MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, January 11, 2013

Azam Mak Jemah Kata ko!


Okey, aku dah dapat azam tahun baru dah.

Pigidaaahhh!! Januari dah separuh jalan aku baru nak jumpa azam. Ceit.

Sebenarnya hari ni aku dah buat keputusan besar dalam hidup aku. Amboiboi..besar mana sangat keputusan kau tu Yongnana oiiii!

Haha.

Hari ni aku dah decide nak STOP GUNA KREDIT KAD.

Yep. Aku nak stop.

Sebab aku ni tak percaya dengan diri sendiri, maka aku mintak bank terminate terus kad aku. Kang kalau hati je kata tak nak guna, tapi kad still boleh swipe, memang ada jugak aku swipe swipe kang. So baik terminate terus. Lepas ni continue bayar hutang kad je bulan-bulan. Hutang kad kredit aku pun boleh tahan banyaknya. Penat bayar interest je. Rugi.


Jadi nak kata itulah antara azam baru aku.

1. Tak mau boros sangat. Incik suami kata boros sikit-sikit takpe. Ngeeeee. ;P

2. Aku nak kurangkan beli benda bukan-bukan dan benda yang tak berapa nak perlu terutama beli baju bajan Aidi. Hoi balik semenanjung ritu aku borong dekat 30 PASANG BAJU AIDI hoi!! Pengsan kalau kira-kira balik. Mentang-mentang berbonus, beli baju anak macam nak raya. Ishhh boros...boros.


3. Tahun ni jugak aku nak KURANGKAN SHOPPING ONLINE. Selalu shopping online ni yang banyak buat aku guna kredit kad. Ish!!

4. Aku nak saving yang betul-betul saving tahun ni. Selalu tu kalau simpan je mesti nanti aku keluarkan balik beli itu ini. Entah boros tahap apa tak tahu lah ni. Rasa macam malu dengan diri sendiri. Jadi kali ni aku nak make sure aku dapat saving setiap bulan. Kalau aku dapat saving RM500 sebulan tu memang hebat dah lah untuk aku yang memboros ni. Heh.

5. Kesimpulannya..azam baru aku adalah TIDAK BOROS LAGI.


Hehe.


Best tak azam aku??

Orang lain azam baru kemain gempak..

nak kurus.

nak cantik

nak sukses.

nak pegi holiday obersea

eh macam-macamlah.

Aku tak mau letak azam banyak-banyak. Cukuplah satu.


Kalau by December 2013 nanti aku berjaya kumpul paling koman RM5 ribu dalam ASB aku...

Itu adalah kejayaan terbesar aku untuk tahun ni.


Ewaaahhhhh!! Berazam jitu kau Jemah.


Tapi dapat gaji bulan ni aku nak belikan Aidi sedikit toys baru and tilam. Eh baru tadi ternampak bag for kids yang comel sangat kat ESSMYBABYSHOPPE.






Comel kan beg Pororo ni?


Boleh beli tak??

Ngeeeee ;P

2 comments:

  1. Azam yg sama dgn zana!! Part kad kredit..part menyimpan..hope tercapai azam kita..

    ReplyDelete
  2. As salam dear,...azam tahun baru kita samalah hehehe,..

    sebelum ini tak pernah pulak berazam nak saving2 ketat ini hehehe,..tahun ini jeee tiba2 jeee aura mak2 kut hehehe,..


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...