MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, January 21, 2013

Suami yang tak romantik itu.


Baru-baru ni aku ada terbaca sorang hamba Allah ni dia post kat satu group kat facebook tentang suami dia yang tak berapa romantik.

Post tu macam menarik aku nak baca, nak drop komen, and baca komen-komen kengkawan yang lain sebab.....


Suami iolss pun tak romantik jugek.

Hehe.

Tapi bila pikir balik....salah ke suami kalau dia tak romantik??

Tak payah cerita suami orang lah, aku amik contoh suami aku je. Memang dia tak romantik. Tak reti nak bagi bagi bunga, entahkan kalau sebut florist pun dia tak tau benda apa tu. Bukan jenis nak manja-manjakan dengan hadiah berkotak-kotak, jenis yang berjalan kat mall nak peluk-peluk pinggang bagai memang bukan dia.

Tapi sesekali bila baca cerita kawan-kawan yang punya suami romantik ni terdetik jugak rasa cemburu. Nak nak kat facebook, macam-macam kisah rumahtangga orang ada dalam tu. Ada yang gebang kata suami dia belikan henbeg ribu riban, suami bawak holiday oversea, suami bagi duit berkepuk-kepuk buat shopping bla bla bla.


Tak cemburu ke??

Tipu kalau aku kata aku tak cemburu sikit pun.

Cemburu ohhhh.

Tapi sekejap je lah aku cemburu. Lepas aku dah berpijak di bumi yang nyata, cemburu tu hilang macam tu je.

Ya, suami aku memang jenis tak romantik material. Dia bukan orang ada-ada yang duit dalam bank makan tak habis. Suami aku jenis orang biasa-biasa yang selalu tengah bulan duit dah mula menipis. Dia suami yang "real", bukan suami fantasi macam watak Adam dalam cerita Adam dan Hawa. Atau macam watak Seth dalam drama Nora Elena. Heh.

Mungkin sebab banyak sangat tengok drama and main facebook buat perasaan cemburu tu selalu je nak singgah. Jahat tau perasaan tu. Tak suka tak suka tak suka tak suka!!

Kadang rasa nak tutup facebook supaya takde lagi baca cerita-cerita best rumahtangga orang. Huhu.


Biarlah untung mana pun wanita lain di luar sana, jauh dalam hati aku tetap rasa aku bertuah.

Memang suami tak romantik material.

Tapi kalau dia rajin menolong selesaikan kerja-kerja rumah, ringan tulang tolong sediakan dinner, buatkan kita minuman panas, menguruskan anak, even sidaikan bra and spender kita pun dia tak kekok.

Suami yang tak pernah nak meninggi suara apatah lagi naik tangan ke muka.

Suami yang selalu tak kesah kita makan banyak mana pun, tak kecoh nak suruh kita diet-miet bagai, malah selalu layan nafsu makan bini yang macam jin ni. Bahahahah.

Aku rasa aku dah cukup bertuah dah.

Enough.

No need luxury hand bag.

No need emas 916 berutas-utas.

No need gajet-gajet canggih.

No need percutian 5 bintang di seberang laut.

No need.

Aku cuma mahukan suami aku.





Suami yang tak romantik itu

Titik.

22 comments:

  1. betul2 bila dia mahu menolong kita dirumah itu dah cukup romantik buat kita hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Memang dia tak keluarkan duit ringgit, tapi setitik peluh dia yg keluar tidak terkira nilainya. ewaahhh. =)

      Delete
  2. Yong..normal la tu kdg2 rs cemburu...tp bl kite muhasabah diri then kite sedar apa y kite ada...then rs cemburu tu ilang cmtu jek....
    Laki kite pn x romantik....tp klu die tnya nk bunga ke (tnya direct...x surprise lgsg) kite pilih nk mkn.wahaha.btul ni.x tipu.bunga tu bp hr je thn.pastu da mati nk buang ada sentimental value...sudahnya buat semak kt bilik....
    Mkn,kurang2 kenyang sikit .haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga mmg xde untung apa, sudahnya ke tong sampah jugak. tapi bila dpt..hati ni kembang setaman bak kata org. Huhu

      Delete
  3. oohhh suweet nyee,,, asben kite pon n x romantik..!! xpe.. terima la suami tu seada nya... yg penting perut kenyang.. sudah kan..? kehkehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul. Terima dia seadanya mcm mana dia terima kita seadanya. =)

      Delete
  4. sama la kak yong,lantak lah org lain punya suami yg romantik2,walau suami sendiri xlah romantik mana,asalkan dia sayang n xpernah naik tangan kat kita dah alhamdulillah..kang romantik2 sgt,takut teromantik dgn org lain jgk,eh?haha..;)

    ReplyDelete
  5. betollll! setujup...suami nadea pon tak romentik. sebab askor. so nadea pon rasa macam jadi askor jugop.hahhaha..:p tapi setujup dengan kak yong. bia la tak romentik asal dia tolong buat keje umah, faham kita. kan kan kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sama la askar jgk ni.tp abg2 askar ni nampk garang dlm kem je,dlm hati ada taman jgk tu.hehe

      Delete
  6. suami saya pun x romantik,lelebih lg depan org..kdg2 ada juga luahkan perasaan tp dia buat muka selamber jek..huhuh..

    ReplyDelete
  7. So sweet.... tocing!

    Saya pun cuma inginkan suami saya yang seadanya itu. Titik!

    ReplyDelete
  8. hai singgah sini. hehe post tu dlm ncol ke u

    btw tulah lain org lain ragamnya kan. ikut nasib badan ada yg dpt jenis romantik ada yg tak. hihi mcm i bersyukur je dpt suami mcm husband i skrg. takdela romantik sgt tp romantik jugak kdg2 haha cth masa my bday dia buat video khas utk i :')

    ReplyDelete
  9. sweet sgt! hehe. sama la suami kt pon x pandai nk bagi2 bunga and ckp romantic2. tp sgt bersyukur dan saya terima seadanya =)

    ReplyDelete
  10. Salam.. I just google psl suami tak romantik kot2 la boleh baca pengalaman org. And i tertarik dgn awk punya blog. Thanks a lot..somehow it make me realize sbnrny sgt bertuah diri ini dapat suami ku yg rajin tlg kerja rumah walaupun tak pernah dpt bunga, coklat, dan surprise mcm org lain..

    Ps: sbnrnya tgh down sbb suami tak reti nk pujuk. Tu yg duk google tu.. Tak boleh tido. Sedih.

    ReplyDelete
  11. betul2... pada pengalaman saya, lelaki yang romantik ni akan pasang ramai cikaro...hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...