MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, January 9, 2013

Aidi Sebut "MAMA" ??


Salam.

Hai.

Hari ni mengah semua cikgu sekolah aku ni uollss. Ada pemantauan dari Jabatan Pelajaran. Sempuuttttttt! Aku dahlah semalam mc, tentiba pagi ni dengar berita ada pemantau nak datang. Segerombolan pulak tu datangnya. Memecut Mak Jemah siapkan rancangan mengajar. Pheww!!

Alhamdulillah..Aidi dah sehat. Syukur sangat. Aidi ni aku perasan kalau dia demam, cepat je sehatnya. Sekali dua kali makan ubat, kebah lah dia. Tapi sejak dua tiga menjak ni kerap pulak dia demam. Orang kata demam nak dapat kaki, demam nak besar, demam nak tumbuh gigi, mujur takde yang cakap dia demam sebab nak adik. Agagagaga.

Kak Ija sms aku pagi tadi. Katanya Aidi dah okey dah. Siap dok gelak-gelak sambil tepuk-tepuk tangan lagi. Mulut pun riuh.


Uiiii kalau cakap pasal mulut dia...tak berenti membebel. Entah apa dibebelnya aku pun tak paham. Tapi dia suka nau membebel. Mulut banyak macam mama dia ni nampak gaya ni.

Masa Aidi dok tengah demam-demam tu..dia dok merengek-rengek nak apa tak tahulah, tentiba aku dengar jelas dia dok sebut...


"MAMA"

Dia sebut dengan intonasi sayu *maaaaa.....maa*, dengan mata pandang tepat ke aku.


Dia maksudkan "mama" tu aku ke? Mama dia ni ke??


Aidi memang jarang nak dengar bunyi mama keluar dari mulut dia. Bunyi "ABAH" memang selalu. Tapi itu pun aku tak pasti dia memang maksudkan abah dia ke tidak. Tapi kalau "mama", rasanya belum lagi dia betul-betul maksudkan nak panggil mama dia yang comelmontel ni ha. Dia saja-saja bebel je mamamamamama gitu.


Sampailah ke hari dia demam tu.


Allahuakbar!!!

Rasa macam terpana kejap bila dengar anak panggil kita mama.

Rasa macam dikurniakan gelaran paling tinggi dalam dunia.

Sorga.


Ya...memang ramai je baby lain yang dah mula panggil mama, ibu, mak, mummy, bonda etc lebih awal lagi. Aidi dah lepas umur setahun baru aku dengar dia panggil aku mama.


Tapi.....mama tetap bangga dengan Aidi.

Bangga sangat bila anak panggil kita "MAMA".

4 comments:

  1. best nyer bila aidi dh mula panggil 'mama', wanie nak tunggu anak panggil 'mi'.. x belum lagi asyik abah jer..

    ReplyDelete
  2. a'aa, same ler.. seronok kang bila dengar anak panggil kite.. raisya pun duk sebut "bu..bu".. kalu ayah dia duk panggil "yah..yah" tapi tak tau ler maksudnya dia memang panggil ibu ayah @ sekadar sebut gitu2 jer.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. weeyyhh...aku pon same macam ko...anak aku panggil abahbababa jer selalu..tu pon tak tau ar die panggil abah nyer ke ape..tp baru2 ni die selalu sebut mamamamaama...lagi2 biler die nak tidor dan nak susu..tapi aku maasih tak pasti tu die panggil aku ker idak..heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...