MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, January 8, 2013

Sedih Sangat Tengok Aidi


Dah pukul 11 malam. Tak boleh tido lagi. Bukan sebab mata tak boleh nak lena, boleh sangat ni melena ni kalau disorongkan bantal, tapi demi anak terchenta..ku tahaaannnn Jebat. Heh.

Aidi demam lagi.

Rasa macam baru 2 3 minggu lepas dia demam, masa kami kat Kedah. Ni demam lagi. Aduhaaaiii..kasihan kamu Aidi.

Balik sekolah tengah hari tadi, terus Kak Ija bagitau yang badan Aidi panas. Bila aku rasa badan Aidi, yup..memang panas. Bukan tahap dedar-dedar lagi dah, memang panas.

So terus bawak Aidi balik rumah cepat-cepat, mandikan dia.

Meraung kau tahu??

Siap menggigil-gigil badan dia. Dah aku pulak yang panik. Tak pernah lagi Aidi demam panas sampai gigil-gigil badan ni. Tapi takpe..aku bawak bertenang dulu. Pikiran kena waras bila anak demam-demam ni, kalau tak kang dengan mama mamanya sekali demam sama. Haha.

Aku bagi ubat bontot.

Bagi antibiotik sama. Pun meraung dia nak telan ubat. Selalu senang je dia makan ubat. Kali ni meraung. Selang beberapa saat....AIDI MUNTAH!!


Dangg!!


Mama panik dah..panik dah. Incik suami kerja pulak. Berzikir je lah aku nguruskan Aidi petang tadi.

Mandikan dia sekali lagi sebab badan dia dari kepala sampai kaki habis kena muntah. Maka meraung lagi dia. Kesian sangat rasa. Aku tak sampai hati nak jirus air, so aku lap-lap je pakai tangan. Itu pun menggiigil dia satu badan.


Kendian..Aidi adalah melepek atas tilam.....tanpa sebarang suara.

SENYAP SUNYI.

Ek pun tak. Uk pun tak. Hapah pun tak berbunyi. Terbaring diam. Mata je kelip-kelip tengok citer Agent Oso, tapi suara takde. Selalu kalau citer Agent Oso ke udara, dialah paling depan TV sekali. Siap berjoget-joget bila keluar lagu "Three Special Steps". Tapi hari ni sunyi rumah.


Aku lipat baju sebelah dia pun dia buat dekk je. Biasanya, dialah insan paling rajin "tolong" mamanya lipat baju. Tapi hari ni takde siapa tolong aku lipat baju. Sediihhhh. =(

Bila abahnya balik...eh eh, ceria la pulak kamu. Dan dan boleh bangun, boleh merangkak, boleh ketawa keh keh keh semua.

Mungkin ubat bontot tu dah bagi kesan. So dia rasa sehat sikit. Tapi badan masih panas. Menjelang Maghrib....hurmmm..sakit datang balik. Lepas mandi sikit-sikit maghrib tu, terus badan dia menggigil tak surut-surut. Punya lama dia mengigigl kesejukan. Siap aku peluk ketat-ketat bagi panas badan pun tak jalan. Sudahnya incik suami bersuara...

"Jomlah kita pergi klinik".


Terus masing-masing bingkas bangun bersiap ala kadar.

Aku sempat capai towel and selimut sangkut kat bahu. Dah macam orang nak pergi berkelah pun ada aku rasa. Haha. Mujur aku bersiap macam nak pergi berkelah sebab Aidi sudahnya muntah lagi on the way ke klinik. Habis baju mama kena muntah. Mintak maaflah kalau aku buat satu klinik bau muntah Aidi. Patutnya aku bawak baju spare. Kan nak "berkelah" katanyaaaa... Heh.


Sejam kau tau tunggu turn jumpa doctor. Rupanya Aidi patient last sekali untuk hari tu. Punyalah ramai manusia yang sakit. Sedih aku tengok klinik semalam.

Ada yang sampai tak larat duduk dah, dia baring je kat kerusi tu.

Ada budak perempuan tu sampai terpaksa potong Q sebab suhu badan dia dah panas sangat.

Ada mamat ni sampai tertido tunggu turn. Misi panggil nama pun dia tak sedar. Adeh.

Aidi?? Aidi sangat kesian. Diam atas riba abah dengan muka paling sedih dia pernah buat. Syukurlah dia tak menangis sepanjang tunggu turn. Sejam lebih menunggu, kalau aku yang sakit pun aku rasa aku dah mengongoi dah menangis kat situ. Haha. Aidi very the good boy.


Aku mc esok.

Mujur esok ada 1 je kelas aku kena ngajar. So takde rasa bersalah sangat.


Bila sampai satu masa kita nak kena pilih antara anak sendiri dengan anak murid.....


Sebagai seorang cikgu..itu adalah keputusan yang sedikit susah.


Apapun, please doakan Aidi cepat sembuh ye laling laling semua.

Daaa.





* entri ni aku taip malam ni, tapi esok baru aku publish. Aku publish tengah malam ni pun bukan ada yang baca, semua dah mengeroh. haha*

8 comments:

  1. alahai kesian aidi, tu demam nak berjalan la tu, lps ni penat mama nk kejar.

    ReplyDelete
  2. lahai siannya aidi....cpt2 sembuh ye sayang!

    ReplyDelete
  3. kesiannya aidi.nasib la gudboy.kena tunggu lama pun x meragam.cepat2 sembuh ye syg!

    ReplyDelete
  4. aku tau rasenyer..perasaan tuh...risau..sayu...anak aku baru jer baik demam seminggu lepas..macam Aidi ni lah rupenyer...lentok lembik...nak tengok senyum pon susah..saat tu aku rela anak aku melasak penat aku nak melayan pon aku tak kisah dr tengok die tak aktif macam tu..semoge Aidi cepat sihat..aminn.....insyaallah....Aidi budak cerdik lagi bijak..die pon nanti boring dok lentok macam tu..:)

    ReplyDelete
  5. adoii kesiannye dak aidi. semoga cepat sembuh ye baby boy!

    ReplyDelete
  6. wanie amat memahami perasaan tersebut antara sekolah dangan anak.. tp anak lg penting...

    mudah-mudah aidi cepat sembuh...amin

    ReplyDelete
  7. Oh..ada satu tips kalau taknak mandikan dia. Letak air dalam hair sprayer. So..kalau kaki dia sejuk ke means panas dalam cecepat spray kepala dia. Selalunya budak2 tak marah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...