MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, January 23, 2013

Nak sekolahkan Aidi next year.


Semalam, aku tanya incik suami...

"Bang, Aidi lahir tahun berapa ye?"

Ah sudah...aku ingat aku just boleh lupakan rasa sakit bersalin je, rupanya sampai tahun aku beranak pun aku lupa sekali. Parah ni.

" Aidi lahir 2012. Eh silap..2011."

Ha kan....laki bini lupa anak lahir bila. Hahaha. Pastu aku mula kira.

2011......so 2012, 2013, 2014. Kalau kira ikut tahun, 2014 nanti Aidi dah 3 tahun. Bila dah 3 tahun maknanya Aidi dah boleh masuk kindergaten.

So bila 2014 tu??

NEXT YEAR!!!

Oh mai...nak sekolahkan Aidi dah ke tahun depan??


Mama panik! Mama panik! Kasut sekolah tak beli lagi, beg sekolah tak beli lagi, stationery semua tak beli lagi bla bla bla bla PANGGG!!!!


Meraban tak sudah sudah.

Ya...memang ya, aku ada cita-cita nak masukkan Aidi ke kindergaten masa umur dia 3 tahun. Niatnya nak masukkan ke tadika di International School Labuan nun. Kids starting from 3 years old dah boleh register. Aku siap dah buat research pasal silibus lah school time la apa semua. Teruja noks!


Pastu aku jugak yang berteleku balik.

2014???? Januari 2014 Aidi baru je beberapa hari lepas sambut besday dia yang ke dua tahun. Pastu nak hantar sekolah dah ke?? Tak awal sangat ke? Pandai ke Aidi bawak diri nanti?

Ishh.

Tak jadilah kot.

Tunggu 2015 la.

Aidi 4 tahun atau lebih tepat 3 tahun beberapa hari.

Aku nak masukkan dia ke International school/ Smart Reader untuk setahun. Sini takde Q dees. Kalau tak, aku pilih Q dees. =)

Bila dia 5 tahun, aku nak masukkan dia ke Tadika Islam. Ada sebuah tadika Islam kat dalam Kem TUDM nun. Senang abahnya amik hantar.

Then bila Aidi 6 tahun, kita masukkan ke pra sekolah terus. Maybe time ni aku dah balik semenanjung. Mengharap sangat by 2017 kami dah posting balik ke semenanjung.

Aku tak nak Aidi darjah 1 kat sini.

Bukan aku tak yakin dengan sekolah-sekolah kat sini, aku cuma tak berapa yakin dengan bakal kawan-kawan Aidi kat sekolah nanti.


Ok bai.

2 comments:

  1. Dalam di lemma bila nak sekolahkan anak.. baru wanie tahu betapa pening mak n ayah kita nk sekolahkan kita, nak pilih jurusan yang sesuai dgn potensi diri....

    ReplyDelete
  2. hihi bagus mamanya dh fikir nak masukkan sekolah mane tp over tau siap pkir kasut buku bagai haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...