MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, January 14, 2013

Apalah Maknanya Baby Boy Kalau Takde Kereta Mainan


Weekend kali ni memang tak de keluar mana-mana. Duduk rumah layan anak dan suami. Ewaahhhh!! Eh tipu, semalam aku ada pergi Famili Mart depan rumah ni beli barang dapur sikit. Yang tak tahannya, walaupun cuma pasaraya depan rumah, aku boleh habiskan masa 2 jam kat situ. Gila. Entah apa aku buat dalam tu tak taulah. Tapi takpelah..mujur just habiskan masa..kalau habiskan duit lagi naya. Haha.


Aidi belum boleh jalan oi.

Dah masuk 13 bulan dah, bersabar je la mama nunggu kaki kamu Aidi oi. Takpelah takpelah..as long as perkembangan dia masih di tahap normal, aku rasa its okey. Mama takkan meroyan merempan lagi. Haha.

Ni masa aku tengah taip entri ni, nak tergelak aku tengok Aidi ni ha. Dia dok gigih main kereta. Tapi yang lawaknya "kereta mainan" dia adalah remote astro. Keh keh keh. Bertabah je lah wahai remote sebab kena sorong ke hulu hilir dek Aidi.


Bila tengok Aidi dok sorong remote atas lantai ke sana ke mari baru aku perasan...

Aidi takde kereta mainan.

Ye lah..a'ah, aku tak pernah belikan dia kereta mainan.

Kasihannya Aidi.

Apalah maknanya memegang status baby boy hensem kalau takde kereta mainan dalam koleksi. Heh.

Takpelah...nanti minggu depan gaji mama beli 10 toys car untuk Aidi.

Buat masa sekarang, mama redho je lah Aidi sorong remote astro mama tu.

Incik suami ada kata nak belikan telefon baru untuk aku. Entah kenapa dia nak belikan tak tau lah. Nak kata besday..lambat lagi. Anibeseri pun lambat lagi..tak tahulah kenapa. Tapi yang pasti bukan S3 atau Note II la. Kalau nak yang canggih manggih gitu katanya tunggu anibeseri. Sempat dia kumpul duit..gituuuu. Haha. Tapi last minit aku rasa macam ah tak payah lah beli telefon. Buat apa. Bukan aku takde telefon pun.

Dari abang beli telefon, baik abang beli kite cincin baru.

Ngeeeee...




p/s: Bila suami nak belikan sesuatu pun komplen, bila suami tak belikan apa-apa pun komplen. Tak paham pulak dengan diri sendiri. Haha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...