MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, January 16, 2013

Aiii bang..lawak kasar nampak??


Baru-baru ni ada bukak topik pasal balik beraya tahun ni.

Bukan sembang pasal nak tentu giliran beraya rumah siapa dulu ke apa, kali ni bincang pasal....

NAK BALIK RAYA KE TIDAK??

Fuh!!

Perantau sangat kan kami sampai kena bukak topik gini.

Sejak melalui pengalaman balik beraya tahun lepas, aku mula rasa macam tak nak balik beraya dah tahun ni. Eh bukan merajuk dengan sanak famili ke apa, no no no. Bukan itu. Cuma aku rasa PENAT.

Penat oh balik beraya tergesa-gesa gitu.

Orang lain sehari dua sebelum raya dah ada kat kampung halaman, kami ni raya ketiga keempat baru nak sampai LCCT. Pastu dapat beraya 4 5 hari je sebab nak kejar bukak sekolah pulak. 4 5 hari tu lah nak balik rumah belah aku, nak balik rumah belah sana, belum lagi nak berjalan-jalan rumah saudara mara, nak balik Kedah la apa lah. Hoi letih hoi. Kadang rasa macam beraya atas highway je. Memang penat.


Bukan aku tak nak balik lebih awal...kalau boleh memang nak balik awal. Esok start cuti, hari ni aku nak terbang balik dah. Tapi memandangkan incik suami ku tu anggota TUDM...maka ketahuilah jadual cuti raya mereka dah ditentukan pihak atasan. Bukan boleh apply-apply nak cuti bila bila kita suka macam orang lain. Ada kumpulan yang dapat cuti seminggu sebelum raya, pastu raya kedua dah kena naik kerja. Gila. Ada kumpulan yang cuti lewat, raya keempat baru cuti. Pun gila.


Sudahnya..aku rasa macam..TAK PAYAH BALIK RAYA LAH BANG.


Sedih nau bunyi.

Ye lah, dah susah-susah sangat kan, tak payah balik. Raya je sini, di Labuan terchenta ini. Heh.

Tapi yang buatkan hati ni macam boleh nak riang ria balik bila incik suami janji akan usahakan untuk mohon cuti hujung tahun selama SEBULAN.

Oh yeah!!

Sebulan balik semenanjung..barulah best.

Boleh balik kampung puas-puas.

Boleh celebrate besday Aidi dengan famili ramai-ramai. Tahun ni giliran 12.12.13 dengan famili aku pulak. Gilir-gilir gitu katanyaa. Bukan balik raya je kena gilir-gilir, sambut besday anak pun kena gilir-gilir. Semua pun sayang cucu katanyaaa... Ahaks!

Boleh pergi jalan-jalan. Aku nak pergi Legoland, nak pergi Genting, Sumway Lagoon, Cameron bla bla bla. Kalau boleh nak mengaruk sampai ke Hatyai kalau boleh. Ewaaahhhhhh angan-angan kau!

Incik suami draftly macam setuju dengan idea aku ni. Siap katanya kami kenalah menyimpan lebih sikit. Nak bawak balik semenanjung RM 8 RIBU katanya buat bersoping!!




Hamboiiii bang..melawak kasar nampak??

12 comments:

  1. hahahah rm8 tu pon kalo ikut mu yong kejap je abis...dah kalo nak g sampai ke Hatyai tu..makan duit gak tu...tol myk bkn singgit dua yong. dah mahai!
    #geleng-geleng pale# tingat harga myk & tol!
    hihihihihi..nanti kalo blk sebulan koling-koling lah cha, boleh pegi mkn roti canai sesama heh?
    hihihihihi!

    ReplyDelete
  2. keh keh keh.org kalau dah mengaruk nak shopping kan, memang 10 ribu pun boleh habis. Kalau jadi la balik sebulan, niat takmau habis duit byk sgt ke shopping ntah hapa2 beli baju Aidi sampai 30 pasang macam haritu. Gila.

    Nak habiskan duit ke jenjalan. Bosan oh duduk Labuan takde tempat best nak jenjalan.

    ReplyDelete
  3. sama lah rasa mcm malas nk balik raya, letih terkejar2....walau pun penang-perak jek
    tapi letih teramat sangat.....balik kuching sambung lagi raya hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat kan? makan ketupat dalam kapatebang je la kita nnt. huhu

      Delete
  4. 8ribu>? pengsan terus! haha.. balik raye KL-johor-pahang-Kl pun dah penat..hewhew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pengsan kalau nak bawak balik 8 ribu gitu. Pengsan bangun engsan bangun pun belum tentu cukup 8 ribu tu. Haha

      Delete
  5. betul2 kasar tu yong.hahahah!!
    gelak2 aku mmbaco!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik punya dia perli bini dia ni...simpan 8 ribu katanya buat bini shopping. Ceh!

      Delete
  6. wahhh skali 8ribu nk kne savings...hehe... kemain shopping lah nnt..hihihi

    ReplyDelete
  7. Alah cikpingu..Beda'ah je tu. Dari perabis 8 ribu shopping baik ku pergi umrah dgn 8 ribu tu. =)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Hehe..kalo ika sentap kat situ juge..sbb mmg ika kaki sopink pun..huahuahua

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...