MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, January 3, 2013

No More Cherry Berry Dah. Tapi........


Salam

Hai.

Semput Kak Bedah bila sekolah dah bukak ni. Sudahlah kelas yang aku dapat semua kat tingkat atas sekali. Kalau sambil naik tangga sambil sapu Fellina Inchloss rasanya mesti boleh ramping. Hahaha.

Eh, ni nak hapdet cerita Aidi tukar susu.

Dah 3 hari dia minum Enfagrow A+. Nampaknya bahan buangan dia dah tak mencirit lagi dah. Tak kekerapan membuang pun takdelah sampai 5 6 kali macam 2-3 minggu lepas. Sekarang dia berak 2 kali je. Pagi sekali, petang sekali. Its back to normal.

Lega hati mama.


Aku tengok kan, Aidi pun macam suka minum Enfagrow ni. Kalau dia nampak kita pegang botol susu dia, menggedik-gedik dia berjoget nak dapatkan susu tu. Pastu minum 2 3 minit dah licin. Heh.


Tapi bila dah setel problem susu, datang pulak masalah lain.


Aidi takmau makan.


Aduh!! susahnya hati bila anak dah refuse makan. Dia makan, tetap makan. Tapi sikit. Kadang baru suapan ke lima ke enam macam tu dia dah xmau dah.


Kenapa ye?

Sebab dia dah kenyang menyusu ke? Aidi ni memang bangsa minum susu banyak. Sekali minum 8oz. Sehari paling koman 7 kali dia minum susu.


Risaunya anak tak mau makan.

Sekarang ni aku try gunakan pendekatan makan sikit-sikit tapi kerap.

Pagi makan, jap gi tengah hari makan lagi. Petang bagi makan buah ke biskut ke, malam makan lagi. Tak kisahlah makan sikit-sikit pun asalkan dia makan.

Mungkin budak dah nak buas..so ada dia kesah dengan makanan?


Huhu.

8 comments:

  1. haah.. anak sy pon minum susu enfo grow A+.. die pon x nak makan sgt.. mgkin die kenyang kot minum susu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dgr org kata, kalau anak minum susu mahal, mesti dia x bape mau nak makan banding minum susu biasa2. Entah betul ke tidak.

      Tapi dah kalau anak jenis kuat menyusu, x mustahil la dia xmau mkn sgt kan, x kisahla susu apa pun. Huhu

      Delete
  2. common problem.

    sebab budak kenyang menyusu.

    rujuk balik berapa kali penyusuan sepatutnya untuk budak sebaya dia.

    kurangkan susu atau boleh bagi dia makan dulu, baru bagi botol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kurangkan susu tu mcm kesian pulak sbb dia mintak. Maybe boleh guna cara kedua..bg mkn dulu then baru susu. =)

      Delete
  3. salam. pakai Felina inchloss ke? nak tanya ada perubahan x? rasa macam berminat nak mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..nak kata ada perubahan drastik tu xdela pulak.maybe lain org lain efeknya. Tgk ada jgk member2 yg boleh loss 3 4 inci lepas sapu Fellina ni. Tryla dulu, then baru tau berhasil ke x. =)

      Delete
  4. kebetulan problem kite ngn yong slalu sama dan dtg serentak hihi. haris pun tetibe da xnak mkn huhu. slalu 2 3 sudu je pastu xnak dahh. tp susu nak banyak.

    frust laa huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kan?? Dia dah kenyang susu tu. Takpelah..as long as dia masih nak menyusu,kira okla jugak. Ada jugak khasiat masuk dlm badan. Tapi kalau makan pun xnak..susu pun xnak..ha yg tu kena panik. Hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...