MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, January 28, 2013

Wishlist untuk Aidi



Hai!!

Lama eh rasa tak update belog. Bercuti hujung minggu katakan. Hehe.

Eh uols, Aidi dah boleh jalan tau. 20 Januari hari tu dia betul-betul boleh melangkah sendiri tanpa kita suruh. Dan alhamdulillah sampai hari ni dia makin rajin "testing" kaki dia. Jarang dah nampak dia merangkak. Gigih dia nak berjalan walaupun gaya jalan dah kelaut. Melelong lelong perginya. Dah tu berjalan kemain laju macam nak berlari. Risau pulak kalau dia tersembam jatuh kena kabinet TV ke meja ke sofa ke. Ish!

So offially Aidi dah boleh berjalan pada umur 1 tahun 1 bulan dan 1 minggu. Ewaaahhh...nak cantik aje nombornya. Haha.

Aku ni sebenarnya dok gigih survey Tab ni untuk Aidi. Amboiiii nak, tengok sayang tak sayang mak ko i kat ko. Tak payah mintak pun mama nak beli. Haha. Bukan apa, since Aidi macam ada minat pada benda-benda grafik yang bergerak, dia suka dengar lagu-lagu lullaby kat youtube, suka tengok video Phonic song, suka video Alif  Ba Ta Sofea and Rayyan, dan paling penting dia suka nau campak-campak hand set aku. So marilah mama belikan satu tab untuk kamu Aidi. Heh.

Tapi takdelah aku nak beli tab yang beribu-ribu tu kan, iols nak cari yang cap ayam sudahlah. Haha. Aku nak yang brand China punya tu. Apa namanya?? Novo? Novotel? Ke apa ntah. Tapi memang brand China. Bukan brand ciplak tau, tapi memang kat China nun brand ni agak glamer lah.

Tab brand Novo ni kalau tengok murah je lah rege dia. Yang boleh masuk sim paling murah aku jumpa RM320. Yang tak boleh masuk sim lagilah murah. RM200 dah boleh dapat yang okey. Takat nak bagi Aidi buat campak-campak tak payahlah mahal-mahal. Nanges tak berlagu ko nanti. Tapi idok ler aku berani nak beli on9 benda-benda gajet ni. Aku prefer pergi kedai, tengok, sentuh, testing apa semua then dah puas hati baru bayar. RM200 pun duit yang oiiii.

So far aku jumpa satu seller ni. Dia ada kedai kat Summit USJ. Kedai dia nama NOVO. So aku dah pesan kat mak, kalau dia ada pergi Summit, tolong survey kedai Novo ni betul ke idok wujudnya. Kalau betul ada....aku balik semenanjung cuti sekolah bulan Mac nanti aku nak rembat satu.

Aku tengok kat kedai tu ada jual galaxy note II dgn S3 CIPLAK punya harga dalam RM500 - RM700 macam tu.

Siapa berani nak beli??


Hehe.

3 comments:

  1. wah dh boleh berjalan good boy untungla mak nak belikan tab ala budak2 ni belikan tab biasa je u kecuali kalau niat sbnr u nk beli utk u haha

    aik yg ciplak pun mahal cmtu? gilerr

    ReplyDelete
  2. Waaahhh...dah teror jln...mesti besh..!! :-)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..
    sy ade gak belikan tab utk aidan.. yg taiwan punye.. grand vision.. menurut org kedai tu yg china punye dia tak amik sbb china punye cepat rosak.. sy tak tahulah org tu gebang je ke atau betul..hehe

    cube tanye kat siapa2 yg dh ade pengalaman gune novo ni okay ke idak.. mcm yg awk ckp lah even 200 pun harganye.. still duit jugak kan.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...