boleh tengok mama dia pakai tudung. Nak keluar jenjalan katanya. So kalau nak bersiap keluar, make sure aku pakai tudung lassstttttt sekali. Kiranya kalau boleh boleh, pakai tudung dan terus chow. Kalau kau gedik nak pakai tudung awal, then baru nak siapkan anak, baru nak kemas beg dia, nak bancuh susu dia, nak tutup tingkap, tv apa semua bla bla bla...merasalah kau buat semua tu sambil dengar Aidi merengek mintak dukung Takut kena tinggal kekdahnya. Haha.


Eh banyaknya taip kali ni.

Mentang-mentang cuti. Haha.

Sebulan lagi Aidi nak setahun.

Yeayyy!!

Membesar bagai johan ye sayang!!

Birthday Aidi...Episod One


Solosai sudah majlis harijadi Aidi episod One.


Legaaaa...


Majlis berjalan lancar, alhamdulillah. Apa yang aku bayangkan 90% dapat direalisasikan. Seronok sangat. Ada beberapa benda aku tak dapat nak buat sebab masalah Aidi demam beberapa hari sebelum ni. Jadi persiapan tu takdelah rancak sangat. Mujurlah Aidi sehat sepenuhnya hari Sabtu tu, jadi Ahad dia memang ceria seperti sediakala.

In the making of party Aidi ni memang kelakar sikit. Biasalah aku dengan incik suami mana pernah takde insiden kelakar. Nak beranak Aidi pun boleh melawak lagi kan. Hahaha. Tapi nak cerita kat sini macam berjela sangat nanti. Takpelah, kita cerita hal besday jek.


Sehari sebelum majlis aku dah start deko-deko dah. Yang abahnya pulak sibuk ke bandar cari barang-barang untuk masak. Aku bagi list jek, pandai-pandailah dia cari semuanya. Kagumnya dia dapat semua barang yang ada dalam list. Cayalah bang! Heh.

Inilah sesi besday in the making.

Tema..MICKEY IN A RAINBOW KATANYA...

Main table.




Gigih mama tiup ballons tu semua. Sampai sakit-sakit pipi. Aku ni sebenarnya tak reti nak ikat mulut belon tu. Memang selalunya failed sebab aku takut belon tu pecah masa ikat. Haha. Tapi ajaibnya kali ni berjaya pulak ku tiup lebih kurang 20 biji belon denga jayanya. Hehe.


Besday boy attire.

Pampers harus ada..kalau tak pakai pampers nanti naya pulak.




Party packs.


Takde apa sangat dalam party bag tu. Aku bubuh belon 2 biji, blower 2 biji, mask, dengan bubble ballon yang buih sabun tu. Jadilah....Janji budak happy.


Besday banner.


Actually kat dinding sini aku nak buat backdrop lain. Nak DIY kononnya. Tapi since aku beli paper plate and cup yang jual secara pack sekali dengan banner streamer, mask apa semua...so cancel lah nak DIY DIY tu. Aku lekat je yang ni ke dinding. Siap!


Flagline ni adalah tempah dari Dida Zenal. Cer search kat fesbuk. =)




Layan gambar weh..letih nak taip. Haha



















Menu...

Takde aku masak hebak hebak pun. Aku sediakan makanan yang aku agak-agak bebudak suka makan jek.

- Nasi goreng cina
-Bihun goreng 
- Nugget
- Sosej
- Fries
- Sandwich
- KFC (30 ketul abahnya beli)
- Agar-agar sponsored by Mak Long Aidi.
- Air ribena.

Itu jek. Heh.











ewahhh....rajin plak budak ni nak tunjuk skil berdiri dia tu masa ni.



Besday cake. Sedap sangat. Ku tempah dari Kalthom House Cake. Sila search kat fesbuk. Heh


 Cake cutting time!!





Aidi geram tak dapat ambik bee yang bertenggek atas kek tu. Jadi takpelah..biar mama dengan abah je yang potong. Hahaha.






Keadaan rumah selepas semua tetamu pulang. Wuwuwuwu..

Makanan memang banyak lagi masa ni. KFC tu saja ada 15 ketul lagi. Ke lebih entah. Banyak lagi makanan sebab aku pun takdelah jemput ramai tetamu. Kawan-kawan incik suami pulak ramai yang kena duty hari tu, jadi tak dapat datang bawak anak isteri. Sooo...incik suami call kengkawan dia yang tengah duty tu suruh datang rumah amik makanan. Maka licin jugak akhirnya makanan kami disebat oleh abang-abang TUDM. Yeayy!!


Aidi pulak kesahnya bila tetamu dah balik je, dia pun pengsan.

Letih sangat la tu.

Lagipun memang kul 4 kul 5 macam ni waktu dia tido. Jadi biarlah dia tido.




HAPPY BIRTHDAY IN ADVANCE SAYANG MAMA...

Nanti actual day 12.12.12 kita sambut sekali lagi dengan famili Pecah Batu.

16.12.12 kita sambut lagi dengan famili 1881 pulak.

Yeayyy!!!







P/S: Nak tengok gambar lebih lagi boleh terjah fesbuk aku. Nak haplod semua kat sini memamg fengsan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...