MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, January 22, 2013

Esok Gaji, Mari tengok bajet.



Tak berapa ada cerita sangat hari ni. Tapi adalah jugak sikit-sikit. Heh

Aidi dah dapat lesen L dah. Yeayyy!! Lucu tengok gaya dia berjalan. Kemain laju lagi dia melangkah. Sudahlah terkedek-kedek. Comel pulak kalau ingat balik.

Esok gaji. Pun yeayyyy jugak. Tapi tak berapa boleh nak berjoli sebab tahun ni dah ada bajet famili. Ewaahhhh. 2 tahun lepas pun pernah buat bajet-bajet gini, tapi haram nak ikut. Harap-harap tahun bolehlah disiplinkan diri sikit untuk ikut bajet yang aku sendiri dah buat ni.

Tak payah nak zoom zoom sangatlah ye. Malu i. Pangg!! Haha.


SEBAHAGIAN dari bajet famili. Yang kiri bajet aku, yang kanan bajet suami.


Bulan ni nak kena simpan duit untuk bayar duit roadtax and insurans kereta yang nak mati bulan Mac nanti. Sigh! Bulan ni simpan RM500, bulan depan lagi RM300, bulan Mac nanti lagi RM200. Cukuplah seribu. Huhu.

Tapi apapun..incik suami dah luluskan peruntukan nak beli....


Set pinggan mangkuk melamine. Murah oh sekeping pinggan RM1.90 sajork. Bajet yang diluluskan cuma RM200 je. Cukuplah kan.



Lulus jugak cadangan nak belikan Aidi tilam single size yang tebal dalam3 inci tu. Bukan tilam spring, tapi macam tilam spring. Nanti kalau Aidi ada katil, dah tak payah beli tilam dah. Buat masa ni, Aidi tidolah atas tilam letak atas lantai dulu. Payahlah tido pakai toto. Cepat kotor and payah nak basuh. Nak kena hantar dobi memanjang. Kalau pakai tilam, boleh sarungkan cadar. So, senang. Basuh cadar je.

Lulus jugak cadangan nak mencuci gambar. Ada beribu gambar Aidi dalam laptop ni yang tak pernah dicuci sejak Aidi lahir lagi. Lepas aku dah tapis-tapis, yang masuk dalam senarai ada 600 keping. Oh banyak jugak tu. Kalau sekeping 50 sen, mau makan RM300 jugak tu. Pengsan!! Belum masuk nak beli frame gambar, album gambar apa semua. Tadi dah pengsan kan? Ok bangun balik, then pengsan balik!

Aku pulak kecoh nak beli ink printer. Printer aku dah jadi tukun dah dalam stor, tak guna. Jadi aku nak beli ink and bawak printer ke sekolah. Sejak-sejak sekolah pakai PBS ni banyak sangat benda nak kena print. Nak tumpang-tumpang printer orang, kau ingat cikgu lain muka cap printer ke?? Pakai sendiri punya lah!

Lepas tu yang perbelanjaan lain-lain yang banyak tu korang abaikanlah. Coway tertunggak lah apa la. Padan muka aku siapa suruh main tunggak-tunggak. Haha.

So tak boleh nak bershopping mopping sangat. Salurlah duit ikut apa yang dah plan. Memang kalau tengok gaji bulan ni memang mengaum. Nak cecah 6 ribu. Tapi lepas dah tolak itu ini....LEBIHAN = KOSONG.


Mujur peruntunkan untuk saving ada.

Heh.




10 comments:

  1. mak aku beli set melamine Giacomo Rm3** almost 10 tahun lepas,still elok sampai sekarang.memang berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh tahannya. Kat Labuan ni mcm ada nampak jugak brand Giacomo tu. Tp buat tak reti je ingatkan jenama henbeg. Haha.

      Delete
  2. aku ni yong, duit semua ke besday. kapak, rabak, koyak dah spender mak dia ni. hadoi. esok kalo besar-besar dok melawan ckp aku, nanti aku mintak blk duit2 yang dah dilaborkan pada anak.
    hahahaha!
    boley gitew?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Bln lepas buat besday aidi kos untuk tempah kek-kek dia saja dah dekat 500. Belum benda lain lain. Memang saja mintak tapak tanganlah kalau melawan mama esok-esok. Haha.

      Delete
  3. Yong, print on9 jelah gambor tu..murah pun murah..4R = rm0.30 je..

    http://asleenda.blogspot.com/2012/10/print-gambar-online.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mana print on9 ni? Murahlah 3 kupang..kat sini semua 5 kupang sekeping. Tapi setiap 100 keping dpt free gambar besar, size apa ntah, x pasti.

      Delete
  4. wah bagusla buat bajet camni selalu i buat kt phone je tapi tak details la cmni nak buat jugakla haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat je beria..tgklah nnt sampai mana boleh thn nak ikut bajet ni. Huhuhu

      Delete
  5. saya selalu jugak buat budget ni tapi selalu jugak tak ikut. kah3. :p

    ReplyDelete
  6. Eeerrrr...bunyik cengkerik....

    Aku tak de bajet....sbb tak de gaji...sob sob...
    Aku bajet habeskn duit laki aku jer...miahaha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...